Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : menurut yg lazim atau yg sudah-sudah; umumnya: Kursus itu ~ memakan masa setengah tahun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biasanya

Peribahasa

Kalau dicampak bunga takkan dibalas tahi.

Bermaksud :

Biasanya sesuatu pertolongan kepada seseorang itu jarang akan dibalas dengan kejahatan.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
biasanya berapa lama yang diperlukan oleh pihak tuan untuk mengesahkan bahasa yang digunakan pelanggan adalah betul atau salah di khidmat pengesahan bahasa dewan bahsa dan pustaka?Pada kelazimannya setiap permohonan diproses dalam tempoh dua - tiga hari bekerja. Walau bagaimanapun setelah permohonan diterima daripada seluruh negara, kami perlu mengambil lebihan masa bagi memproses setiap permohonan. Bagi pelanggan yang memerlukan kelulusan segera, boleh hubungi kami melalui talian 03-21479400/9500/9600 dan nyatakan nombor pendaftaran tuan.Lain-lain25.06.2015
Biasanya klu dpt statas iklan lulus atau tidak.. Berapa lama ya... Sbb sy da hantar 3hari...Sila hubungi kami ditalian 03-21479400/9500/9600 dan nyatakan nombor pendaftaran ikalan untuk kami memproses permohonan tuan dengan kadar yang segera.Lain-lain24.06.2015
biasanya bila hari Halloween kanak-kanan America akan pergi rumah kerumah dan berkata "Trick or treat". Apakah istilah yangs sesuai untuk diterjemahkan.Tidak ada maklumat tentang frasa tersebut dalam pangkalan data kami, sementelahan amalan tersebut tidak ada dalam budaya kita di Malaysia. Penterjemah boleh mencadangkan padanan yang sesuai dengan konteks penggunaan perkataan yang tersebut.Penyemakan dan penterjemahan06.04.2015
Biasanya perkataan "akan" ini akan dipendekkan dan disambung pada kata adjektif yang di depannya, seperti: i.Wanita itu amat rindukan anaknya. ii. Saya amat sayangkan kamu. Daripada ditiadakan perkataan "akan", adalah lebih baik digantikan dengan perkataan "pada" atau "terhadap" (terutama antara kata diri pertama dan kedua). Mohon diperbetulkan jika ada kekhilafan daripada fakir yang kurang ilmu ini."Kata sendi nama "akan" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif.Tatabahasa20.08.2013
Biasanya kita mengeja/menyebut serunding. Dalam Kamus Dewan tiada serunding. Yang ada serondeng. Mohon padangan. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah serondeng, bukan serunding kerana serunding boleh wujud daripada kata se + runding tetapi tidak ada kata tersebut dalam bahasa Melayu.  Ejaan24.08.2011
biasanya kita mengatakan 'kesesakan jalan' tetapi adakah 'sesak jalan' atau 'jalan sesak' dianggap betul? terima kasih.Frasa yang betul ialah sesak/kesesakan di jalan raya atau jalan sesak.Tatabahasa06.05.2011
1.biasanya kita guna "berlepas ke...",bolehkah "berlepas dari ..." digunakan? TQ.Kedua-duanya boleh digunakan bergantung pada konteks ayat.Tatabahasa20.07.2010
Selamat sejahtera, Biasanya kata hubung dan kata sendi nama apabila ditulis sebagai tajuk, digunakan huruf kecil bagi awal perkataannya. Namun, bagaimanakah pula dengan kata hubung komplemen [bahawa & untuk (tapi lazimnya "untuk" ditulis dengan huruf kecil)], kata hubung keterangan (sekiranya, apabila, ketika, sehingga, jika dan sebagainya) Cth: 1) Doa *apabila* Melihat Orang Memakai Pakaian Baharu 2) Bacaan *ketika* dan Selepas Azan 3) Perkara *yang* Perlu Dilakukan *apabila* Bermimpi *tentang* Sesuatu *yang* Menakutkan 4) Doa *bagi* Mereka *yang* Waswas *dalam* Beriman 5) Doa demi Keselamatan Ahli Keluarga Sekian, terima kasih.Kata hubung dan kata sendi jika ditulis dalam tajuk perlulah ditulis dengan huruf kecil. Berikut ialah jawapan untuk contoh di atas:

1) Doa apabila Melihat Orang Memakai Pakaian Baharu.
2) Bacaan Ketika dan Selepas Azan (Ketika huruf K besar kerana tidak berfungsi sebagai kata hubung, kata hubung dalam ayat ini ialah dan).
3) Perkara yang Perlu Dilakukan apabila Bermimpi tentang Sesuatu yang Menakutkan.
4) Doa bagi Mereka yang Waswas dalam Beriman.
5) Doa demi Keselamatan Ahli Keluarga.
Tatabahasa21.06.2021
Salam sejahtera. Biasanya, kami menulis ayat “Tujuan aktiviti ini adalah untuk memupuk semangat bekerjasama dalam kalangan murid.” Persoalannya, adakah ayat ini betul dari segi tatabahasa jika ditulis begini? “Tujuan aktiviti ini ialah memupuk semangat bekerjasama dalam kalangan murid.” Terima kasih.

Kata pemeri "ialah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama+frasa nama. Oleh itu, kata pemeri ialah digunakan sebelum kata nama atau frasa nama. Contoh dalam ayat: a) Samsuri ialah rakan karib saya. (FN+FN) b) Beliau ialah ketua murid sekolah ini (FN+FN) c) Demam denggi ialah penyakit yang dibawa oleh nyamuk Aedes. (FN+FN)

Kata pemeri "adalah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama+frasa adjektif dan frasa + frasa sendi nama. Contoh dalam ayat: a) Perlawanan pada malam ini adalah sangat penting. (FN+FA) b) Hadiah itu adalah untuk tetamu istimewa pada malam ini. (FN+FS) c) Teh herba yang sedang diminum oleh ibu adalah baik untuk kesihatan. (FN+FA)

Oleh itu, berdasarkan pertanyaan daripada pihak tuan/puan, kata "ialah" tidak sesuai digunakan dalam ayat yang dinyatakan.

Tatabahasa09.02.2019
salam tuan, biasanya di Kelantan atur cara sesuatu majlis akan ditulis seperti berikut: 8.00 pagi ceramah 9.30 pagi persegaran begitulah seterusnya ...adakah dalam konteks ini betul penggunaan perkataan ;persegaran' mohon penjelasan lanjut kerana di Kelantan begitulah keadaannya.

Untuk makluman, tidak ada kata "persegaran" dalam pangkalan data kami. Kata akarnya ialah “segar” yang membawa maksud segar atau benda yang baru. Walau bagaimanapun, sekiranya kata segar ini diberi imbuhan men-, me-...-kan, ke-...-an, pen-...-an, pen-, kata ini akan menjadi menyegar, menyegarkan, kesegaran, penyegaran dan penyegar. Perlu diingatkan, bahawa penggunaan kata ini bergantung pada konteks ayat dan bidang. Justeru, kata yang gramatis ialah "penyegaran" yang membawa maksud proses menyegarkan sesuatu.

Tatabahasa10.02.2012
12345678910...

Kembali ke atas