Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bia.ya] | بياي

Definisi : 1. belanja, ongkos (utk sesuatu): selain gaji itu, mereka juga mendapat ~ jamu-menjamu dan faedah-faedah lain; 2. bantuan kewangan drpd kerajaan utk menutup sebahagian drpd perbelanjaan sesuatu pertubuhan dll; membiayai membelanjai, mengongkosi: diperlukan modal dlm negeri utk ~ perusahaan; membiayakan membelanjakan, mengongkoskan: maka apabila tiadalah dibiayakan mereka itu segala nikmat itu, maka dipindahkan Allah Taala segala nikmat itu drpd mereka itu; biayaan (yg) dibiayai oleh: institusi ~ persatuan agama Islam semakin berkembang; pembiayaan perihal (perbuatan) membiayakan atau membiayai: ~ gerakan keamanan akan merumitkan kewangan negara; pembiaya orang atau pihak yg membiayai: di belakang kumpulan samseng ini pastilah orang-orang yg bertindak sbg pelindung, penaung, dan ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bia.ya] | بياي

Definisi : wang yg dikeluarkan utk mengadakan atau utk melakukan sesuatu; belanja; ongkos: ~ pengangkutan belanja pengangkutan. membiayai mengeluarkan wang sbg biaya: Orang miskin tidak mampu ~ pelajaran anaknya di universiti. pembiayaan hal atau perbuatan membiayai. pembiaya orang atau pihak yg membiayai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biaya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Adakah perkataan PENERIMA BIAYA sesuai digunakan kepada pelajar yang menerima pembiayaan pendidikan? Sebelum ini pihak kami menggunakan perkataan PEMINJAM bagi pelajar yang menerima pinjaman PTPTN. Walaubagaimanapun perkataan tersebut dicadangkan ditukar kepada PENERIMA BIAYA selaras dengan pertukaran kaedah pinjaman kepada pembiayaan berasaskan syariah (perkataan "pinjaman" juga ditukar kepada "pembiayaan"). Sekian, terima kasih.

Encik Mohamad Nasdi, terima kasih kerana menggunakan khidmat Nasihat DBP.

Jika melihat daripada makna yang diberikan oleh kamus DBP, ternyata   perkataan pinjaman lebih tepat dibandingkan dengan biaya. Kerana biaya tidak perlu membayar balik sementara pinjaman perlu memulangkan balik apa yang dipinjam.

memberi ~ memberi sesuatu utk digunakan buat sementara (dgn janji akan dikembalikan apabila sampai tempohnya): siapa boleh ~ saya pisau raut? 2. = minta ~ meminta menggunakan sesuatu buat sementara (dgn maksud mengembalikannya apabila sampai tempohnya): buku ini baru saya ~ dr perpustakaan; ~ sewa membeli dgn membayar beransur-ansur (dan sebelum selesai bayarannya barang itu dianggap barang sewaan sahaja); syarikat ~-meminjam syarikat yg memberi pinjaman (wang dll); ~ kayu ara prb meminjam barang orang dgn tidak berniat utk memulangkannya; meminjam 1. menggunakan barang (buku, wang dll) orang lain utk sementara waktu, minta pinjam: kedatangannya pd saat itu adalah kerana hendak ~ sedikit wang; 2. mengambil dan menggunakan (perkataan, konsep dll) yg dipetik dsb drpd sesuatu sumber: penasihat UNESCO itu ~ konsep Majlis Penyeliaan ini dr agensi berita Perancis AFP;

perihal (perbuatan) membiayakan atau membiayai: ~ gerakan keamanan akan merumitkan kewangan negara;

Makna01.04.2009
Bolehkah kita menggunakan 'membiayai' untuk bil? Contohnya 'membiayai bil perubatan'?Membiayai bermaksud mengeluarkan wang sebagai biaya dan boleh digunakan dalam konteks yang tersebut.Tatabahasa10.04.2014
Apakah terdapat perbezaan antara membiaya dengan membiayai (Serta dibiaya dan dibiayai)? Atau adakah salah satu bentuk kata itu tidak betul? Jika terdapat perbezaan, mohon berikan contoh penggunaan bagi keempat-empat perkataan.Perkataan yang betul ialah "membiayai" dan "dibiayai". Membiayai bermaksud mengeluarkan wang sebagai biaya. Contoh ayat; 1. Biasiswa ialah wang yang diberikan kepada pelajar untuk membiayai atau membantu membiayai pelajaran, 2. Penggunaan alat moden dalam pertanian memerlukan modal yang besar dan tidak mampu dibiayai oleh  petani yang miskin di negara ini.Tatabahasa22.06.2017

Kembali ke atas