Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.ca.ra.wa.ra] | بيچاراوارا

Definisi : rancangan televisyen atau radio yg mengandungi temu bual antara hos dgn tetamu undangan berkaitan dgn tajuk tertentu, rancangan temu bual. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.ca.ra.wa.ra] | بيچاراوارا

Definisi : rancangan radio atau televisyen yg mengandungi temu bual antara pengacara dgn tetamu undangan, berkaitan dgn tajuk tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bicarawara


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
talkshowbicarawaraKomunikasiTiadaTiada
program coverageliputan rancanganKomunikasiKorporat1. Proses membuat liputan sesuatu acara di luar studio radio dan televisyen. Genre rancangan adalah pelbagai, iaitu daripada yang berbentuk bicarawara hingga ke genre hiburan dan liputan acara rasmi hal ehwal semasa. Contohnya, liputan rancangan di Malaysia ditentukan oleh beberapa faktor seperti peringkat kepentingan dan kerasmian sesuatu acara atau majlis yang berlangsung, ciri khalayak, serta waktu dan tempoh siaran. Bagi stesen swasta, liputan sesuatu rancangan dilakukan sekiranya memberikan pulangan yang tinggi kepada stesen berkenaan. 2. Jumlah isi rumah yang menerima sesuatu rancangan melalui satu atau lebih stesen. Hal ini disebabkan penilik radio atau televisyen berkenaan berada di kawasan yang dapat dicapai oleh liputan siaran rancangan tersebut. 3. Liputan kandungan sesuatu rancangan radio atau televisyen. Liputan ini merangkumi isi atau inti pati penting yang wujud dalam sesebuah rancangan yang boleh memberikan gambaran dengan jelas mengenai genre dan tema rancangan yang dapat memberikan kesan optimum kepada khalayak. Melalui rancangan ini, jenis khalayak sasaran boleh dikenal pasti. Maklumat ini sering untuk menjadi petunjuk kepada para pengiklan supaya menyesuaikan jenis iklan yang dirancang agar bersesuaian dengan tema dan kandungan liputan rancangan tersebut.
advertorialiklan rencanaKomunikasiKorporatSalah satu daripada genre iklan media elektronik dan media cetak. Genre iklan ini dikenali dengan sifat persembahan- nya yang menyerupai sebuah artikel, berita atau sebuah rancangan bicarawara. Pendekatan penulisan dan persembahannya menggunakan teknik penulisan sebuah berita atau artikel dan penerbitan sebuah rancangan radio atau televisyen. Pendekatan ini juga menekankan aspek realiti barangan atau perkhidmatan, dan kerap mengaitkan hasil penyelidikan barangan tersebut dengan fakta tentang kebaikan barangan. Kadangkala pendekatan ini melibatkan jurucakap profesional serta individu terkenal dan berwibawa bagi membina kesedaran jenama dalam kalangan khalayak.
third party endorsementpengesahan pihak ketigaKomunikasiKorporatSokongan yang diberikan oleh pihak ketiga terhadap sesuatu iklan atau promosi idea, organisasi, barangan, atau perkhidmatan. Sokongan tersebut boleh membantu meningkatkan citra perkara atau barangan yang diiklankan dan dipromosikan, dan seterusnya boleh meningkatkan pemasaran. Pihak ketiga biasanya terdiri daripada individu atau organisasi yang mempunyai kepakaran dan kewibawaan yang berkaitan dengan perkara yang diiklankan. Contohnya, seorang doktor gigi atau jururawat yang menyokong barangan penjagaan kesihatan gigi, atau personaliti media seperti pembaca berita atau hos sesebuah rancangan bicarawara yang menyokong kempen antidadah atau kempen antimerokok. Pihak ketiga yang digunakan dalam iklan biasanya digambarkan sebagai seorang yang dipercayai dan berjaya dalam profesion yang sebenar.

Kembali ke atas