Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ti.na] | بتينا

Definisi : 1. binatang yg melahirkan anak atau mengeluarkan telur: kuda ~; ayam ~; 2. bahagian tumbuh-tumbuhan yg memutikkan buah; 3. bp panggilan kesat kpd wanita yg kelakuannya menyimpang drpd norma masyarakat: “memang kau ~ pisau cukur”; 4. lwn jantan: embun ~; kasau ~; ketam ~; kokot ~; baik jadi ayam ~ supaya selamat prb tidak usah kita menunjukkan keberanian kita kerana kelak mendatangkan mudarat; kebetinaan perihal (sifat) betina. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ti.na] | بتينا

Definisi : jenis kelamin yg dpt melahirkan atau menelurkan baka (biasanya bagi haiwan saja); bahagian tumbuh-tumbuhan yg memutikkan buah; lw jantan: ayam ~; bunga ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata betina

Puisi
 

Rusa ini rusa betina,
     Kalau mandi berkubang jangan;
Musim ini musim tua,
     Kalau mati berkurang jangan.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Baik membawa resmi ayam betina,
     supaya tidak ada bencana.

Bermaksud :

Lebih baik merendahkan diri, supaya selamat dalam hidup. resmi = sifat.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ayam betinaayam jenis betina (jenis yg boleh bertelur);Kamus Dewan Edisi Keempat
betinajenis kelamin yg dpt melahirkan atau menelurkan baka (biasanya bagi haiwan saja); bahagian tumbuh-tumbuhan yg memutikkan buah; lw jantan: ayam ~; bunga ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
betinajenis kelamin yg dpt melahirkan atau menelurkan baka (biasanya bagi haiwan saja); bahagian tumbuh-tumbuhan yg memutikkan buah; lw jantan:ayam ~; bunga ~.Kamus Pelajar
kotek II(koték) bunyi ayam betina, ketuk; berkotek 1. berbunyi (bkn ayam betina), berketuk; 2. bersuara: masing-masing diam tidak ~ sambil menunggu perintah menyerang; siapa ~ siapa bertelur prb orang yg mula-­mula bersuara itulah biasanya yg melakukan perbuatan yg dikatakannya itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
ciri seks sekunder(Bio) ciri haiwan jantan (atau betina) yg membezakannya drpd haiwan betina (atau jantan), atau ciri lelaki yg mem­bezakannya drpd wanita, akibat pengaruh hormon;Kamus Dewan Edisi Keempat
sejantina1. (bagi tumbuh-tumbuhan) bunga jantan dan bunga betina terdapat pd pokok yg berasingan; 2. (bagi binatang) benih jantan dan benih betina yg dihasilkan oleh jenisnya masing-masing;Kamus Dewan Edisi Keempat
estrogen(éstrogen) (Bio) hormon seks yg merangsang perubahan pd organ pembiakan betina dan perkembangan ciri-ciri seks sekunder pd mamalia betina.Kamus Dewan Edisi Keempat
debunga(Bio) benih bunga jantan yg akan ber­­s­enyawa dgn benih bunga betina, serbuk halus yg terdapat pd bunga; mendebungakan memindahkan debunga dr alat kelamin bunga jantan (cepu debunga) ke alat kelamin bunga betina (stigma): peladang-peladang Jepun tidak menanti kumbang utk ~ pokok pic tetapi menggunakan serbuk yg khas utk tujuan ini; terdebunga (telah) didebungakan (oleh): bunga-bunga yg ~ oleh serangga mem­pu­ny­ai ranggi yg berwarna-warni; pendebungaan (Bio) pemindahan debunga dr alat kelamin bunga jantan (cepu debunga) ke alat kelamin bunga betina (stigma);Kamus Dewan Edisi Keempat
kasaukayu yg melintang pd atap (bumbung) rumah dll (utk memasang atap); ~ betina kasau yg kecil; ~ jantan kasau dasar yg lebih besar (tempat kasau betina dipasang).Kamus Dewan Edisi Keempat
kasaukayu yg dipasang melintang pd bumbung rumah dll (sbg rangka utk memasang atap): ~ betina kasau yg kecil; ~ jantan kasau dasar yg besar (tempat kasau betina dipasang).Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas