Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bia.dab] | بيادب

Definisi : 1. tidak ada budi bahasa, tidak beradab: anaknya bersikap kurang ajar dan ~; 2. tidak bertamadun, belum maju: masih ada lagi bangsa yg ~ pd masa ini; kebiadaban perihal (kelakuan dsb) biadab. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bia.dab] | بيادب

Definisi : 1 tidak tahu adab; tidak berbudi bahasa; kurang ajar: ~ benar budak ini. 2 belum maju lagi; masih kuno cara kehidupannya dsb: Pd zaman moden ini, masih ada lagi kaum-kaum yg ~. kebiadaban sifat atau keadaan biadab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biadab


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Nadi Merah assalamualaikum.. mama perkataan yang betul, 'biadab' @ 'biadap'? terima kasih. mana perkataan yang betul, 'biadab' @ 'biadap'? terima kasih.Conversation started today Nadi Merah 12:14pm Nadi Merah assalamualaikum.. mama perkataan yang betul, 'biadab' @ 'biadap'? terima kasih. mana perkataan yang betul, 'biadab' @ 'biadap'? terima kasih. Dewan Bahasa Dan Pustaka 12:29pm Dewan Bahasa Dan Pustaka Waalaikumussalam. Terima kasih bersahabat dengan DBP. Ejaan yang diterima ialah biadab bukan biadap. Antara kata terbitannya ialah kebiadaban dan sebiadab. Biadab terbentuk daripada kata ‘bi’ (dari bahasa Parsi yang membawa makna ‘tiada’ ) dan ‘adab’ (Wilkinson, 1959). Pihak kami mengucapkan terima kasih kepada saudara yang memperlihatkan kesilapan ejaan ‘biadap’ dan ‘kebiadapan’ dalam ‘carian kata’ yang akan kami selaraskan dengan ‘biadab’ dan ‘kebiadaban’ yang wujud sebagai entri dan subentri dalam kamus-kamus terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kami mencadangkan agar saudara menjadikan http://prpm.dbp.gov.my sebagai teman di hujung jari. Moga membantu. Sekian.Lain-lain03.06.2014
Assalamualaikum..Adakah perkataan biadab Kata terbitan?Biadab ialah kata adjektif yang melambangkan sifat. Contoh kata adjektif yang lain ialah gemuk, kurus, tinggi dan sebagainya.Tatabahasa12.09.2021
ejaan untuk kata biadap atau biadab? lembab atau lembap? terima kasih.Ejaan yang betul ialah biadab dan lembap.Tatabahasa13.05.2013
salam, saya keliru dengan ejaan sebenar bagi perkataan 'biadap'. mana satu yang betul? 'biadap' atau 'biadab'? 'kebiadapan' atau 'kebiadaban'?. utk pengetahuan saudara, saya telah merujuk dlm 'carian kata' tetapi saya dapati kedua-dua perkataan tersebut wujud dalam bm dan mempunyai maksud yang sama. diharap saudara dapat membantu saya. terima kasih.

Ejaan yang diterima ialah biadab bukan biadap. Antara kata terbitannya ialah kebiadaban dan  sebiadab. Biadab terbentuk daripada kata ‘bi’  (dari bahasa Parsi yang membawa makna ‘tiada’ ) dan ‘adab’  (Wilkinson, 1959).  Pihak kami mengucapkan terima kasih kepada saudara yang memperlihatkan kesilapan ejaan ‘biadap’ dan ‘kebiadapan’ dalam ‘carian kata’  yang akan kami selaraskan dengan ‘biadab’ dan ‘kebiadaban’ yang wujud sebagai entri dan subentri dalam kamus-kamus terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tatabahasa26.08.2010
berkaitan perkataan biadap/biadap adakaha kedua-duanya boleh di gunakanEjaan yang betul ialah biadab.Ejaan12.06.2012
apakah fungsi kesantunan bahasa pada zaman ke arah kemajuan?Kesantunan bahasa penting supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa. Kesantunan mempunyai sistem sapaan dan panggilan tersendiri melibatkan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama. Penggunaan kosa kata dan ganti nama sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.Lain-lain06.09.2006
1. bezakan-'terhadap' , 'tentang' dan 'mengenai' 2. sila sertakan contoh yang sesuai

Terhadap  - digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan, atau benda. Contoh: Jangan bersikap biadab terhadap orang tua.

Tentang -  digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarab. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Contoh: Mereka berbincang tentang masalah negara. 

Mengenai - tergolong sebagai kata kerja yang bermaksud kena pada. Walau bagaimanapun, penggunaan mengenai yang disamakan dengan tentang berfungsi sebagai kata sendi nama. Contoh:  Antara laporan yang disediakan itu termasuklah ringkasan mengenai keperluan tenaga manusia dan keperluan kemudahan.  

Tatabahasa02.02.2010
Ibu bapa perlu berperanan penting ___ keselamatan anak-anaknya. 'tentang' / 'dalam' / 'terhadap', yang manakah paling sesuai ?

Terhadap  - kata sendi nama yang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan, atau benda. Contoh: Jangan bersikap biadab terhadap orang tua.

Tentang -  kata sendi nama yang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Contoh: Mereka berbincang tentang masalah negara. 

Jawapan yang paling tepat ialah tentang.

Tatabahasa18.07.2013
MOHON SEMAKAN MAKSUD / TERJEMAHAN: MAKSUD 1- PENCEROBOHAN 2- BIOLOGI EJAAN DALAM BAHASA MELAYU : 1- SPESIES TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS KEPADA MELAYU 1- INVASIVE SPECIES 2- ASESSMENT 1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat "pencerobohan" bermaksud  perihal (perbuatan, tindakan) menceroboh, pencabulan. "Menceroboh" bermaksud 1. berbuat atau berlaku ceroboh (biadab, tidak senonoh, dan sebagainya).  2. masuk ke kawasan orang atau ke wilayah sesebuah negeri dan sebagainya tanpa kebenar­an (dengan tujuan untuk mengganggu, mencabuli, melanggari, dan sebagainya):


2. Perkataan "biologi" adalah betul dan digunakan dalam bahasa Melayu.

3. Invasive Species - Spesies Invasif
4. Asessment - Penilaian/Taksiran
Istilah19.04.2016
Saya telah membuat analisis terhadap masalah yang ditinjau. Adakah penggunaan perkataan "terhadap" betul?

Kata sendi nama ‘terhadap’ digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan, atau benda. Contoh: Jangan bersikap biadab terhadap orang tua.

Kata sendi nama ‘tentang’ digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Maka ayat yang betul: Saya telah membuat analisis tentang masalah yang ditinjau.
Tatabahasa15.10.2014
12

Kembali ke atas