Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (béza) 1. = perbezaan keadaan atau sifat yg tidak sama antara satu drpd yg lain, kelainan, ketidaksamaan: banyak sekali ~ antara kedua-dua orang tua itu; 2. selisih (pd ukuran dll): satu ela dgn satu meter tidak jauh ~nya; ~ keupayaan (Fiz) kerja melawan daya elektrik yg dilakukan utk menggerakkan satu unit cas dr satu titik ke titik yg lain;berbeza berlainan: pemerintahan mengikut kaedah persekutuan itu ~ drpd pemerintahan mengikut kaedah persatuan;berbeza-beza, berbezaan berlain-lain, berlainan: adat itu mempunyai tafsiran yg ~ antara ahli-ahli penganutnya;membeza mengkhusus dr segi bentuk, ciri atau fungsi (bkn sel); membezakan 1. menunjukkan atau menyatakan apa yg berbeza antara beberapa perkara: tahu ~ yg buruk drpd yg baik; 2. mengesan perbezaan yg terdapat antara dua atau beberapa perkara, mengenali: pd waktu malam, dia tidak dapat ~ warna hijau dgn warna biru; tidak dapat ~ yg mana karya asli dan yg mana karya tiruan; 3. = membeza-bezakan memberi layanan yg tidak sama antara satu sama yg lain: dia tidak pernah ~ kasih sayangnya terhadap anak-anaknya; memperbezakan menjadikan dua unsur (benda, perkara) berbeza antara satu sama lain;perbezaan 1. beza, kelainan, ketidaksamaan: ada ~ antara negeri-negeri Melayu yg bersekutu dgn negeri-negeri yg tidak bersekutu; 2. selisih; ~ upah selisih bayaran antara seorang (segolongan) buruh dgn buruh (golongan) lain;pembezaan 1. perihal (perbuatan dsb) membezakan: ~ gaji laki-laki dan perempuan;pemerhati politik biasanya membuat ~ antara kuasa gergasi dan kuasa kecil; 2. (Bio) perkembangan sel bukan khusus (spt sel embrio haiwan) menjadi sel khusus (spt sel pd organ tertentu); pembeza (orang, benda) yg membezakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /béza/ 1 sifat atau keadaan yg menjadikan sesuatu benda lain drpd yg lain: Cuba kamu nyatakan apa ~nya antara dua orang pemimpin itu. 2 ukuran atau kadar yg menjadikan beberapa benda tidak sama; selisih pd ukuran dsb: Berapa ~nya antara satu ela dgn satu meter? berbeza 1 tidak sama antara satu dgn yg lain; berlain: Segala perbuatannya ~ drpd yg dikatakannya. 2 tidak sama ukurannya; berselisih sukatannya: Waktu ketibaan mereka ~ lebih kurang dua puluh minit. berbeza-beza tidak serupa sama sekali; berlainan: Pendapat manusia memanglah ~. membezakan 1 menyatakan ada bezanya; menunjukkan bezanya: Dia sudah dpt ~ yg baik drpd yg buruk. 2 memberikan layanan yg tidak sama: Kita seharusnya dpt ~ tugas rasmi drpd tugas peribadi. membeza-bezakan menganggap tidak sama; melebihkan yg satu drpd yg lain (dlm memberikan layanan): Kita janganlah ~ teman kita, sama ada mereka itu miskin ataupun kaya. perbezaan keadaan atau sifat berbeza: Kekecohan itu timbul drpd ~ pendapat. pembezaan 1 perbuatan atau hal membezakan: ~ rakyat berdasarkan warna kulit tidak seharusnya berlaku dlm zaman moden ini. 2 ist (fasa) perkembangan sel bukan khusus menjadi sel khusus utk menjalankan fungsi tertentu. pembeza 1 orang yg membezakan. 2 alat yg digunakan utk membezakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beza

Puisi
 

Sayang bahulu mengebam Semarang,
     Sayang gereja di bawah bukit;
Lain dahulu lain sekarang,
     Jauh beza bukan sedikit.


