Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bia/] | بياق

Definisi : menjadi banyak (binatang, tumbuh-tumbuhan dsb), peridi: mereka mempunyai ternak yg ~; (ber)kembang ~ menjadi banyak (binatang, tumbuh-tumbuhan, dsb); memamah ~ memamah makanan utk kedua kalinya (lembu dsb);membiak, berbiak = ~ kembang menjadi semakin banyak (binatang, tumbuh-tumbuhan, dsb), berkembang biak: ayam jenis itu ~ dgn cepat; membiakkan membuat supaya menjadi biak: dia bermaksud hendak ~ ayam itu dlm reban ini; air yg bertakung akan ~ nyamuk; biakan benda (ternak dll) yg dibiakkan; pembiakan perihal atau perbuatan membiak(kan): pd masa ini dia bertugas dlm rancangan ~ benih padi terpilih di Kedah;pembiak benda (ternak dll) yg membiakkan, hasil drpd membiakkan ternak dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bia/] | بياق

Definisi : sj tumbuhan, ketum, Mitragyna speciosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bia/] | بياق

Definisi : Mn basah;membiaki membasahi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bia/] | بياق

Definisi : banyak kerana sentiasa bertambah (biasanya utk binatang atau tumbuh-tumbuhan); banyak kerana anaknya beranak pula dan seterusnya: Mereka bekerja memelihara tiram supaya hidup ~ sepanjang masa. membiak bertambah-tambah menjadi banyak kerana anaknya beranak lagi dan seterusnya; menjadi makin banyak: Apabila seekor nyamuk betina yg di dlmnya ada kuman malaria menghisap darah seseorang, kuman itu akan hidup dan ~ dlm badannya. membiakkan memelihara atau menjaga supaya biak; menyebabkan menjadi biak: Usahanya hendak ~ sapi di negara ini belum berhasil lagi. pembiakan perbuatan, hal dsb membiak atau membiakkan: Saudara saya bekerja sbg pelatih di pusat ~ ikan darat. ~ tampang pembiakan tanpa melalui proses persenyawaan, iaitu pembiakan tak mengawan (spt percantuman). ~ tanpa seks pembiakan yg tidak melibatkan penyatuan gamet jantan dgn gamet betina (spt dlm pembiakan tampang). pembiak orang yg membiakkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biak

Puisi
 

Sirih biak di tunggul buluh,
     Sirih menjadi sayap rerama;
Kasih dibuat tidak bersungguh,
     Kasih di hati selama-lama.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sepesan anak beranak,
     anaknya beranak (= menggigit) pula.

Bermaksud :

Lekas sekali berkembang biak. sepesan = lipan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Mitragyna speciosaketumHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis pokok dalam famili Rubiaceae dan dikenali juga sebagai sebiak dan biak-biak. Tumbuhan ini mudah ditemui di kawasan tepi sungai, hutan sekunder, batu kapur dan ditanam. Daunnya berbentuk ovat, uratnya jelas dan mempunyai daun pengasuh (stipul) pada daun muda. Bawah daun muda berwarna keungu-unguan. Jambak bunganya jenis umbel dan bunganya berwarna putih. Air rebusan daunnya diminum sebagai tonik untuk memberikan tenaga, menghilangkan sakit sendi dan urat, dan mengembalikan tenaga ibu selepas bersalin. Daun yang kering dihisap seperti rokok. Penggunaan yang berlebihan boleh menyebabkan khayal dan ketagihan.
keladi biakkeladi biakKesenianTiadaMotif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk daun keladi biak. keladi bunting.
backcross breedingbiak baka kacuk balikPertanianAgronomi

Program biak baka yang menggunakan kaedah kacuk balik. Fasa pertama program ini adalah untuk mendapatkan hibrid dengan kacukan dua induk yang berbeza sifatnya. Fasa kedua melibatkan kacuk balik hibrid dengan induk yang terpilih.

breeding gaingandaan pembiakan; ganda biakKejuruteraanTiadaNisbah biak tolak satu.
experimental breeder reactorreaktor biak uji kajiKejuruteraanTiadaReaktor biak cepat yang digunakan untuk penyelidikan dan penghasilan unsur mudah belah.
recombinant inbred (RI) linetitisan biak baka dalam rekombinanBiologiGenetikTitisan biak baka dalam yang setiap satunya merupakan terbitan secara bebas daripada suatu generasi F2 yang terhasil daripada kacukan dua titisan progenitor pembiakbakaan dalam yang tidak ada pertalian.
external breeding rationisbah biak luaranKejuruteraanTiadaNisbah pembiakan nukleus bahan mudah belah yang terhasil dalam selimut teras reaktor biak.
inbredbiak baka dalamPertanianTiadaTiada
propagatebiak; rambatFarmasiTiadaTiada
propagatebiak; rambatMatematikTiadaTiada
12345

Kembali ke atas