Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ti.na] | بتينا

Definisi : 1. binatang yg melahirkan anak atau mengeluarkan telur: kuda ~; ayam ~; 2. bahagian tumbuh-tumbuhan yg memutikkan buah; 3. bp panggilan kesat kpd wanita yg kelakuannya menyimpang drpd norma masyarakat: “memang kau ~ pisau cukur”; 4. lwn jantan: embun ~; kasau ~; ketam ~; kokot ~; baik jadi ayam ~ supaya selamat prb tidak usah kita menunjukkan keberanian kita kerana kelak mendatangkan mudarat; kebetinaan perihal (sifat) betina. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ti.na] | بتينا

Definisi : jenis kelamin yg dpt melahirkan atau menelurkan baka (biasanya bagi haiwan saja); bahagian tumbuh-tumbuhan yg memutikkan buah; lw jantan: ayam ~; bunga ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata betina

Puisi
 

Rusa ini rusa betina,
     Kalau mandi berkubang jangan;
Musim ini musim tua,
     Kalau mati berkurang jangan.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Baik membawa resmi ayam betina,
     supaya tidak ada bencana.

Bermaksud :

Lebih baik merendahkan diri, supaya selamat dalam hidup. resmi = sifat.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
doekambing betina; rusa betinaVeterinarTiadaTiada
fecundityfekunditiPerikananAkuakulturTahap atau keupayaan seekor induk betina untuk menghasilkan telur. Fekunditi berkait rapat dengan saiz dan berat badan induk betina tersebut. Induk betina yang lebih besar akan menghasilkan telur yang lebih banyak.
breeding femalebetina pembiakbakaanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanHaiwan betina yang mempunyai ciri yang dikehendaki dan dipilih untuk digunakan sebagai induk pembiakan. Ciri haiwan betina pembiakbakaan yang dikehendaki adalah seperti umur matang yang awal dan berkebolehan menjadi ibu yang baik.
embryo transferpemindahan embrioBioteknologiTiadaTeknik memindahkan embrio daripada betina penderma kepada betina penerima yang kemudiannya bertindak sebagai ibu tumpang bagi perkembangan embrio tersebut.
hen hacklebulu ayam betinaPerikananTiadaBulu daripada badan ayam betina yang digunakan untuk membuat umpan serangga tiruan. Bulu ayam betina biasanya lembut, lebar, cantik dan mudah terendam di dalam air.
superior femalebetina bermutuPenternakanGenetik dan PembiakbakaanHaiwan yang dipilih dalam kalangan haiwan betina untuk dijadikan pembaka. Pemilihan haiwan betina bermutu ini perlu memenuhi ciri yang diinginkan seperti mempunyai rekod pengeluaran susu, telur dan daging yang tinggi, berkebolehan menjadi ibu yang baik serta mudah melahirkan anak.
ewebiri-biri betinaPenternakanGenetik dan PembiakbakaanHaiwan betina yang sudah mencapai umur yang sesuai untuk membiak, dikhususkan kepada biri-biri. Umur biri-biri betina yang telah matang ialah lapan bulan.
birthlahir; kelahiranPerubatanTiada2. Perbuatan atau proses membawa keluar anak dari haiwan betina, biasanya dari mamalia betina.
polygynypoliginiPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSalah satu jenis sistem mengawan yang melibatkan seekor jantan dipasangkan dengan banyak betina. Dalam poligini, haiwan betina akan bertanggungjawab untuk menjaga anak. Haiwan jantan dalam sistem mengawan ini dominan dan sentiasa akan bersaing dengan jantan yang lain bagi mempertahankan kawasan dan sumber yang terbaik.
primary oocyteoosit utamaPenternakanGenetik dan PembiakbakaanOvum tidak matang yang dihasilkan oleh ovari semasa proses gametogenesis pada haiwan betina. Sel germa betina menghasilkan sel germa primodial yang seterusnya akan melalui proses mitosis untuk menghasilkan oogonium. Semasa proses oogenesis, oogonium ini akhirnya akan menjadi oosit utama.
12345678910...

Kembali ke atas