Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : menjadi banyak (binatang, tumbuh-tumbuhan dsb), peridi: mereka mempunyai ternak yg ~; (ber)kembang ~ menjadi banyak (binatang, tumbuh-tumbuhan, dsb); memamah ~ memamah makanan utk kedua kalinya (lembu dsb);membiak, berbiak = ~ kembang menjadi semakin banyak (binatang, tumbuh-tumbuhan, dsb), berkembang biak: ayam jenis itu ~ dgn cepat; membiakkan membuat supaya menjadi biak: dia bermaksud hendak ~ ayam itu dlm reban ini; air yg bertakung akan ~ nyamuk; biakan benda (ternak dll) yg dibiakkan; pembiakan perihal atau perbuatan membiak(kan): pd masa ini dia bertugas dlm rancangan ~ benih padi terpilih di Kedah;pembiak benda (ternak dll) yg membiakkan, hasil drpd membiakkan ternak dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biak I

Puisi
 

Sirih biak di tunggul buluh,
     Sirih menjadi sayap rerama;
Kasih dibuat tidak bersungguh,
     Kasih di hati selama-lama.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sepesan anak beranak,
     anaknya beranak (= menggigit) pula.

Bermaksud :

Lekas sekali berkembang biak. sepesan = lipan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
breedbiakbiakbiakPerhutanan
breed truebiak nyatabiak nyatabiak nyataPerhutanan
breeding valuenilai biaknilai biaknilai biakPerhutanan
breeding systemsistem biaksistem biaksistem biakPerhutanan
breeding rotationsistem biakgiliran biakgiliran biakPerhutanan
breeding ratelaju biakkadar biakkadar biakPerhutanan
breeding herdkawanan biakkumpulan biakkumpulan biakPerhutanan
breeding arboretumarboretum biakarboretum biakarboretum biakPerhutanan
breeder reactorreaktor biakreaktor biakreaktor biakPerhutanan
basic reproductive ratelaju biak basal/laju biak dasarkadar pembiakan asaskadar pembiakan asasPerubatan
12

Kembali ke atas