Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bic] | بيچ

Definisi : sj pokok besar drpd genus Fagus yg mempunyai daun berkilat dan kulit kayunya licin berwarna kelabu: kayu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bic


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BIC

Bic ialah pokok hutan yang biasa ditemui di utara

dan selatan hemisfera.

UMUM 
PERGUNUNGAN DAN HUTAN ARDENNES

Pergunungan dan Hutan Ardennes

menganjur dari utara Perancis hingga Belgium dan

Luxembourg . Di kawasan ini terdapat hutan oak

dan bic terbesar di Eropah. Ketinggian purata

Pergunungan Ardennes kira-kira 500 meter. Batu

arang, besi, dan batu loh dikeluarkan di bahagian

utara kawasan ini.

UMUM 
OAK HIDUP

Oak hidup ialah oak malar hijau yang cantik yang

tumbuh di sepanjang pantai tenggara di Amerika

Syarikat. Pokok ini tumbuh setinggi kira-kira 15

meter. Dahannya yang mendatar membentuk silara

yang merendang, rimbun. Daunnya yang berwarna

gelap, berkilat dan lonjong mungkin lima sentimeter

hingga 13 sentimeter panjangnya. Oak hidup adalah

pokok kegemaran bagi laman dan tepi jalan kerana ia

tahan terhadap kerosakan akibat ribut, serangga dan

penyakit. Kayunya kuat dan digunakan untuk membuat

kapal.

Pengelasan saintifik. Oak hidup adalah anggota

famili bic, Fagaceae. Ia adalah Quercus virginiana.

Lihat juga Oak; Pokok.

UMUM 
POKOK DAUN LURUH

Pokok daun luruh ialah nama bagi mana-mana

pokok yang daunnya luruh pada masa tertentu

setiap tahun dan kemudian tumbuh daun baru. Di

kawasan sederhana di utara, kebanyakan pokok

daun luruh gugur daunnya pada musim luruh.

Ranting dan dahan akan tinggal gondol sepanjang

musim sejuk. Pada musim bunga berikutnya,

tumbuh daun baru berwarna hijau pada pokok.

Sebelum daun mati, bahan makanan yang

terkandung dalam daun diserapkan semula kepada

ranting dan dahan. Di situ, ia disimpan dan

digunakan pada musim bunga berikutnya. Pokok

daun luruh biasanya mempunyai daun yang lebar.

Pokok demikian termasuk ash, bic, birch, mapel

dan oak. Pokok larch adalah pokok daun luruh

yang biasa yang mempunyai daun jejarum.

UMUM 

Kembali ke atas