Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.da.da.ri] | بيداداري

Definisi : 1. dewi di syurga atau di kayangan; 2. ki perempuan yg cantik rupawan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.da.da.ri] | بيداداري

Definisi : 1 dewi di syurga atau di kayangan. 2 perempuan yg cantik rupawan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bidadari

Puisi
 

Mastika di Tanjung Tuan,
     Pakai anak bidadari;
Gunung tinggi kuasa Tuhan,
     Duri di hutan tajam sendiri.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Manakah padanan yang tepat untuk istilah 'Fallen Angel': Malaikat/Bidadari/bidadara Tersungkur/Yang Jatuh.Kami mencadangkan padanan bahasa Melayunya ialah bidadari ingkar.Istilah28.09.2018
Ruhani Hani 13:29 Ruhani Hani Ruhani As slm buku isteriku bidadari ade x kat pustakaSelamat sejahtera, Tuan/puan boleh menggunakan laman web Pusat Dokumentasi Melayu, iaitu: http://pustaxa.dbp.gov.my/pustaxa/ untuk mencari buka yang terdapat dalam simpanan kami. Melalui carian kami, judul buku yang diberikan tiada dalam simpanan kami. Terima kasih.Lain-lain27.10.2016
contoh artikel bagi kata nama am dan kata ganti nama..

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya. Ia boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, berbilang atau tak berbilang, dan seumpamanya. Contoh kata nama am ialah seperti pegawai, penyanyi, bayi, bidadari, semut, rumput, pejabat, sawah, dunia, laut, senyuman, rancangan, keburukan, roh, hawa, ajaran, dan lain-lain.

Kata ganti nama (KGN)- yang menjadi pengganti kata nama khas dan am. KGN boleh dibahagikan lagi kepada dua golongan kecil, KGN tunjuk dan KGN diri. (Sila rujuk Tatabahasa Dewan hal. 86 untuk keterangan lanjut)

Tatabahasa04.01.2010
Di bawah kata terbitan awalan kata adjektif ade imbuhan se yang bermaksud sama rata Adakah selepas,setiap,sehingga,setelah adalah golongan tersebutKata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat sesuatu benda atau yang menerangkan kata nama seperti besar, tinggi dan sebagainya. Se- pula merupakan awal yang bermaksud sama, seluruh, sedari, lepas, hingga dan banyak lagi.

Untuk makluman, awalan se- yang bermaksud sama/serupa boleh digunakan sekiranya se- diikuti dengan kata adjektif. Contoh: Sekecil hama, sebesar rumah, secantik bidadari dan sebagainya. Perkataan selepas, setiap, sehingga dan setelah bukanlah kata adjektif walaupun mempunyai awalan se-.

Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa07.08.2018
Dagaimanakah handak memgunakan katanama am

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya. Ia boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, berbilang atau tak berbilang, dan seumpamanya. Contoh kata nama am ialah seperti pegawai, penyanyi, bayi, bidadari, semut, rumput, pejabat, sawah, dunia, laut, senyuman, rancangan, keburukan, roh, hawa, ajaran, dan lain-lain. Kata nama am digunakan dalam membina ayat mengikut apa yang hendak diterangkan dalam ayat tersebut. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa28.07.2010
saya mahasiswa universiti islam yala ingin bertanya, apakah maksud gulogan kata nama ?Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya. Ia boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, berbilang atau tak berbilang, dan seumpamanya. Contoh kata nama am ialah seperti pegawai, penyanyi, bayi, bidadari, semut, rumput, pejabat, sawah, dunia, laut, senyuman, rancangan, keburukan, roh, hawa, ajaran, dan lain-lainTatabahasa14.07.2010
saya Thanyawat findy sedang belajar bahasa melayu dasar , di Univerciti Fatoni selatan Thailand , ingin bertanya DBP tentang tatabahasa. apakah*kata nama* terimakasih.Kata nama ialah kata yang menjadi inti frasa nama dalam ayat dan lazimnya kata ini menamakan orang, haiwan, tempat, benda atau konsep.

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya. Ia boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, berbilang atau tak berbilang, dan seumpamanya. Contoh kata nama am ialah seperti pegawai, penyanyi, bayi, bidadari, semut, rumput, pejabat, sawah, dunia, laut, senyuman, rancangan, keburukan, roh, hawa, ajaran, dan lain-lain.


Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada suatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Contoh kata nama khas ialah seperti Amelia, Raja Zakuan, Jibrail, Kancil, Melayu, Singapura, Piala Thomas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Honda, dan lain-lain.
Tatabahasa22.12.2013
Saya Musor kasor sedang belajar bahasa Melayu dasar, di Univerciti Fatoni selatan Thailand, ingin bertanya DBP tentang tatabahasa. apakah"kata Nama".terima kasih.Kata nama ialah kata yang menjadi inti frasa nama dalam ayat dan lazimnya kata ini menamakan orang, haiwan, tempat, benda atau konsep.

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya. Ia boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, berbilang atau tak berbilang, dan seumpamanya. Contoh kata nama am ialah seperti pegawai, penyanyi, bayi, bidadari, semut, rumput, pejabat, sawah, dunia, laut, senyuman, rancangan, keburukan, roh, hawa, ajaran, dan lain-lain.


Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada suatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Contoh kata nama khas ialah seperti Amelia, Raja Zakuan, Jibrail, Kancil, Melayu, Singapura, Piala Thomas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Honda, dan lain-lain.
Tatabahasa08.12.2013
Saya Tafet Jarong sedang belajar bahasa melayu dasar. di Universiti Fatoni selatan Thialand.ingin bertanya DBP tentang tatabahasa.apakah pegertian kata nama? teremakasih.Kata yang menjadi inti frasa nama dalam ayat dan lazimnya kata ini menamakan orang, haiwan, tempat, benda atau konsep.

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya. Ia boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, berbilang atau tak berbilang, dan seumpamanya. Contoh kata nama am ialah seperti pegawai, penyanyi, bayi, bidadari, semut, rumput, pejabat, sawah, dunia, laut, senyuman, rancangan, keburukan, roh, hawa, ajaran, dan lain-lain.


Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada suatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Contoh kata nama khas ialah seperti Amelia, Raja Zakuan, Jibrail, Kancil, Melayu, Singapura, Piala Thomas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Honda, dan lain-lain.
Tatabahasa08.12.2013
contoh-contoh kata nama khas dan kata nama amKata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada suatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Contoh kata nama khas ialah seperti Amelia, Raja Zakuan, Jibrail, Kancil, Melayu, Singapura, Piala Thomas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Honda, dan lain-lain. Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya. Ia boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, berbilang atau tak berbilang, dan seumpamanya. Contoh kata nama am ialah seperti pegawai, penyanyi, bayi, bidadari, semut, rumput, pejabat, sawah, dunia, laut, senyuman, rancangan, keburukan, roh, hawa, ajaran, dan lain-lain.Tatabahasa03.01.2007
12

Kembali ke atas