Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bias] | بياس

Definisi : membelok dr arah asal (hujan dihembus angin, perahu ditempuh badai, sinar cahaya dlm air, dll): dgn takdir Allah Taala, angin besar pun turun, maka Tun Telanai dan Menteri Jana Putera pun ~ ke Brunei; membiaskan membelokkan arah, menyebabkan arah membelok dr asal; terbias terbelok dr arah asal: gelombang haba ~ dan berbalik spt gelombang cahaya; biasan 1. penyimpangan dr arah asal (spt hujan dihembus angin, sinar cahaya dlm air, dll): apabila cahaya itu melintas drpd satu perantaraan yg hening kpd yg lain, fenomena ini dinamai ~; 2. bayangan perasaan: ~ wajah ceria anak-anak itu jelas menggambarkan rasa riang di hati kecil mereka; pembiasan perihal (proses atau perbuatan) membias atau membiaskan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bias] | بياس

Definisi : , = membias menyimpang atau membelok dr arah yg semula (spt hujan ditiup angin); bertukar arah kerana sesuatu sebab: Oleh sebab angin terlalu kencang, air hujan pun ~ ke dlm rumah. membiaskan menjadikan hala atau arahnya menyimpang dr yg asal; membelokkan arah atau hala. terbias terpesong atau terbelok dr arah yg semula. biasan gerakan yg membias; sesuatu yg terbias. pembiasan penyimpangan arah atau hala oleh suatu sebab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bias


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon terjemahkan dalam Bahasa Melayu: 1. Non-respon bias 2. Partial Least SquareIstilah bahasa Melayu untuk "non respose bias" ialah bias tak respons (bidang Perubatan). Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "partial least square" ialah kuasa dua terkecil separa.Istilah25.09.2016
Adakah perkataan "bias" diterima dalam BM? saya tak nampak rujukan tersebut dalam PRPM. terima kasih.
Perkataan bias ada terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) dengan maksud seperti yang di bawah, iaitu:


bias بياس [bi⋅jAs]
ktt 1 (bkn hujan, perahu, cahaya dsb) memesong dr arah asal; membias: Maka Tun Telanai dgn kedua-dua buah perahu itu pun biaslah, jatuh ke Brunei.
n 2 hujan, cahaya dsb yg terpesong dr arah asal; biasan: Bias cahaya terkepung di antara kaki Fujiyama dan pohon-pohon kayu yg kelihatan kebirubiruan di sebelah timur.Bias hujan merenjis cermin kaca.

Kata-kata terbitan yang boleh terbentuk daripada bias ialah membias, membiasi, membiaskan, terbias, pembiasan dan pembias. Tuan/puan boleh merujuk Kamus Dewan Perdana untuk memperoleh maklumat yang selanjutnya.
Istilah25.07.2023
Salam sejahtera. Terima kasih dengan khidmat yang telah diberikan. Merujuk kembali kepada jawapan pada persoalan yang telah saya kemukakan seperti berikut: Soalan : Apakah betul ejaan terjemahan "bias" daripada bahasa Inggeris masih sama ejaannya dan bagaimana dengan sebutannya dalam bahasa Melayu? Terima kasih. Jawapan : Terjemahan bahasa Melayu bagi "bias" ialah berat sebelah. Bias dalam bahasa Melayu bermaksud menyimpang atau bertukar arah kerana sesuatu sebab. Persoalan yang saya maksudkan adakah kata "bias" sudah diterima sebagai kata serapan dalam bahasa Melayu dan bagaimanakah kata tersebut dieja? Sekian, terima kasih.

Puan Sozilawati,

Perkataan bias tidak diserapkan ke dalam bahasa Melayu. Cuam kadangkala digunakan dalam percakapan tidak rasmi. Dalam bahasa Melayu, disesuaikan mengikut penggunaannya, kita masih gunakan berat sebelah atau memihak kepada sesuatu pihak.

Tatabahasa04.10.2010
Break the Bias Translate ke bahasa : Hapuskan StereotaipPadanan bahasa Melayu untuk break the bias ialah "hapuskan kecenderungan terhadap sesuatu".

Jelaskan konsep atau makna frasa kerana padanan perkataan bergantung pada kesesuaian mengikut laras bahasa atau konsep penggunaan dalam sesuatu bidang.
Makna22.12.2021
Apakah istilah bahasa Malaysia untuk Confirmation Bias?Salam sejahtera,

Tuan,

Mohon beri dalam konteks ayat untuk kami padankan terjemahannya.
Sekian, terima kasih.
Makna14.07.2017
Salam tuan/puan, Bolehkah saya dapatkan terjemahan istilah berikut dalam konteks statistik? i) suppressor variable ii) reciprocal suppression iii) inconsistent mediation iv) bias-corrected confidence interval v) negative suppression vi) spurious relationship Terima kasih.Dalam data rujukan kami, hanya perkataan spurious relationship mempunyai padanan bahasa Melayu, iaitu Perhubungan Palsu. Perkataan lain tiada dalam data rujukan kami.

Mohon pihak tuan berikan cadangan bahasa Melayu terlebih dahulu bagi istilah tersebut supaya kami dapat membantu membetulkan istilah dalam bahasa Melayu tersebut mengikut konteks tuan.
Penyemakan dan penterjemahan28.09.2017
Merujuk kepada maklum balas pihak tuan bertarikh 4 Oktober 2017, bersama-sama ini disertakan cadangan dalam Bahasa Melayu bagi istilah Bahasa Inggeris yang berikut untuk perhatian tuan selanjutnya. i) suppressor variable : pemboleh ubah penekan (dalam konteks statistik, pemboleh ubah ini berfungsi untuk menekan (suppress) varians yang tidak berkaitan dalam pemboleh ubah tidak bersandar. Hasilnya, suatu perhubungan sifar atau menghampiri sifar dapat dilihat antara pemboleh ubah penekan dengan pemboleh ubah bersandar. Selain itu, pemboleh ubah penekan turut mempunyai hubungan linear dengan satu atau lebih pemboleh ubah tidak bersandar. Pemboleh ubah penekan ini turut tergolong dalam kelompok pemboleh ubah tidak bersandar dalam model regresi linear pelbagai. ii) reciprocal suppression : tekanan timbal-balik iii) inconsistent mediation : pengantaraan tidak konsisten iv) bias-corrected confidence interval : selang keyakinan pesongan-dibetulkan v) negative suppression: tekanan negatif Adalah diharapkan agar pihak tuan dapat membantu dalam terjemahan istilah tersebut. Bantuan dan kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.Disampaikan maklumat yang dilampirkan untuk makluman dan perhatian tuan selanjutnya. Terima kasih.Istilah06.10.2017

Kembali ke atas