Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biadab 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MOHON SEMAKAN MAKSUD / TERJEMAHAN: MAKSUD 1- PENCEROBOHAN 2- BIOLOGI EJAAN DALAM BAHASA MELAYU : 1- SPESIES TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS KEPADA MELAYU 1- INVASIVE SPECIES 2- ASESSMENT 1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat "pencerobohan" bermaksud  perihal (perbuatan, tindakan) menceroboh, pencabulan. "Menceroboh" bermaksud 1. berbuat atau berlaku ceroboh (biadab, tidak senonoh, dan sebagainya).  2. masuk ke kawasan orang atau ke wilayah sesebuah negeri dan sebagainya tanpa kebenar­an (dengan tujuan untuk mengganggu, mencabuli, melanggari, dan sebagainya):


2. Perkataan "biologi" adalah betul dan digunakan dalam bahasa Melayu.

3. Invasive Species - Spesies Invasif
4. Asessment - Penilaian/Taksiran
Istilah19.04.2016
1. bezakan-'terhadap' , 'tentang' dan 'mengenai' 2. sila sertakan contoh yang sesuai

Terhadap  - digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan, atau benda. Contoh: Jangan bersikap biadab terhadap orang tua.

Tentang -  digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarab. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Contoh: Mereka berbincang tentang masalah negara. 

Mengenai - tergolong sebagai kata kerja yang bermaksud kena pada. Walau bagaimanapun, penggunaan mengenai yang disamakan dengan tentang berfungsi sebagai kata sendi nama. Contoh:  Antara laporan yang disediakan itu termasuklah ringkasan mengenai keperluan tenaga manusia dan keperluan kemudahan.  

Tatabahasa02.02.2010
1) Apakah jawapan yang paling sesuai bagi tempat kosong di bawah?Mohon penjelasan yang lebih lanjut terhadap jawapan yang diberi oleh pihak tuan. Pengurus kilang itu sentiasa curiga _________ kejujuran anak buahnya. A. tentang B. terhadap

Terhadap  - kata sendi nama yang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan, atau benda. Contoh: Jangan bersikap biadab terhadap orang tua.

Tentang -  kata sendi nama yang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Contoh: Mereka berbincang tentang masalah negara. 

Perkataan yang tepat ialah tentang.

Tatabahasa02.09.2013
Salam sejahtera pihak DBP, Saya selalu keliru dengan penggunaan perkataan kata sendi nama seperti berikut: 1. Adakah: i. "Kucing itu melompat dari / daripada kereta @ tangan @ tingkap"? ii. "Dia keluar dari / daripada kereta", "Roti itu dikeluarkan dari / daripada ketuhar"? - menunjukkan tempat atau arah? (DARI) - menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda dan unsur mujarad? (DARIPADA) Saya nampak beberapa nasihat yang berbeza daripada DBP di ruang Khidmat Nasihat. 2. "Dia buat sesuatu terhadap / kepada / pada saya." 3. "Perkara itu terjadi kepada / pada saya."1. Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama yang merujuk arah, tempat dan masa, seperti Dia berasal dari kampung; manakala kata sendi nama digunakan di hadapan kata nama yang merujuk sumber dan perbandingan, seperti Roti diperbuat daripada tepung.
2. Kata sendi nama terhadap digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan, Jangan bersikap biadab terhadap orang tua; kata sendi nama kepada digunakan untuk merujuk sasaran, Lagu ini ditujukan kepada kekasihnya; dan kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama untuk menunjukkan keterangan waktu atau tempat, Pertandingan ini diadakan pada peringkat kebangsaan.
Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 265.
Tatabahasa06.07.2022

Kembali ke atas