Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ti.na] | بتينا

Definisi : 1. binatang yg melahirkan anak atau mengeluarkan telur: kuda ~; ayam ~; 2. bahagian tumbuh-tumbuhan yg memutikkan buah; 3. bp panggilan kesat kpd wanita yg kelakuannya menyimpang drpd norma masyarakat: “memang kau ~ pisau cukur”; 4. lwn jantan: embun ~; kasau ~; ketam ~; kokot ~; baik jadi ayam ~ supaya selamat prb tidak usah kita menunjukkan keberanian kita kerana kelak mendatangkan mudarat; kebetinaan perihal (sifat) betina. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ti.na] | بتينا

Definisi : jenis kelamin yg dpt melahirkan atau menelurkan baka (biasanya bagi haiwan saja); bahagian tumbuh-tumbuhan yg memutikkan buah; lw jantan: ayam ~; bunga ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata betina

Puisi
 

Rusa ini rusa betina,
     Kalau mandi berkubang jangan;
Musim ini musim tua,
     Kalau mati berkurang jangan.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Baik membawa resmi ayam betina,
     supaya tidak ada bencana.

Bermaksud :

Lebih baik merendahkan diri, supaya selamat dalam hidup. resmi = sifat.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
ovariovary1. Organ pembiakan pada vertebrat betina yang menghasilkan ovum dan hormon seks.2. Bahagian pembiakan betina bunga yang mengandungi ovul.Menengah Rendah
pistilpistilBahagian pembiakan betina pada bunga yang terdiri daripada satu atau lebih karpel yang terpisah atau bercantum.Menengah Rendah
ovulovuleBahagian pembiakan betina tumbuhan yang mengandungi ovum dan berkembang menjadi biji benih selepas persenyawaan berlaku.Menengah Rendah
karpelcarpelOrgan pembiakan betina pada tumbuhan berbunga yang terdiri daripada ovari dan stigma yang bersambung melalui stil. Lihat RajahMenengah Rendah
ginesiumgynoeciumOrgan pembiakan betina pada bunga, yang mengandungi satu karpel atau lebih.Menengah Atas
ovumovumSel pembiakan atau gamet betina yang belum disenyawakan.Ovum dihasilkan oleh ovari.Menengah Rendah
persenyawaanfertilizationProses penyatuan gamet jantan dengan gamet betina untuk membentuk zigot yang seterusnya berkembang menjadi individu yang baharu.Menengah Rendah
permanian beradasartificial inseminationKaedah memasukkan sperma ke dalam salur pembiakan betina dengan menggunakan alat khas. Kaedah ini biasanya dilakukan dalam pembiakbakaan haiwan ternakan.Menengah Rendah
gametgameteSel pembiakan yang terdiri daripada gamet jantan dan gamet betina. Percantuman antara kedua-dua gamet menghasilkan zigot.Menengah Rendah
sel pembiakanreproductive cellSel yang terdiri daripada gamet jantan dan gamet betina yang terlibat dalam proses persenyawaan.Menengah Rendah
12

Kembali ke atas