Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.da.lan] | بيدلن

Definisi : kata-kata yg sering kali disebut, dan yg mengandungi nasihat, peringatan, dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.da.lan] | بيدلن

Definisi : susunan kata(-kata) yg tertentu dan mempunyai erti yg khusus (biasanya berisi pengajaran, peringatan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bidalan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Berkaitan dengan pertanyaan tentang 'bidalan' dan 'pepatah', bagaimanakah kita hendak menentukan sama ada peribahasa tersebut dikategorikan sebagai 'bidalan' atau 'pepatah'. Apakah ada petunjuk atau 'key words' yang dapat membezakan bidalan dengan pepatah? Terima kasih.

Secara umumnya kedua-duanya mempunyai peranan yang hampir sama tetapi bidalan lebih kerap digunakan berbanding dengan pepatah.  Bidalan mempunyai nilai, ilmu dan pengajaran, sedangkan pepatah lebih ringkas sifatnya dan tidak mempunyai pengajaran. Pepatah ini sering berkait rapat dengan adat-istiadat, undang-undang atau peraturan masyarakat.

Bidalan ialah peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat seperti perumpamaan.  Bidalan juga mempunyai maksud dua lapis.  Untuk mengenali bidalan, ia lebih mudah kerana “ bidalan tidak didahului oleh kata sendi nama seperti, bagai, laksana dan umpama. Contoh bidalan

Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan.

Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

(Maksud lapis pertama jelas.  Maksud lapis kedua ialah merujuk kepada seseorang yang kurang berilmu atau mempunyai sedikit ilmu serta pengalaman tetapi mahu mencuba sesuatu yang di luar kemampuannya.) 

Pepatah pula sering juga dipanggil perbilangan.  Pepatah atau perbilangan mempunyai struktur yang hampir sama bidalann namun perbezaannya ialah pepatah disusun berangkap-rangkap seperti ikatan puisi.  Setiap rangkai pepatah terdiri daripada dua baris atau lebih dan ia disebut satu demi satu seolah-olah orang sedang membuat perbilangan. Contoh pepatah

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana maufakat.

Cubit paha kiri, paha kanan sakit juga

Ditelan mati emak, diluah mati bapak.

Kalah jadi abu, menang jadi arang.

Sastera16.02.2011
Salam sejahtera, apakah perbezaan antara bidalan dan pepatah? Bagaimana ingin membezakan antara bidalan & petatah? Sekian, terima kasih.Bidalan ialah  susunan kata yang tertentu dan mempunyai erti yang khusus (biasanya berisi pengajaran, peringatan dan sebagainya). Lazimnya bidalan tidak didahului kata sendi nama bagai, seperti dan sebagainya. Contoh: malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan. Pepatah ialah peribahasa yang berisi nasihat dan lain-lain; pepatah juga ialah kata-kata orang tua-tua yang terdapat ajaran di dalamnya. Contoh: di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Makna19.03.2020
apakah perbezaan antara bidalan dengan pepatah?Bidalan bermaksud kata-kata yang sering kali disebut yang mengandungi nasihat peringatan dan sebagainya. Pepatah ialah peribahasa yang berisi nasihat dan lain-lain atau kata orang tua-tua yang terdapat ajaran di dalamnya.Makna11.07.2011
BIDALAN DAN PERUMPAMAAN Bidalan adalah sejenis ungkapan yang menekankan tentang teladan yang mengandungi unsur pengajaran. Bidalan biasanya disampaikan dalam bentuk bandingan.  Menurut Za’ba(2002:170) Bidalan lebih memberatkan tentang sifat melekatnya di mulut orang ramai dan tentang bandingan dan teladan yang ada di dalamnya. Jika pepatah dikenali juga sebagai peribahasa selapis, begitu juga dengan bidalan.  Terlajak perahu boleh diundur,Terlajak kata emas padahnya.

