Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ti.na] | بتينا

Definisi : 1. binatang yg melahirkan anak atau mengeluarkan telur: kuda ~; ayam ~; 2. bahagian tumbuh-tumbuhan yg memutikkan buah; 3. bp panggilan kesat kpd wanita yg kelakuannya menyimpang drpd norma masyarakat: “memang kau ~ pisau cukur”; 4. lwn jantan: embun ~; kasau ~; ketam ~; kokot ~; baik jadi ayam ~ supaya selamat prb tidak usah kita menunjukkan keberanian kita kerana kelak mendatangkan mudarat; kebetinaan perihal (sifat) betina. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ti.na] | بتينا

Definisi : jenis kelamin yg dpt melahirkan atau menelurkan baka (biasanya bagi haiwan saja); bahagian tumbuh-tumbuhan yg memutikkan buah; lw jantan: ayam ~; bunga ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata betina

Puisi
 

Rusa ini rusa betina,
     Kalau mandi berkubang jangan;
Musim ini musim tua,
     Kalau mati berkurang jangan.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Baik membawa resmi ayam betina,
     supaya tidak ada bencana.

Bermaksud :

Lebih baik merendahkan diri, supaya selamat dalam hidup. resmi = sifat.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
merenyeh[m«.ÒE.øEh]kata kerjamengorat, menggatal, merenyam.Dia dok merenyeh kat budak betina tu, tapi budak betina tu buat dak saja.[di.jA do/ m«.ÒE.øEh kAt bu.dA/ b«.ti.nA tu tA.pi bu.dA/ b«.ti.nA tu bu.wAt dA/ sA.dZA]Dia cuba mengorat budak perempuan itu, tapi budak perempuan itu tidak pedulikannya.
betina garet[b«.ti.nA gA.Òet] [b«.ti.nA gA.ret] perempuan (anak-anak gadis) yang berkelakuan kurang sopan (galak dan gatal.Mokalu depan orang, hang janganla dok gelak deraeh sangat, nanti depa kata hang ni betina garet pulak.[mo.kA.lu d«.pAn .ÒAN hAN dZA.NAn.lA do/ g«.lA/ d«.ÒAEh sA.NAt nAn.ti dE.pA kA.tA hAN ni b«.ti.nA gA.Òet pu.lA/]Jika di depan orang, janganlah ketawa kuat sangat, nanti kamu dikatakan perempuan galak.
sangloq[sAN.l)Ö]kata kerjakeguguran atau kematian anak dalam kandungan (binatang).Lembu betina tu baru sangloq, jadi tuan dia tak jadi nak sembeleh.[l«m.bu b«.ti.nA tu bA.Òu sAN.l)Ö dZA.di tu.wAn di.jA tAk dZA.di nA/ s«m.b«.lEh]Lembu betina itu baru keguguran, jadi tuannya tidak mahu menyembelihnya.
   2. galak, merenyam.Betina tu merenyau sunggoh, tak buleh jumpa jantan, dia nak tegoq.[b«.ti.nA tu m«.Ò«.øAw suN.goh tA/ bu.leh dZum.pA dZAn.tAn di.jA nA/ t«.g)Ö]Perempuan itu sungguh galak, pantang melihat lelaki, hendak ditegurnya.
seron[sE.ҍn]kata namasangkak tempat ayam bertelur.Hang jangan dok pi kat seron tu pasai ayam betina dok mengeram tang tu nanti kena hama.[hAN dZA.NAn do/ pi kAt sE.ҍn tu pA.sAj A.jAm b«.ti.nA do/ m«.N«.ÒAm tAN tu nAn.ti k«.nA hA.mA]Jangan engkau mendekati seron itu kerana ayam betina sedang mengeram di situ nanti terkena hama.
merela[m«.Ò«.lA]kata adjektifberkenaan perempuan gatal, biang.Betina ni, tak buleh nampak jantan dia mula la merela.[b«.ti.nA ni tA/ bu.leh nAm.pA/ dZAn.tAn di.jA mu.lA lA m«.Ò«.lA]Perempuan ini menggatal apabila nampak lelaki.

Kembali ke atas