Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata betul-betul pada


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANTIPOD

Antipod ialah dua tempat yang betul-betul

bertentangan kedudukannya antara satu dengan

yang lain pada glob. Kata ini asalnya kata Yunani

yang bermaksud kaki ke kaki . Dua orang yang

berdiri di antipod akan bertemu tapak kaki masing-

masing. Kawasan yang terletak di sekitar Australia

dan New Zealand biasanya dikenal sebagai

antipod. Orang Inggeris adalah yang mula-mula

sekali menggunakan istilah antipod kerana kedua-

dua negara itu terletak hampir bertentangan

dengan England.

UMUM 
PERSEKUTUAN NEGERI-NEGERI MICRONESIA

Persekutuan Negeri-negeri Micronesia

ialah negara yang terletak di Lautan Pasifik Utara.

Persekutuan Negeri-negeri Micronesia (Federated

States of Micronesia [FSM]) terdiri daripada 607

buah pulau yang terletak betul-betul ke utara

garisan Khatulistiwa dalam kumpulan Pulau

Caroline. Jumlah keluasan hanya 702 kilometer

persegi tetapi pulau itu berserakan dalam kawasan

lautan seluas kira-kira 2.5 juta kilometer persegi.

Amerika Syarikat mengambil alih kepulauan ini

pada tahun 1945. Amerika Syarikat masih lagi

bertanggungjawab terhadap pertahanannya

walaupun FSM kini adalah sebuah negara merdeka.

UMUM 
KELENJAR PROSTAT

Kelenjar prostat ialah organ sistem reproduksi

lelaki. Kelenjar ini merembeskan bendalir kental

yang keputih-putihan dalam tubuh. Semua

mamalia jantan mempunyai bentuk kelenjar

prostat yang serupa. Pada orang lelaki, kelenjar itu

terletak betul-betul di bawah pundi air kencing dan

bersetentangan dengan bahagian rektum.

Beratnya lebih kurang 20 gram dan besarnya lebih

kurang sebesar buah berangan. Prostat terdiri

daripada tisu yang berotot dan berkelenjar, serta

mempunyai permukaan yang bergentian lagi liat.

UMUM 
ATHANASIUS, SAINT

Athanasius, Saint (295?–373) ialah ketua paderi

Kristian yang utama pada zamannya. Dia seorang

yang penting kerana banyak tulisannya yang

mempertahankan agama Kristian ortodoks

daripada bidasan penganut Aria. Aria ialah mazhab

agama yang percaya bahawa Tuhan bapa sahajalah

yang betul-betul tuhan. Athanasius juga

memperkenalkan cara hidup komuniti agama

Kristian Timur yang disebut sebagai kebiaraan

kepada agama Kristian Barat.

UMUM 
ATAVISME

Atavisme, yang juga disebut pengembalian , ialah

kemunculan semula secara tiba-tiba sesuatu ciri pada

haiwan atau tumbuhan. Sebelum ini, ciri itu hanya

pernah terdapat pada nenek moyang kuno haiwan

atau tumbuhan itu. Ciri itu muncul semula disebabkan

gen (unit kewarisan) diasing-asingkan semula menjadi

gabungan yang tidak wujud pada nenek moyang baru

(lihat Gen ). Misalnya, beberapa jenis tikus putih dan

tikus hitam mungkin membiak betul-betul menurut

warna sebenarnya selama beberapa generasi.

Tetapi, jika tikus itu dikacukkan, warna anaknya

mungkin kembali kepada warna nenek moyangnya

dan kelihatan berlainan daripada ibu bapanya.

UMUM 
MIKROTOMI

Mikrotomi pada asalnya bermakna potongan

mikroskopik. Tetapi kini, ia bermakna seni

menyediakan objek untuk pemeriksaan melalui

mikroskop. Tanpa persediaan, sebilangan kecil objek

boleh diperiksa dengan betul melalui mikroskop

(lihat Mikroskop). Sekeping logam, misalnya mesti

digilap dengan baik dan digores sebelum strukturnya

boleh dilihat. Batu-batan digergaji menjadi hirisan

cukup nipis untuk dilihat melalui teknik mikrotomi.

UMUM 
MOSELEY, HENRY GWYN-JEFFREYS

Moseley, Henry Gwyn-Jeffreys (1887–1915),

ahli fizik yang terkenal dengan kajiannya tentang

sinar-x. Pada sekitar tahun 1913, dia menemui

hubungan yang sistematik antara spektrum sinar-x

dan nombor atom bagi unsur yang memancarkan

sinar-x tersebut. Penemuan ini membolehkan ahli

sains menentukan nombor atom bagi elemen

yang tidak diketahui dan menyusun unsur

tersebut di tempat yang betul di dalam jadual

berkala (lihat Unsur kimia).

UMUM 
ANAI-ANAI

Anai-anai ialah nama biasa bagi kumpulan

serangga yang hidup dalam komuniti seperti semut.

Ia telah lama dikenali sebagai semut putih. Nama ini

tidak betul kerana anai-anai hanya sama dengan

semut dari segi tabiat hidup bersama dan saiznya

yang kecil. Sebenarnya, anai-anai lebih rapat

berkaitan dengan lipas dan belalang. Bahagian-bahagian

mulut, sesungut, pinggang yang besar,

sayap primitif dan ciri-ciri lainnya sama seperti yang

ada pada lipas. Semut mempunyai pinggang yang

kecil dan sesungut bersiku.

UMUM 
SENI LIBERAL

Seni liberal ialah tabiat ilmiah tentang

pemikiran dan pertuturan yang dianggap penting

bagi manusia yang bebas. Dari segi sejarah, seni

liberal termasuk dua kumpulan pengajian. Yang

pertama ialah penggunaan bahasa (nahu) yang

betul, berfikir dengan jelas (logik), dan

menyatakan idea seseorang dengan meyakinkan

(retorik). Kumpulan kedua termasuk pelbagai

cabang matematik. Pada mulanya, cabang ini

adalah aritmetik, geometri, astronomi dan

harmoni. Daripada pengajian tradisional ini, lahir

pula kumpulan sains semula jadi, sains sosial dan

kemanusiaan. Kolej yang memberi tumpuan

kepada pengajian ini biasanya dikenali sebagai

kolej seni liberal.

UMUM 
SURGERI POKOK

Surgeri pokok ialah penjagaan pokok,

terutamanya dengan memangkas, memasang

pendakap, menampal lubang dan membuang kayu

reput. Surgeri pokok secara besar-besaran

memerlukan ahli surgeri pokok yang pakar dalam

kaedah berkenaan. Ahli surgeri pokok juga

merawat luka dan cedera pada pokok. Mereka

menyembur pokok dengan bahan kimia untuk

melindunginya daripada serangga dan penyakit

dan mereka memberikan baja dan lembapan yang

betul untuk pokok. Banyak komuniti menggaji ahli

surgeri pokok untuk merawat pokok di taman dan

kawasan rekreasi.

UMUM 
12

Kembali ke atas