Lihat selanjutnya...(6)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Saya mahu bertanya, 1) Apakah beza antara presiden, pengerusi dan yang dipertua? 2) Apakah beza antara timbalan dan naib? 3) Apakah beza antara setiausaha, setiausaha agung dan setiausaha kehormat? 4) Apakah beza antara bendahari, bendahari agung dan bendahari kehormat? 5) Apakah beza antara lajnah dan unit? 6) Apakah beza antara ahli jawatankuasa dan majlis eksekutif?

1) Apakah perbezaaan antara presiden, pengerusi dan yang dipertua?

Presiden - Merupakan ketua negara dalam sesebuah negara republik dan gelaran untuk ketua negara republik atau orang yang menjadi ketua sesuatu persatuan, pertubuhan dan lain-lain.

dipertua  -  orang yg dilantik menjadi ketua sesuatu perkumpulan (persatuan dan lain-lain)

pengerusi  -  ketua dalam mesyuarat dan lain-lain. atau pemimpin jawatankuasa, pertubuhan dan lain-lain.

2) Apakah perbezaaan  antara timbalan dan naib? 
timbalan -  ialah penolong ketua dan lain-lain
naib   -  ialah pengganti atau wakil

3) Apakah perbezaaan antara setiausaha, setiausaha agung dan setiausaha kehormat?

setiausaha  - Seseorang yang diambil bekerja untuk mengurus urusan surat-menyurat (menyimpan rekod, membuat kerja-kerja perkeranian, dan sebagainya). Melaksanakan kerja untuk orang perseorangan atau untuk sesebuah pertubuhan.

setiausaha kehormat - setiausaha yang menjalankan tugas atau yang berkhidmat secara sukarela yang tidak  diberi gaji atau upah.

4) Apakah perbezaaan  antara bendahari, bendahari agung dan bendahari kehormat?

bendahari - pegawai yang menguruskan harta benda kerajaan atau menguruskan wang persatuan dan lain-lain.

bendahari kehormat -  pegawai persatuan yang bertugas tanpa dibayar

5) Apakah perbezaaan  antara lajnah dan unit?

lajnah  -  sebuah badan yang menjalankan (mengurus, mengelola) kerja sesuatu per­tubuh­an dan lain-lain, jawatankuasa kerja.

unit -  bahagian terkecil daripada sesuatu yang dapat berdiri sendiri.

6) Apakah perbezaaan  antara ahli jawatankuasa dan majlis eksekutif?

ahli jawatankuasa - orang yang dipilih untuk menjalankan pentadbiran sesuatu urusan (persatuan, kesatuan dan sebagainya)

majlis eksekutif - sebuah Badan tetap UPU yang ditugaskan oleh kongres untuk menentukan kesinambungan tugas-tugas pentadbiran, mengawasi kegiatan kerjasama teknikal, perundangan, juriselidik dan sebagainya.

Untuk maklumat lebih lanjut, pihak tuan boleh merujuk  Bahagian Protokol dan Adat Istiadat di Jabatan Perdana Menteri. Terima kasih.

Lain-lain27.12.2019
beza penggunaan ialah dan adalah
Kata pemeri "ialah" perkataan yang digunakan untuk memerihalkan bahagian subjek dan predikat sesuatu ayat. Terdapat dua kata pemeri, iaitu kata "ialah" dan "adalah". Kata pemeri "ialah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa nama. Oleh itu, kata pemeri "ialah" digunakan sebelum kata nama atau frasa nama. Contoh dalam ayat: i) Mata pelajaran yang paling saya minati ialah Matematik (FN+FN), ii) Kegiatan kokurikulum ialah kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah(FN+FN).

Kata pemeri "adalah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa adjektif dan frasa nama + frasa sendi nama. Kata pemeri "adalah" tidak boleh diikuti oleh frasa kerja dan frasa nama. Contoh dalam ayat: i) Perlawanan pada malam ini adalah sangat penting (FN+FA), ii) Teh herba yang sedang diminum oleh ibu adalah baik untuk kesihatan (FN+FA).

Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hlm. 263 - 264.
Tatabahasa06.11.2023
Beza antara hari minggu, hujung minggu dan hari mingguan"Hari minggu" merujuk pada hari Ahad. Manakala, "hujung minggu" lazimnya merujuk pada hari Sabtu dan Ahad. Untuk makluman, perkataan "hari mingguan" tiada dalam bahasa Melayu. Makna10.10.2023
Beza perkataan "Oh" dan "Eh" Tolong jawab Terima kasih

“Eh” ialah kata seru untuk menyatakan kehairanan (terkejut, terperanjat, dan lain-lain): Contoh ayat, 1. “Eh, dulu di sinilah dia tinggal!” 2. “Eh, Ali rupanya yang datang”. “Oh” pula ialah kata seru untuk menyatakan terkejut (hairan, kecewa, menjadi yakin, dan lain-lain): Contoh ayat, 1. “Oh, baru ini aku tahu!” 2. “Oh, Tuhanku, selamatkanlah mereka!”

Berdasarkan keterangan tersebut, kedua-duanya kata seru ini boleh digunakan kerana membawa maksud yang hampir sama.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 255.

Tatabahasa22.03.2022
Beza penggunaan perkataan Perasmian dengan Pelancaran bagi tajuk program/acaraPerbezaan antara perkataan “pelancaran” dan “perasmian” ialah “pelancaran” berkaitan perihal atau perbuatan melancarkan  iaitu memulakan sesuatu gerakan, rancangan dan sebagainya, manakala “perasmian” biasanya merujuk sesuatu majlis dibuka dengan rasmi atau pada majlis penutupan di mana pengakhiran sesuatu majlis.Tatabahasa12.03.2022
Beza Jam dan Pukul? ada yang menyatakan Jam untuk sistem 24 jam (Jam 0600 / 1800) manakala pukul utk sistem 12 jam ( pukul 6 petang / pagi). adakah benar kenyataan ini? boleh beri pencerahan dan rujukan? terima kasih.Penggunaan yang betul untuk merujuk waktu ialah “pukul” yang membawa maksud bahagian daripada sesuatu hari seperti yang ditunjukkan oleh jam atau waktu tertentu dalam sesuatu hari. Contoh penggunaan dalam ayat, Kami sampai di rumah pada pukul 6.00 petang. Untuk rujukan sila layari laman web DBP, iaitu https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=pukulMakna15.08.2020
Beza istilah "penarafan" dan "pentarafan". Penggunaan istilah yang betul: "Kem Pentarafan Pengakap Raja" atau "Kem Penarafan Pengakap Raja" Penggunaan istilah yang betul: "Pentaraf Pengakap Raja" atau "Penaraf Pengakap Raja"
Menurut data kami, istilah yang betul ialah penarafan iaitu perihal atau perbuatan menarafkan: ~ dibuat ber­dasarkan kriteria tertentu. Oleh itu, frasa yang sesuai ialah Kem Penarafan Pengakap Raja.
Lain-lain23.03.2017
beza kegunaan di dalam dan dalamPenggunaan kata "di dalam" dan "dalam" ialah seperti yang berikut:
Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan.
Tatabahasa09.11.2016
Beza antara cenderamata dan cenderahati, tengok kamus macam sinonim,adakah kedua_kedua boleh diguna suka hati?Cenderamata dan cenderahati, kedua-duanya membawa maksud yang sama, iaitu sesuatu yang diberikan kepada orang lain sebagai tanda ingatan, pemberian dan tanda mata. Sehubungan dengan itu, kedua-duanya boleh digunakan. Makna25.10.2016
Beza penggunaan di dalam dan dalamPenggunaan kata "di dalam" dan "dalam" ialah seperti yang berikut:
Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan.
Tatabahasa27.10.2015
12345678910...

Kembali ke atas