Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[biar.pun] | بيارڤون

Definisi : meskipun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[biar.pun] | بيارڤون

Definisi : meskipun; walaupun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biarpun

Peribahasa

Biarpun kucing naik haji,
     pulangnya mengeong juga.

Bermaksud :

Pembawaan yang tidak dapat diubah.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Biarpun terdapat perbezaan pendapat di antara mereka adik-beradik, namun hubungan mereka tetap mesra. atau Biarpun terdapat perbezaan pendapat antara mereka adik-beradik, namun hubungan mereka tetap mesra. Perkataan di antara atau antara betul? Mengapakah perkataan tersebut tidak sesuai?Biarpun terdapat perbezaan pendapat antara mereka adik-beradik, namun hubungan mereka tetap mesra. Frasa sendi di antara hanya dapat digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau arah. Contoh; Tambak Johor terletak di antara Johor dengan Singapura.Tatabahasa26.03.2011
Adakah ayat yang dimulakan dengan kata hubung "biarpun", "walaupun", "meskipun" dan "sungguhpun" mesti dilengkapi dengan kata hubung "tetapi" di pertengahan ayat? Contoh ayat: Biarpun dia dah mengetahui hal tu, tapi dia tak marah. Ini konteks sari kata. Adakah ayat ini tidak gramatis jika kata hubung "tapi" digugurkan? Terima kasih.Dalam buku Tatabahasa Dewan halaman 517, contoh penggunaan kata hubung keterangan dalam ayat seperti  walaupun, meskipun, kendatipun, biarpun dan sekalipun tidak memerlukan penggunaan perkataan tetapi. Tanpa perkataan tetapi, ayat sudah gramatis. 
 
Contoh ayat:

1. Sungguhpun badannya letih, Ali tetap menghadiri majlis perayaan itu.
2.  Meskipun hari sudah lewat, pemuda itu masih mahu meneruskan perjalanannya.
Tatabahasa12.10.2017
Bolehkah anda tolong saya mencari kesalahan dalam ayat berikut: Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sempadan,tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik daripada seorang pemuda lagi.Soalan:
Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sempadan,tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik daripada seorang pemuda lagi.
 Jawapan:
Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sepadan,tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik daripada seorang pemuda lagi.
Tatabahasa06.10.2014
Assalamualaikum, perkataan apa yang lebih sesuai? ; Kita hendaklah bangun awal pagi biarpun/walaupun pada hari kelepasan amKedua-dua perkataan boleh digunakan kedua-dua perkataan sama maksudnya. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk makna biarpun dan walaupun.Tatabahasa17.10.2008
Salam, saya nak tanya sama ada kata-kata berikut boleh digunakan di permulaan ayat sebagai penanda wacana? 1. Biarpun 2. Malah 3. Namun 4. Tambahan lagi 5. Namun Itu Dalam keadaan menterjemahkan perkataan 'even' pada permulaan ayat, bolehkah Tuan berikan cadangan padanan yang sesuai dalam BM? Contoh: Many of the good things related to Moon Festival have become part of the Malaysian cultures. Even those who are not Chinese may be familiar with Moon Festival.Kata hubung seperti biarpun dan malah boleh digunakan pada pangkal ayat asal sahaja ada ayat utama atau ayat induk yang lengkap, ada subjek dan predikatnya.Tatabahasa24.02.2014
apakah maksud intan tersalah canai?Maksud peribahasa ini ialah biarpun berketurunan baik, kalau tidak berpelajaran atau membuat kelakuan yang buruk, nescaya jahat dan hina juga jadinya. Untuk mengetahui maksud peribahasa, sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu yang disusun oleh Abdullah Hussain. Harap maklum.Lain-lain22.06.2008
Assalamualaikum, perkataan apa yang lebih sesuai? ; Kita hendaklah bangun awal pagi biarpun/walaupun pada hari kelepasan amKedua-dua perkataan boleh digunakan kerana sama maksudnya. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maksud kedua-dua perkataan tersebut.Tatabahasa17.10.2008
beri maksud perkataan -KENDATIPUN- terima kasihKendatipun bermaksud walaupun, meskipun,biarpun. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 740.Makna24.01.2008
Musykil dengan penggunaan 'pun'. Bilakah ia disambungkan dengan perkataan lain. Terima kasihWalaupun, meskipun, kendatipun, biarpun, sungguhpun dan sebagainya dieja satu perkataan. Walau bagaimanpun pun yang bermaksud juga dieja dua perkataan seperti telah pun (juga) dan dia pun (juga).Tatabahasa04.09.2013
Saya ingin tahu sama ada `pun` harus dijarakkan atau didekatkan?Partikel 'pun' yang membawa maksud juga harus ditulis secara terpisah. Hanya perkataan 'adapun, andaipun,biarpun, mahupun, kalaupun, sekalipun, sungguhpun, ataupun, bagaimanapun, kendatipun, lagipun, meskipun dan walaupun yang ditulis serangkai.Tatabahasa11.12.2006
123

Kembali ke atas