 

 

Perumpamaan ialah susunan bahasa yang ringkas dan padat yang membawa makna dua lapis. Ungkapan Melayu tradisional ini menyebutkan sesuatu maksud dengan memberikan perumpamaan kepada sesuatu perkara yang lain yang serupa dengannya.  Mengikut Za’ba (2002: 170) perumpamaan ialah sejenis peribahasa yang menyebut sesuatu maksud dengan diumpamakan kepada sesuatu perkara lain dan oleh sebab itu jadi ertinya dua lapis.   Contohnya “Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain”. Seperti bumi dengan langit          
  1. Seperti api dalam sekam
 
  1. Seperti anjing dengan kucing

 

Lain-lain16.03.2010
kalau saya ingin menyemak maksud peribahasa, perumpamaan, bidalan dan simpulan bahasa, bahagian mana yang perlu saya klik. tqTuan/Puan boleh menyemak maksud peribahasa, perumpamaan, bidalan dan simpulan bahasa melalui carian di PRPM.DBP.GOV.MY - taip peribahasa, simpulan, bidalan, perumpamaan tersebut pada bar carian.Lain-lain17.08.2018
Apakah maksud bidalan 'antara intan dengan permata'?Maksud bidalan tersebut ialah sesuatu yang menjadi keputusan/pilihan utama dalam membuat pilihan.Lain-lain15.11.2010
Saya Ismael samaeng belajar Bahasa Melayu dasar, Univercity Fatoni ingin bertanya tentang tata bahasa Apakoh Bidalan dalam bahasa melayu? trimakasihBidalan bermaksud susunan kata-kata yang tertentu dan mempunyai erti yang khusus (biasanya berisi pengajaran dan peringatan).Makna03.11.2015
1. Apakah perbezaan yang ketara antara "nada" , "ujaran" dan "intonasi" ? Berikan contoh. 2. Bolehkah nyatakan perbezaan yang jelas antara "bidalan" dan " pepatah"? Apabila diberi suatu "peribahasa", sukar untuk saya mengklasifikasikan peribahasa tersebut sama ada "bidalan" atau "pepatah".Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, nada ialah bunyi yg tertentu tinggi rendahnya (dlm nyanyian, muzik, dll). Ujaran pula ialah sesuatu yg diucapkan atau disebutkan. Manakala makna intonasi ialah  turun naik atau tinggi rendah nada suara (sewaktu bercakap). Bidalan dan pepatah ialah sama. Untuk mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna09.04.2009
Bagaimanakah hendak membezakan bidalan dengan pepatah? Lagi satu, bagamainakah penggunaan 'memberi' dan 'memberikan' yang paling tepat? Apakah perbezaan penggunaan kedua-dua patah perkataan berimbuhan tersebut? Sekian, terima kasih.

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, bidalan bermaksud kata-kata yang sering kali disebut dan yang mengandungi nasihat, peringatan dsb. manakala pepatah bermaksud sejenis peribahasa yang mengandungi nasihat, ajaran (perkataan) orang tua-tua dll.

Perkataan 'memberi" dan memberikan" merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan 'memberi' hendaklah diikuti dengan kata nama objek bernyawa, manakala 'memberikan' hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Contoh ayat adalah seperti yang berikut:

a. Ali memberi kucing makan. 

b. Ali memberikan makanan kepada kucing.

Sila rujuk buku tatabahasa bahasa Melayu untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Lain-lain14.02.2011
Saya ada melakukan kajian mengenai karya novel yang mengisahkan perpisahan dalam sebuah keluarga yang akhirnya bertemu semula.Saya juga ingin mencari peribahasa atau bidalan yang sesuai bagi menggambarkan situasi tersebut. Oleh itu saya ingin bertanya mengenai peribahasa atau bidalan yang sesuai selain "air dicincang tidak akan putus"Peribahasa lain yang sama maksud ialah carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga. Harap maklum.Lain-lain29.05.2008
1234

Kembali ke atas