Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.bir] | بيبير

Definisi : 1. salah satu drpd dua bahagian luar pinggir mulut; 2. tepi (cawan, mangkuk, dll): ~ belanga; ~ cawan; ~ sumur; ~ hutan; ~ jalan; ~ mata; ~ tabir; ~ telaga; 3. ki mulut, cakap (kata-kata dll): janji-janjinya hanya di ~ saja; ~ manis cakap manis; berat ~ = tebal ~ (tidak suka berkata-kata, pendiam), berat mulut; di ~ mata a) di tepi mata; b) di depan mata (dekat sekali); di ~ sahaja di mulut sahaja; panjang ~ suka bercakap-cakap (tentang keburukan orang dll); ~ saya bukan diretak panas prb kata-kata saya bukan sia-sia atau dusta (benar sbg yg diramalkan); apa payahnya menawakkan (menaupkan) ~ atas bawah prb banyak janji, tetapi tidak ditepati; jadi buah ~ prb tidak lepas drpd sebutan orang; menghapus ~ prb a) orang yg sangat kecewa kerana tidak mendapat keuntungan yg diharapkannya (sebab terlalai); b)sampai ke perjamuan pd masa selesai; panjang ~ orang memperkatakan si polan prb tidak berhenti orang mempercakapkan si polan yg tidak baik; berbibir mempunyai bibir: ~ tebal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.bir] | بيبير

Definisi : 1 lapisan daging yg berisi pd tepi mulut dan dpt ditaup-taupkan: ~ atas bahagian tepi mulut sebelah atas; ~ bawah bahagian tepi mulut sebelah bawah. 2 bahagian tepi sesuatu yg menyerupai bibir manusia: ~ cawan bahagian tepi cawan; ~ telaga bahagian tepi telaga. 3 ki percakapan atau tutur kata seseorang: hanya di ~ saja hanya pd perkataan saja. berbibir mempunyai bibir: Bekas itu ~ lengkung dan bercorong (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bibir

Puisi
 

Simpan sepatu jangan dibalut,
     Simpan sahaja di dalam peti;
Bertanam tebu di bibir mulut,
     Bertanam halia di dalam hati.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Bertanam tebu di bibir.

Bermaksud :

Mengeluarkan perkataan yang manis-manis (untuk membujuk dan sebagainya).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cleft lipklef bibir/bibir rekahPerubatanTiadaKlef yang terdapat di bibir ketika lahir disebabkan kegagalan gabungan struktur embrio semasa pembentukan janin.
labiumlabiumPerubatanTiadaTisu yang berbentuk seperti bibir, khususnya bibir yang menutupi vulva. Pasangan bibir luar disebut labia majora dan pasangan bibir yang dalam disebut labia minora.
cleft lipbibir rekahPerubatanTiadaBelahan kongenital bibir, biasanya bibir atas disebabkan kegagalan cantuman cuaran maksila dan cuaran hidung tengah.
labiabibir, labiumPerubatanTiadaTisu yang berbentuk seperti bibir, khususnya bibir yang menutupi vulva.
labiumlabiumBiologiHistologi dan SitologiBibir atau sebarang struktur yang menyerupai bibir, seperti bibir vulva.
double lipbibir kembarPerubatanTiadaLipatan tisu berlebihan di bahagian mukosa bibir memberi gambaran bibir kembar.
labium (plu. labia)labiumPerubatanTiadaTisu yang berbentuk seperti bibir, khususnya bibir yang menutupi vulva.
commisural pitsliang komisuralPergigianTiadaKecacatan pada kawasan pertemuan antara bibir atas dengan bibir bawah mulut yang membentuk liang di kawasan ini. Kecacatan ini berlaku disebabkan gangguan semasa percantuman bibir atas dan bawah. Rawatan tidak perlu dilakukan kerana kecacatan ini adalah minor. Walau bagaimanapun, sekiranya pesakit ingin mencantikkan bibir tersebut, pembedahan plastik boleh dilakukan.
cleft lipbibir rekahPergigianTiadaBibir yang terbelah disebabkan gangguan yang berlaku ketika pembentukan bibir bayi semasa dalam kandungan. Rekahan ini boleh terjadi di tengah atau di sisi bibir atas bergantung pada masa gangguan seperti jangkitan, sinar-X dan pengambilan ubat. Rekahan ini boleh ditutup secara pembedahan bagi mencantumkan semula bahagian yang rekah tersebut.
lip-chewing habittabiat mengunyah bibirPergigianTiadaKeadaan parafungsi menggigit bibir secara sedar atau tidak tanpa fungsi tertentu yang menyebabkan kecederaan pada bibir. Keadaan ini mungkin dikaitkan dengan psikologi pesakit untuk menarik perhatian dengan mencederakan dirinya sendiri. Tabiat mengunyah bibir sukar dihalang kerana sumber rangsangan iaitu bibir dikawal oleh pesakit.
12345678910...

Kembali ke atas