Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[biar.pun] | بيارڤون

Definisi : meskipun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[biar.pun] | بيارڤون

Definisi : meskipun; walaupun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biarpun

Peribahasa

Biarpun kucing naik haji,
     pulangnya mengeong juga.

Bermaksud :

Pembawaan yang tidak dapat diubah.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hierarchy;hierarkiSains PolitikHubungan AntarabangsaIstilah hierarki pada asalnya digunakan untuk menghuraikan sistem pentadbiran gereja oleh paderi untuk pengikutnya mengikut susunan masing-masing. Kini, penggunaan istilah hierarki meliputi sebarang organisasi yang menyusun atur anggota atau kakitangannya menurut susunan kedudukan, gred atau kelas. Dari sudut teoritikal, hierarki merupakan salah satu sistem stratafikasi. Dalam sistem perhubungan antarabangsa, stratafikasi adalah berasaskan kepada kedudukan kuasa dan status. Penggunaan dimensi kuasa dan status sebagai dua pemboleh ubah bebas, memungkinkan terjadinya hierarki antara negara dengan negara. Keadaan ini berlaku kesan agihan kuasa dan status yang tidak setara. Bentuk hierarki dalam hubungan antarabangsa tetap berkekalan biarpun berlaku perubahan dalam analisis politik yang memasukkan campur tangan aktor pemerintah dengan aktor bukan pemerintah. Mutakhir ini, kelompok aliran neorealis, umpamanya Waltz (1979) cuba menyanggahi gagasan hierarki ini dengan mengemukakan konsep anarki. Menurut pandangan ini, oleh sebab sistem antarabangsa yang wujud adalah bersifat anarkis, maka sistem ini bukanlah bersifat hierarki. Pandangan golongan ini dapat difahami kerana takrifan mereka terhadap hierarki berbeza dengan takrifan biasa. Secara langsungnya mereka menafikan perspektif hierarki sebagai alat utama dalam menganalisis teori sosial khususnya tentang struktur perhubungan kuasa.

Kembali ke atas