Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bhg


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
PANGGILAN UNTUK INDIVIDU DALAM BAHASA SURAT E.G Y.BHG, Y.BHG dllPanggilan untuk individu YBhg bagi orang biasa dan orang kenamaan ialah tuan atau puan.Lain-lain05.06.2009
Tuan, 1. Saya ingin bertanya mengenai ejaan sebenar dalam surat rasmi Yang Berbahagia Dato', ejaannya adakah Y. Bhg. Dato', atau Yg. Bhg. Dato'? 2. Bolehkah saya gunakan dalam surat rasmi Yang Berbahagia Dato' digunakan untuk jawatan Profesor, Profesor Madya dan Tuan Haji?. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah YBhg. Dato' dan khusus kepada mereka yang mendapat gelaran Dato'/Datuk sahaja tak kiralah profesor atau siapa jua.Ejaan22.05.2008
Y.Bhg.YBhg.Ejaan23.02.2011
Y.Bhg Tuan/Puan, ucapan salam. Saya ingin mendapatkan ejaan yang betul bagi sebut harga. terima kasih.Ejaan yang betul ialah sebut harga.Ejaan11.05.2011
Tuan Mohon bertanya :- 1) Kedudukan huruf yang betul (ejaan yang betul) bagi gelaran / pangkat :- a) Y.Bhg. Dato' dan lain-lain b) Yang Berusaha c) Yang Hormat 2) Gelaran / pangkat di dalam surat rasmi untuk :- a) Profesor (perlu ada Y.Bhg.) b) Prof. Madya (adakah perlu ada juga Y.Bhg. juga?) c) Dr. (adakah perlu ada juga Y.Bhg. juga?) Kerjasama tuan di dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

1.   Ejaan yang betul (a)YBhg. Dato’ ; (b) Yang Berusaha; (c) Yang Berhormat

 

2.   Yang Berbahagia atau kependekkannya YBhg. mengikut Kamus Dewan ialah rujukan kehormat yg digunakan untuk mereka yang bergelar Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Dato, Datuk dan Datin (yang bukan wakil rakyat). Maka berdasarkan pengertian berkenaan,  sapaan individu yang mempunyai gelaran Profesor (Prof.) atau Prof. Madya ialah "Tuan". Namun, sekiranya individu berkenaan ialah ketua organisasi, tidak menjadi kesalahan untuk menggunakan YBhg. Prof.  Dalam ayat ditulis "Untuk makluman YBhg. Prof., pihak kami...".

Tatabahasa25.03.2014
Yang mana satu betul... Y. Bhg. Dato' Prof. Dr. Ahmad atau Y. Bhg. Prof. Dato' Dr Ahmad

Dalam penggunaan gelaran amalan biasa adalah dengan meletakkan gelaran tertinggi di hadapan. Walau bagaimanapun, ada kalanya pihak individu itu sendiri memilih bentuk yang disenangi oleh mereka, biasanya yang melibatkan gelaran seperti Dr. Prof. dsb. Untuk pertanyaan ini, kelazimannya ialah YBhg. Prof Dato' Dr Ahmad.

Tatabahasa11.11.2010
Saya ingin mengetahui penggunaan rujukan seperti Y. Bhg., Y. Brs. dan lain-lain jika ada. Saya telah memahami penggunaan Y. Bhg. dan Y. Brs. Tapi bagaimana jika tetamu jemputan majlis itu tidak mempunyai gelaran atau hanya mempunyai gelaran Dr.? TKJika tetamu jemputan tidak mempunyai gelaran, sdr boleh menggunakan ganti nama seperti tuan-tuan atau puan-puan. Manakala seseorang yang telah bergelar dr., gelaran dr. tersebut boleh digunakan dalam ucapan alu-aluan sdr.Lain-lain13.12.2006
Saya lihat Kamus Dwn, perkataan 'kemas kini' ditulis secara berasingan. Tetapi dalam laman web DBP ini, dalam bhg Piagam, saya lihat pada bhg akhir ditulis 'dikemaskini' - 1 perkataan. Perkataan itu harus dipisahkan kerana hanya menerima imbuhan awalan. Kenapa DPB menyatukannya? Apa alasan DBP? Terima kasihMengikut tatabahasa, ejaan kemas kini dieja dua perkataan. Mungkin berlaku kesilapan teknik dalam piagam DBP yang mengeja kemas kini sebagai satu perkataan.Tatabahasa03.12.2007
Mohon rujuk buku "Canggihnya Bahasa Melayu Sistem Tanda Baca" (Ismail bin Dahaman, 2015) m.s. 154 Singkatan yang digunakan ialah: Y.Bhg. (Yang Berbahagia) Y.A.Bhg. (Yang Amat Berbahagia) Y.B. (Yang Berhormat) Y.A.B. (Yang Amat Berhormat)Kami ambil maklum maklumat berkenaan. Walau bagaiamanapun bentuk ejaan singkatan YB, YAB, YBhg. dan YABhg. diselaraskan dengan buku Protokol di Malaysia.Ejaan18.12.2017
Saya ingin tahu mengapa ejaan redha ditukar kepada reda dan mengapa ejaan Y.Bhg ditukar kepada YBhg. Saya ingin tahu alasannya. Terima kasih.Proses penyerapan istilah asing mengutamakan bentuk visualnya, yakni bentuk ejaannya supaya sesuai dengan Sistem Ejaan Bahasa Melayu. Oleh itu, kata 'redha' dieja sebagai 'reda'. Sementara singkatan Y. Bhg. ditukarkan kepada YBhg kerana kependekan tidak perlu menggunakan titik dan untuk menyelaraskan penggunaan kependekan lain seperti YAB dan YB .Tatabahasa25.09.2007
123456

Kembali ke atas