Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : pref dwi. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bi-


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah dbp menyadiakan kamus bi-bm dan bm-bi secara online..

Kamus BM - BI ada dalam laman web, layari www.prpm.dbp.gov.my, klik carian kata dan taipkan perkataan yang anda ingin rujuk. Maklumat yang diberi bukan sahaja dariapada kamus malah buku dan daftar istilah serta pertanyaan lain yang telah dijawab melalui knb.

Lain-lain12.08.2009
Bagaimana saya hendak dapatkan khidmat certified translator bagi soalan kaji selidik yang saya alih bahasakan daripada bm kpd bi dan bi kpd bm.Tuan boleh mendapatkannya di Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) atau Persatuan Penterjemahan Malaysia.Lain-lain01.03.2019
Adakah terjermahan berikut daripada BI ke BM betul? BI: It is an effective repellent against mosquitoes that transmit dreaful diseases. BM: Ia merupakan penghalau yang berkesan terhadap nyamuk yang menularkan penyakit-penyakit yang mengerikan.

Kami mencadangkan terjemahan berikut “Bahan penghalau ini berkesan terhadap nyamuk yang membawa penyakit berbahaya” Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya.

             Terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman yang menyeluruh berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Padanan yang diberikan juga perlu selaras untuk keseluruhan teks, khususnya teks ilmiah. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. untuk mendapatkan terjemahan yang lebih tepat.

Penyemakan dan penterjemahan08.03.2023
apakaah padanan dan ejaan yg betul dalam Bahasa kebangsaan dan bahasa inggeris bagi perkataan yang berikut: (1) jujitsu (adakah ejaan dalam BI ju-jitsu atau pun lain?) (2) kabadi (adakah ejaan dalam BI kabaddi atau pun lain?)Ejaan yang betul ialah:
1. jujitsu (BM) jujitsu (BI)
2. kavadi (BM) kabaddi (BI)
Ejaan14.06.2023
Padanan Bi-BM untuk frasa "different from"" ialah berbeza daripada atau berbeza dengan?Sila nyatakan konteks penggunaan ayat untuk kami berikan padanan bahasa Melayu.Lain-lain17.08.2020
perkataan BI di melayu kan, seperti navigasi and caj. Boleh ke diletakkan imbuhan? seperti: menavigasi, dicaj, etc
Perkataan navigasi ialah kata pinjaman asing yang lazimnya tidak menerima imbuhan bahasa Melayu kerana lebih sesuai digunakan pada kata jati bahasa Melayu manakala perkataan dicaj boleh diubah menjadi dikenakan caj.
Lain-lain30.05.2018
Kata BI yang dipinjam dan diterjemah e.g. fermentasi, bolehkan diberikan awalan dan akhiran, seperti difermentasikan.Fermentasi tidak tersenarai sebagai kata Melayu.Padanannya ialah penapaian.Istilah21.03.2005
Adakah istilah BI bagi nombor dalam tatatanda indeks berikut boleh diterima/benar sebagai terjemahan kepada BM Contoh: (3 kuasa 5)? a)the fifth power of 3 --> Kuasa kelima bagi tiga b)3 raised to the fifth power --> tiga yang dikuasakan lima c)3 to the power of 5. --> Tiga kuasa lima Perkara (c) adalah yang biasa digunakan. Namun, bagaimana dengan perkara (a) dan (b)? Ada cadangan?Untuik makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "the fifth power of 3" dan "raised to the fifth power". Walau bagaimanapun, kami berpendapat kedua-dua istilah ini adalah sama dengan "3 to the power of 5" dan boleh menggunakan istilah bahasa Melayu yang sama, iaitu tiga kuasa lima.Istilah10.08.2012
Terjemahan dari BI ke BM: 1. Adjunct Lecturer 2. Chartered Engineer

Saudara,

Terjemahan dalam bahasa Melayu ialah:

i. pensyarah adjung ii.  jurutera berkanun

Istilah04.11.2009
temuduga dalam BIInterviewIstilah12.02.2009
12345678910...

Kembali ke atas