Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.tis] | بتيس

Definisi : bahagian berisi di belakang kaki di bawah lutut (antara lutut dan buku lali); buah ~ = jantung ~ = perut ~ daging di belakang tulang kering, anjing-anjing; tulang ~ tulang kering (antara lutut dan kaki); diberi ~, hendak paha prb diberi sedikit, hendak banyak;membetis berjalan kaki: setiap hari dia ~ ke sekolah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.tis] | بتيس

Definisi : sj tumbuhan (pokok), belian, Palaquium spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.tis] | بتيس

Definisi : bahagian kaki di antara lutut dgn buku lali: buah (jantung, perut) ~ kumpulan daging pd sebelah belakang betis; tulang ~ tulang yg menghubungkan lutut dgn kaki; tulang kering. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata betis

Puisi
 

Mengeting kaki mengeting betis,
     Seperti benang sudah diisi;
Dipandang jauh cantikmu alis,
     Gambar adik terkenang hati.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Dikacak betis sudah bak betis,
     dikacak lengan sudah bak lengan.

Bermaksud :

Orang yang menyangka dirinya telah cukup kuat (tentang wang atau akal) sehingga tidak perlu meminta bantuan daripada orang lain lagi; angkuh dan sombong. dikacak = dipegang.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
unus lebus Ibgelang perhiasan yang dipakai di betis (untuk lelaki).Keling terus bangun dan mengenakan pakaiannya. Dipakainya gelang engkerimok yang dibuat daripada resam rimba. Dipasang di atasnya gelang betis unus lebus yang membuatnya menyerupai orang bukitan tapus pulang mengembara.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
engkerimuk Ibsejenis gelang perak yang dipakai di bahagian betis orang lelaki (kaum Iban).Sirat panjang amat menawan membelit riba, meliliti pinggang Gelang engkerimuk sungguh cucuk seperti sampuk meniti batang.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tumpa Ibgelang yang diperbuat daripada perak biasanya dipakai oleh gadis Iban.Pada sanggul lintang mereka tersemat sebuah sikat. Lengan mereka dihiasi dengan gelang tumpa dan betis dipasukkan gelang keruncung sementara pinggang dililiti lampit. Di leher mereka terdapat dua kalung manik dua belitan.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
entenong, *entenung* Ibsejenis pokok yang berbatang lurus, kulitnya lembut dan boleh dibuat bekas besar untuk menyimpan padi.Apakah jenis tangga yang dapat menampung berat isteri awak ini? tanya Nabau. "Cuba ambil kayu entenong sebesar betis untuk tangganya," kata Baring.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas