Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.bir] | بيبير

Definisi : 1. salah satu drpd dua bahagian luar pinggir mulut; 2. tepi (cawan, mangkuk, dll): ~ belanga; ~ cawan; ~ sumur; ~ hutan; ~ jalan; ~ mata; ~ tabir; ~ telaga; 3. ki mulut, cakap (kata-kata dll): janji-janjinya hanya di ~ saja; ~ manis cakap manis; berat ~ = tebal ~ (tidak suka berkata-kata, pendiam), berat mulut; di ~ mata a) di tepi mata; b) di depan mata (dekat sekali); di ~ sahaja di mulut sahaja; panjang ~ suka bercakap-cakap (tentang keburukan orang dll); ~ saya bukan diretak panas prb kata-kata saya bukan sia-sia atau dusta (benar sbg yg diramalkan); apa payahnya menawakkan (menaupkan) ~ atas bawah prb banyak janji, tetapi tidak ditepati; jadi buah ~ prb tidak lepas drpd sebutan orang; menghapus ~ prb a) orang yg sangat kecewa kerana tidak mendapat keuntungan yg diharapkannya (sebab terlalai); b)sampai ke perjamuan pd masa selesai; panjang ~ orang memperkatakan si polan prb tidak berhenti orang mempercakapkan si polan yg tidak baik; berbibir mempunyai bibir: ~ tebal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.bir] | بيبير

Definisi : 1 lapisan daging yg berisi pd tepi mulut dan dpt ditaup-taupkan: ~ atas bahagian tepi mulut sebelah atas; ~ bawah bahagian tepi mulut sebelah bawah. 2 bahagian tepi sesuatu yg menyerupai bibir manusia: ~ cawan bahagian tepi cawan; ~ telaga bahagian tepi telaga. 3 ki percakapan atau tutur kata seseorang: hanya di ~ saja hanya pd perkataan saja. berbibir mempunyai bibir: Bekas itu ~ lengkung dan bercorong (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bibir

Puisi
 

Simpan sepatu jangan dibalut,
     Simpan sahaja di dalam peti;
Bertanam tebu di bibir mulut,
     Bertanam halia di dalam hati.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Bertanam tebu di bibir.

Bermaksud :

Mengeluarkan perkataan yang manis-manis (untuk membujuk dan sebagainya).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
Jentera yang digunakan untuk meratakan permukaan jalan raya yang sedang dalam pembinaan atau penyelenggaraan. (KEJ) blank flange (bebibir kosong) Cakera pejal atau cakera logam yang digunakan untuk mematikan hujung be- bibir lawan atau bebibir pengiring. Sinonim blind flange. (KEJ) blank test (ujian blank) Tatacara yang digunakan dalam kolorimetri dan jenis spektrofotometri lain yang alatnya dilaraskan untuk mengabaikan penyerapan pelarut dan reagen buah, akibat musnahnya tisu pada kulit dan gabus. Gejala cerana yang sering dijumpai ialah ketumbuhan kulit dan gabus yang luar biasa besarnya, yang mengelilingi belur tersebut hingga kelihatan seperti dua bibir tebal yang mendedahkan bahagian dalamnya (kayu). (BIO) cannel coal (arang batu kanel) Arang batu yang terbentuk daripada entiti debunga dan spora kulat. (KEJ) canonical ensemble (ensembel kanonik) Himpunan sistem zarah

Kembali ke atas