Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.cu] | بيچو

Definisi : alat utk mengangkat barang yg berat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.cu] | بيچو

Definisi : sj alat utk menolak benda-benda berat supaya terangkat sedikit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bicu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1.Hydraulic Cut Offs Various 2.Hydraulic Drop Hammers Various 3.Hydraulic Flange Spreaders Various 4.Hydraulic Grapplers Various 5.Hydraulic Hole Punchers Various 6.Hydraulic Jacks Various Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1.Hydraulic Cut Offs Various - Pemotong Hidraulik
2.Hydraulic Drop Hammers Various - Tukul Jatuh Hidraulik
3.Hydraulic Flange Spreaders Various - Perebak Bebibir Hidraulik  
4.Hydraulic Grapplers Various - Pencengkam Hidraulik
5.Hydraulic Hole Punchers Various - Penebuk Lubang Hidraulik
6.Hydraulic Jacks Various - Bicu Hidraulik

Kami tidak pasti maksud perkataan "various" dalam konteks ini. Sekiranya bermaksud "pelbagai", boleh diletakkan di hadapan seperti yang berikut: Pelbagai Pemotong Hidraulik
Istilah07.03.2016

Kembali ke atas