Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bia.ya] | بياي

Definisi : 1. belanja, ongkos (utk sesuatu): selain gaji itu, mereka juga mendapat ~ jamu-menjamu dan faedah-faedah lain; 2. bantuan kewangan drpd kerajaan utk menutup sebahagian drpd perbelanjaan sesuatu pertubuhan dll; membiayai membelanjai, mengongkosi: diperlukan modal dlm negeri utk ~ perusahaan; membiayakan membelanjakan, mengongkoskan: maka apabila tiadalah dibiayakan mereka itu segala nikmat itu, maka dipindahkan Allah Taala segala nikmat itu drpd mereka itu; biayaan (yg) dibiayai oleh: institusi ~ persatuan agama Islam semakin berkembang; pembiayaan perihal (perbuatan) membiayakan atau membiayai: ~ gerakan keamanan akan merumitkan kewangan negara; pembiaya orang atau pihak yg membiayai: di belakang kumpulan samseng ini pastilah orang-orang yg bertindak sbg pelindung, penaung, dan ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bia.ya] | بياي

Definisi : wang yg dikeluarkan utk mengadakan atau utk melakukan sesuatu; belanja; ongkos: ~ pengangkutan belanja pengangkutan. membiayai mengeluarkan wang sbg biaya: Orang miskin tidak mampu ~ pelajaran anaknya di universiti. pembiayaan hal atau perbuatan membiayai. pembiaya orang atau pihak yg membiayai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biaya


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
isyarat tersebut untuk membolehkan penjejakan sumber komunikasi atau penjejakan pihak yang terlibat dalam komunikasi berkenaan. jumlah kos pemilikan (Ig. total cost of ownership (TCO); Br. jumlah kos pemilikan (TCO); Id. biaya total kepemilikan) Nilai lengkap untuk pemilikan sesuatu alat atau sistem, contohnya perisian atau komputer pelayan, daripada sebelum pemilikan hingga selepas pemilikan. Nilai ini melibatkan Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 44

Kembali ke atas