Assalamualaikum.apakah ungkapan menarik yang sesuai utk ganti tajuk kata alu-aluan dalam majalah sekolah..contoh bicara cendekia/bicara/amanat pemimpin..ataupun ada ungkapan lain.terima kasih | Waalaikumsalam. Ketiga-tiga ungkapan "bicara cendekia/bicara/amanat pemimpin" boleh digunakan sebagai kata alu-aluan atau ungkapan dalam majalah sekolah. | Lain-lain | 14.03.2015 |
Saya ingin bertanya jika ada istilah dalam bidang psikologi self talk? Saya ingin mencadangkan BICARA KENDIRI. Segala perhatian dan cadangan amat saya hargai. | Kami mencadangkan "self talk" diterjemahkan sebagai "bicara diri", "bicara sendiri" atau "bicara kendiri". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 08.03.2022 |
maksud bagi Bual Bicara? | Kalau dilihat dari sudut kata, bual bermaksud: borak. Manakala bicara pula bermaksud: pendapat, fikiran, akal budi, muslihat dll. Frasa 'bual bicara' pula membawa maksud: perbincangan mengenai sesuatu pendapat atau buah fikiran. | Makna | 23.04.2009 |
Mohon pihak DBP berikan jawapan untuk mengelakkan kekeliruan. Ayat & perkataan manakah yang betul? 1. bicara bukan SEBARANG bicara 2. dia bukan orang SEMBARANGAN Saya keliru untuk menggunakan perkataan SEBARANG, SEBARANGAN, SEMBARANG & SEMBARANGAN. | Merujuk Kamus Dewan, sebarang bermaksud a) bukan yang biasa sahaja; b) bukan sedikit, luar biasa (sangat banyak sekali dan lain-lain); c) bukan apa-apa; sebarangan lazimnya digunakan dalam istilah bagi padanan arbitrary dalam bahasa Melayu; sembarang bermaksud apa-apa atau sesiapa saja; asal saja; juga bermaksud sebarang; dan sembarangan bermaksud tidak dengan usul periksa; dengan begitu saja; tidak dengan pilih-pilih lagi. Berdasarkan maksud yang diberikan kedua-dua ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 07.01.2011 |
Sekiranya kami menjemput seorang sahaja tamu (VVIP) untuk menjadi orang yang berucap dalam satu Program Bual Bicara, apakah kata nama yang sesuai untuk beliau? adakah kata nama Pembual Bicara itu tidak sesuai? atau Panel? atau Tamu Bual Bicara? Pengucap Utama ? Terima kasih | Tetamu dalam program bual bicara masih digelar tetamu dan jika seorang VVIP yang diundang lazimnya yang diuar-uarkan sebagai tetamu istimewa. | Istilah | 12.04.2013 |
Saya tertarik apabila melihat penggunaan frasa 'bicara naratif' digunakan. Malah RTM juga ada menamakan rancangan mereka sebagai 'Bicara Naratif'. Adakah situasi ini membawa kepada mengguna perkataan yang memberi pengertian secara berulang. Oleh itu, saya berpendapat penggunaan perkataan secara ini seolah-olah hebat tetapi secara bahasanya cacat. Iaitu 'bicara' adalah perkataan kata kerja & seterusnya 'naratif' juga merupakan kata kerja! Mohon penjelasan pihak tuan. | Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Untuk makluman, DBP sememangnya memantau penggunaan bahasa dalam media elektronik. Walau bagaimanapun, judul rancangan televisyen "Bicara Naratif" merupakan kata nama khas yang menggunakan perkataan dalam bahasa Melayu yang baik dan betul dan tidak menggunakan bahasa rojak. Pemilihan nama rancangan televisyen atau yang berkaitan bergantung kepada pihak tersebut dan diluar bidang kuasa DBP. Namun, sekiranya pihak tersebut merujuk dan mendapatkan nasihat penggunaan bahasa, pihak DBP akan memberikan cadangan penggunaan nama dalam bahasa Melayu yang baik dan betul. | Makna | 29.08.2023 |
Tolong terangkan maksud 'Bicara Berirama' (salah satu program dalam BBSN),contoh skripnya dan cara penyampiannya. | Bicara berirama ialah bercakap atau berkata menggunakan bahasa berirama dalam nada suara panjang atau pendek dengan bunyi yg teratur. Atau turun naik bunyi yg teratur pd lagu dll, rentak gaya, tingkah, ragam atau rentak. Mengenai skrip yg dinyatakan, bicara berirama ini bukan sahaja boleh diaplikasikan pada teks ucapan, bahkan sewaktu menyampaikan syair, pantun, gurindam dan lain-lain.Kebiasaannya seseorang yang menggunakan bicara berirama akan memastikan intonasi suara, irama, lenggok bahasa dan kepetahan disatukan dalam menyampaikan sesuatu teks itu. Ini juga bergantung pada latihan yang dilakukannya. Terima kasih. | Tatabahasa | 23.10.2008 |
As salam. Kami sedang menaik taraf beberapa bilik dengan menamakan bilik tersebut. Salah satunya ialah BICARA PENDETA ZA'BA. 1. Adakah nama tersebut sesuai dari segi maksud dan ejaannya. 2. Adakah perlu diletakkan perkataan BILIK dihadapannya. Mohon respon. | Nama BICARA PENDETA ZA'BA yang digunakan ini adalah betul ejaannya dan sesuai sahaja untuk digunakan bagi menamakan sesebuah bilik. Tuan/puan boleh sahaj meletakkan perkataan Bilik bagi menerangkan sesuatu nama bilik tersebut seperti BILIK BICARA PENDETA ZA'BA. Jika dewan boleh juga diletakkan perkataan DEWAN BICARA PENDETA ZA'BA. | Lain-lain | 18.03.2016 |
apakah istilah atau ayat yang sesuai digunakan bagi menggantikan perkataan kata alu-aluan untuk penerbitan sesebuah buku cenderamata selain daripada sekapur sirih, seulas pinang, secubit gambir? | Cadangan lain ialah perutusan, petikan kata, sebait madah, sepatah bicara, dan pembuka bicara. | Lain-lain | 25.01.2008 |
salam...tuan/puan,,perkataan budi bicara dieja dengan jarak,,,tetapi dengan ada imbuhan -nya;bagaimanakah ayat itu dieja??terima kasih | Puan Nurul, Perkataan budi bicara apabila menerima imbuhan -nya dieja sebagai budi bicaranya. | Ejaan | 23.06.2010 |