Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata betul-betul pada


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) adakah penggunaan kata ‘aliran’ betul pada ayat ini “Aliran sungai di belakang rumah saya sungguh deras” 2) apakah kata ganda yang tepat bagi “jam tangan” ‘jam-jam tangan’ atau ‘jam tangan-jam tangan’ 3) adakah penggunaan kata ‘masam’ betul pada ayat ini “Biskut dalam bekas itu sudah berbau masam” 4) adakah penggunaan kata ‘terdedah’ betul pada ayat ini “Pintu hadapan rumah itu terdedah” 5) ayat yang manakah betul “Kedua-dua murid lelaki itu saling bertumbuk-tumbukan.” atau “Kedua-dua murid lelaki itu saling bertumbukan.” atau “Kedua-dua orang murid itu saling bertumbukan” 6) adakah penggunaan kata ‘mempertajam’ betul pada konteks di bawah “mempertajam akal fikiran” “mempertajam skilnya” “mempertajam usaha” 7) kenapa ayat ini salah “seekor ikan paus dijumpai terhampar di tepi laut semalam”Berikut merupakan jawapan untuk soalan yang dinyatakan:
1. Ayat tersebut betul.
2. Kata ganda yang betul ialah "jam-jam tangan".
3. Penggunaan perkataan "masam" dalam ayat yang dinyatakan tidak betul kerana perkataan "masam" merujuk pada "rasa seperti cuka atau mempelam muda" dan " "keadaan berbau seperti pakaian yang tidak kering atau susu yang diperam" (Kamus Dewan Perdana, halaman 1419). 
4. Ayat tersebut betul.
5. Ayat-ayat yang betul ialah "“Kedua-dua murid lelaki itu saling bertumbukan” dan “Kedua-dua orang murid itu saling bertumbukan”. 
6. Penggunaan perkataan "mempertajam" betul pada konteks yang dinyatakan kecuali pada frasa "mempertajam skilnya". Frasa tersebut perlu ditukar pada "mempertajam kemahirannya".
7. Ayat tersebut salah kerana perkataan "terhampar" bermaksud terbentang luas. Ayat yang betul ialah "“Seekor ikan paus dijumpai terdampar di tepi laut semalam". ”
Tatabahasa13.09.2023
frasa yang betul: Pada hari Sabtu yang lepas Pada minggu lepas Frasa yang salah : Pada hari Sabtu lepas Pada minggu yang lepas Boleh tuan jelaskan kenapa "pada minggu yang lepas" ialah frasa yang salah?Penggunaan yang lebih gramatis adalah dengan menyelitkan kata hubung pancangan relatif yang.Tatabahasa10.01.2017
Yang manakah yang betul? pada mata masyarakat atau di mata masyarakat?Frasa yang betul ialah "pada mata masyarakat".Lain-lain01.03.2016
salam sejahtera saya ingin bertanya tentang penggunaan kata sendi nama "pada" yang digunakan pada ayat ini adakah betul ataupun tidak. "Pada pertuduhan kedua, Mohd Hamdan didakwa bersalah dalam kes cabul. Pada pertuduhan ketiga..... adakah penggunaan pada itu betul dalam ayat ini. kerana saya keliru mahu menggunakan pada ataupun dalam/ di dalam
Kata sendi nama pada digunakan untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan juga dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan). Kata sendi nama pada tidak boleh digunakan untuk maksud sasaran. Contoh ayat: Syaripah guru Geografi pada masa itu. Kata sendi dalam pula berfungsi sebagai perkataan yang membawa pengertian yang tidak mempunyai ruang. Contoh ayat: Juruacara dalam majlis perasmian itu ialah Puan Zaleha. Oleh itu, berdasarkan contoh ayat yang diberikan. Penggunaan sendi nama yang betul ialah dalam.
Tatabahasa21.04.2021
Ayat yang ditulis oleh DBP:- Ayat yang betul ialah "Tertakluk pada peruntukan yang diluluskan pada tahun 2024" Soalan saya: kenapa guna perkataan pada bukan kepada? tertakluk pada paeruntukan ATAU tertakluk kepada peruntukan (mengelirukan) Mohon jasa baik DBP untuk menjelaskan dengan jelas supaya BM dapat digunakan dengan berkesan tanpa mengelirukan.Untuk makluman tuan, frasa yang betul ialah "tertakluk pada" kerana kata sendi nama "pada" digunakan untuk menunjukkan maksud sandaran, seperti "tertakluk pada" . Dalam hal ini "peruntukan" menjadi sandaran bagi "tertakluk", justeru frasa yang betul ialah "tertakluk pada peruntukan".Tatabahasa06.11.2023
dari segi tatabahasa, yang mana satukah betul penggunaan 'di' dan 'pada': - di peringkat atau pada peringkat - di setiap atau pada setiappada peringkat dan pada setiap.Tatabahasa17.08.2015
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Tumbukan peninju itu kena (betul) pada muka lawannya. (b) Negara itu (diam) sahaja setelah perang saudara tamat. (c) Di pantai itu, air laut (kecut) pada waktu pagi. (d) Air bah (kecut) setelah hujan berhenti. (e) Mereka (hidup) di kawasan setinggan itu. (f) Penduduk kampung mendapat (kesan) daripada projek pembangunan itu. (g) Cahaya matanari bersinar dengan (hangat). (h) Mereka tidak berupaya untuk menyelesaikan masalah yang (hangat) itu. (i) Ruang tamu rumah itu luas dan (longgar). (j) Di dalam dulang itu ada tiga (bekas) gulai.Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula.Lain-lain08.12.2015
Adakah penggunaan memaklumi betul pada ayat dibawah? Memaklumi Syarikat dengan segera jika pekerja melanggar peraturan Syarikat. Adakah oenggunaan "memaklumkan" lebih tepat?Untuk makluman, perkataan yang lebih tepat ialah "memaklumkan". Akan tetapi, ayat tersebut tidak gramatis. Ayat yang lebih tepat, "Sila memaklumkan kepada pihak syarikat dengan segera jika terdapat pekerja yang melanggar peraturan".Tatabahasa28.12.2016
Saya ingin mengetahui penggunaan ayat yang betul pada pelekat mesin basuh yang ditemui di dobi. Saya mengetahui bahawa penggunaan ayat ini tidak berapa tepat tetapi saya mahu mengetahui ayat yang paling tepat daripada pihak DBP. Rujuk lampiran. Terima kasih.Ayat yang betul ialah Sila biarkan penutup mesin terbuka selepas digunakan atau Sila biarkan penutup terbuka selepas menggunakan mesin.Tatabahasa11.06.2021
"Pada masa kini" atau "pada masa ini" yang betul?Penggunaan yang betul ialah "kini" dan "pada masa ini".Tatabahasa21.07.2016
12345678910...

Kembali ke atas