Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.ca.ra] | بيچارا

Definisi : 1. pendapat: benar sekali spt kata tuan hamba itu, barang ~ pun marilah kita undur dahulu menantikan kapitan kita; 2. fikiran, muslihat, akal budi: lain tidak ~nya, hendak mencari kesalahan akan Sang Si Tuah juga kerjanya; 3. mesyuarat: setelah masing-masing putus ~ itu, maka masing-masing pun undurlah menuju pulau; 4. (ber)cakap, (ber)kata: Maskam tidak banyak ~; 5. perkara di mahkamah: dia meminta nasihat bagaimana akan meminta ulang ~;berbicara 1. bercakap: dia membiarkan sahaja suaminya itu ~; 2. bermesyuarat: keputusan itu dicapai selepas mereka ~; 3. mengemukakan pendapat (fikiran dll): ~ tentang syair Melayu, Dr. C. Hooykaas mengatakan bahawa rupa sajak ini ketara asli; membicarakan 1. mempercakapkan, memperkatakan, membincangkan: akan terbit pula sebuah buku yg ~ novel-novel sebelum perang; 2. mengadili sesuatu perkara di mahkamah: perkara itu harus diadukan kpd polis dan dibicarakan di mahkamah; perbicaraan pengadilan sesuatu perkara di mahkamah: bintang filem itu meminta mahkamah menangguhkan ~ kerana seorang saksinya tidak dapat hadir; pembicaraan 1. percakapan, perbincangan: ~ mereka beralih kpd perkara lain; 2. Id pengadilan perkara di muka hakim; pembicara 1. orang yg berbicara (berceramah dll); 2. ark pengacara, penasihat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.ca.ra] | بيچارا

Definisi : 1 pertimbangan fikiran; pendapat: Apa ~ tuan hamba? 2 rundingan; mesyuarat: Kalau sudah sepakat, tidak perlu kita mengadakan ~ lagi. 3 bp berunding utk mendapatkan penyelesaian: Kalau kita tidak dpt menyelesaikannya, lebih baik hal ini dibawa ~ kpd hakim. 4 bercakap; berkata: Mereka itu lebih ~ drpd bekerja. berbicara 1 mengeluarkan kata-kata; bercakap: Ia meminta suaminya saja yg ~ dlm pertemuan itu. 2 bermesyuarat utk mendapatkan persetujuan dsb; berunding: Lama juga mereka ~ ttg syarikat kerjasama Syamelin. 3 berbahas dlm mahkamah utk menegakkan kebenaran. 4 mengeluarkan pendapat atau fikiran: Di negara demokrasi, rakyat bebas utk ~. membicarakan 1 memberikan pendapat ttg sesuatu; membincangkan: Sebuah buku yg ~ sejarah perkamusan Melayu akan diterbitkan tidak lama lagi. 2 mendengar serta mengadili sesuatu perkara dlm mahkamah: Tuan Hakim telah ~ kes pembunuhan itu dgn adilnya. perbicaraan perbuatan berbicara atau berbahas mengenai sesuatu perkara di mahkamah; pengadilan perkara di muka hakim: ~ itu diadakan di Mahkamah Tinggi. pembicaraan perbuatan membicarakan: ~ mereka telah beralih drpd politik tanah air kpd syarikat kerjasama. pembicara orang yg berbicara atau yg membincangkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bicara

Puisi
 

Helang menyambar burung udara,
     Singgah menyambar gelugut batang;
Hilang budi lenyap bicara,
     Kasih menjulung bencana datang.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Berhadap kasih mesra,
     balik belakang lain bicara.

Bermaksud :

Tidak teguh janji.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
discretionaryadj (mengikut) budi bicara: a decision that was entirely ~, keputusan yg dibuat semata-mata mengikut budi bicara; the Refugee Council may make ~ payments to displaced persons, Majlis Orang-Orang Pelarian mungkin akan membuat bayaran mengikut budi bicara kpd orang-orang yg tdk bertempat; an official with ~ powers, pegawai yg mempunyai kuasa budi bicara.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
discretionn 1. liberty to make decisions, budi bicara, kebijaksanaan: the approval of the plan is subject to the director’s ~, pelulusan rancangan itu tertakluk kpd budi bicara pengarah; at the ~ of so., at so’s ~ /atas, mengikut/ /budi bicara, kebijaksanaan/ sso; use o’s ~, menggunakan /budi bicara, kebijaksanaan/ sso; 2. prudence, circumspection, berhati-hati; (of person) kebijaksanaan: ~ is the better part of valour, berhati-hati lebih baik drpd bertindak berani; /age, years/ of ~, usia dewasa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
reasonablyadv 1. sensibly, mengikut budi bicara, menggunakan akal: the Professor reacted ~ to the student’s protest, Profesor itu bertindak balas mengikut budi bicara thdp bantahan para mahasiswa; 2. fairly, quite, agak: this street is ~ quiet at night, jalan ini agak sunyi pd waktu malam; my office is ~ close, pejabat saya agak dekat; 3. moderately, berpatutan: a book is which ~ priced, buku yg harganya berpatutan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chambern 1. bedroom, /kamar, bilik/ (tidur); 2. judge’s room for hearing cases, kamar bicara; 3. (hall used by) legislative body, Dewan Perundangan; 4. cavity, compartment, kebuk, ruang: pollen ~, kebuk debunga; posterior ~, ruang belakang; the ~s of a revolver, ruang peluru pistol.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
usevt 1. employ for a given purpose, menggunakan: he ~d the money to buy a car, dia menggunakan wang itu utk membeli sebuah kereta; computers are being very much ~d nowadays, komputer digunakan dgn meluas sekarang; may I ~ your pencil-sharpener?, boleh saya gunakan pengasah pensel kamu?; they should ~ their discretion in making the decision, mereka patut menggunakan budi bicara dlm membuat keputusan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
argument3. reasons presented (for or against) alasan: he patiently listened to all the ~s before deciding, dia dgn sabar mendengar kesemua alasan itu sebelum membuat keputusan; 4. process of reasoning, cara memberikan alasan; /line, thread/ of ~, aliran hujah; 5. summary (of subject matter etc) inti bicara; 6. (math) hujah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas