Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bia.ya] | بياي

Definisi : 1. belanja, ongkos (utk sesuatu): selain gaji itu, mereka juga mendapat ~ jamu-menjamu dan faedah-faedah lain; 2. bantuan kewangan drpd kerajaan utk menutup sebahagian drpd perbelanjaan sesuatu pertubuhan dll; membiayai membelanjai, mengongkosi: diperlukan modal dlm negeri utk ~ perusahaan; membiayakan membelanjakan, mengongkoskan: maka apabila tiadalah dibiayakan mereka itu segala nikmat itu, maka dipindahkan Allah Taala segala nikmat itu drpd mereka itu; biayaan (yg) dibiayai oleh: institusi ~ persatuan agama Islam semakin berkembang; pembiayaan perihal (perbuatan) membiayakan atau membiayai: ~ gerakan keamanan akan merumitkan kewangan negara; pembiaya orang atau pihak yg membiayai: di belakang kumpulan samseng ini pastilah orang-orang yg bertindak sbg pelindung, penaung, dan ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bia.ya] | بياي

Definisi : wang yg dikeluarkan utk mengadakan atau utk melakukan sesuatu; belanja; ongkos: ~ pengangkutan belanja pengangkutan. membiayai mengeluarkan wang sbg biaya: Orang miskin tidak mampu ~ pelajaran anaknya di universiti. pembiayaan hal atau perbuatan membiayai. pembiaya orang atau pihak yg membiayai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biaya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
financebiaya; kewanganPentadbiranTiadaTiada
financebiaya; kewanganPentadbiranTiadaTiada
financed insurancebiaya insuransPentadbiran PerniagaanTiadaPenggunaan dana yang dipinjam untuk membayar premium insurans hayat. Dana ini pada umumnya disediakan daripada nilai serahan tunai polisi.
financed premiumbiaya premiumPentadbiran PerniagaanTiadaPembayaran premium insurans hayat melalui dana yang dipinjam di luar kontrak insurans.
direct financingbiaya terusPentadbiranTiadaPembiayaan modal syarikat tanpa menggunakan penaja jaminan.
spontaneous financingbiaya spontanPentadbiranTiadaPembiayaan yang wujud daripada kendalian harian firma seperti akaun belum bayar dan akruan.
seed financingbiaya benihPentadbiranTiadaWang yang dilabur dalam projek yang belum dijalankan, sudah dijalankan ataupun projek yang sedang dalam pembangunan.
unsecured financingbiaya tanpa cagaranPentadbiranTiadaSumber pembiayaan yang tidak menentukan aset sandaran.
financed insurancebiaya insuransEkonomiTiadaTiada
financed insurancebiaya insuransinsuransTiadaPenggunaan dana yang dipinjam untuk membayar premium insurans hayat. Dana ini pada umumnya disediakan daripada nilai serahan tunai polisi.
12

Kembali ke atas