Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bias] | بياس

Definisi : membelok dr arah asal (hujan dihembus angin, perahu ditempuh badai, sinar cahaya dlm air, dll): dgn takdir Allah Taala, angin besar pun turun, maka Tun Telanai dan Menteri Jana Putera pun ~ ke Brunei; membiaskan membelokkan arah, menyebabkan arah membelok dr asal; terbias terbelok dr arah asal: gelombang haba ~ dan berbalik spt gelombang cahaya; biasan 1. penyimpangan dr arah asal (spt hujan dihembus angin, sinar cahaya dlm air, dll): apabila cahaya itu melintas drpd satu perantaraan yg hening kpd yg lain, fenomena ini dinamai ~; 2. bayangan perasaan: ~ wajah ceria anak-anak itu jelas menggambarkan rasa riang di hati kecil mereka; pembiasan perihal (proses atau perbuatan) membias atau membiaskan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bias] | بياس

Definisi : , = membias menyimpang atau membelok dr arah yg semula (spt hujan ditiup angin); bertukar arah kerana sesuatu sebab: Oleh sebab angin terlalu kencang, air hujan pun ~ ke dlm rumah. membiaskan menjadikan hala atau arahnya menyimpang dr yg asal; membelokkan arah atau hala. terbias terpesong atau terbelok dr arah yg semula. biasan gerakan yg membias; sesuatu yg terbias. pembiasan penyimpangan arah atau hala oleh suatu sebab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bias


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
response biasbias gerak balas; bias sambutanKependudukanTiadaTiada
response biasbias gerak balas; bias sambutanPendidikanTiadaTiada
response biasbias gerak balas; bias sambutanSosiologiTiadaTiada
response biasbias gerak balas; bias sambutanPsikologiTiadaTiada
confirmation bias tendency/confirmatory bias tendencykecenderungan bias pengesahanPengurusanPerancanganSuatu keadaan apabila seseorang berusaha untuk mencari maklumat supaya dapat mengesahkan dan mempertahankan pendapatnya sendiri, selain dapat menolak maklumat yang boleh menyanggah pendapatnya. Kecenderungan bias pengesahan akan menyebabkan keputusan dibuat secara tidak wajar kerana tidak membuka persepsi individu kepada maklumat yang lebih menyeluruh. Contohnya, kecenderungan bias pengesahan boleh berlaku apabila seseorang pengurus terlalu cenderung dengan keputusannya untuk membuka cawangan perniagaan baharu tanpa mengambil kira faktor persaingan dan permintaan yang terhad.
fairness biasbias kesaksamaanPsikologiPsikologi UmumBias yang timbul daripada keinginan individu untuk mengelakkan kerugian. Individu boleh menjadi tidak rasional apabila berdepan dengan masalah pemilihan yang berkaitan dengan ekonomi. Walaupun kebanyakan individu menyukai kemenangan tetapi dalam keadaan tertentu individu tersebut boleh bekerjasama dengan orang lain supaya sama-sama mendapat manfaat walaupun terpaksa berkongsi. Dalam keadaan ini, biasanya bias akan terjadi. Tingkah laku ini sama seperti peribahasa biar tiris jangan tumpah.
confirmation bias tendency/confirmatory bias tendencykecenderungan bias pengesahanPentadbiranPengurusan-
sampling biasbias pensampelanGeografiTiadaTiada
electoral biasbias pengundianGeografiTiadaTiada
selectivity biasbias kepilihanKependudukanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas