Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.da.lan] | بيدلن

Definisi : kata-kata yg sering kali disebut, dan yg mengandungi nasihat, peringatan, dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.da.lan] | بيدلن

Definisi : susunan kata(-kata) yg tertentu dan mempunyai erti yg khusus (biasanya berisi pengajaran, peringatan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bidalan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BIDALAN

BIDALAN, peribahasa yang mempunyai makna selapis; apa-apa yang dikatakan itulah ertinya.

SASTERAKonsep
PEPATAH

PEPATAH, sejenis peribahasa yang mempunyai susunan tetap dan mengandungi makna tertentu. Bentuk gandanya ialah pepatah-petitih. Bentuk pepatah sama dengan bidalan. Yang membezakannya dengan bidalan, ialah bahawa bidalan mengandungi teladan atau pengajaran. Pepatah mengandungi pernyataan adat, peraturan dan hukum, iaitu hukum adat perpatih. Pepatah bermakna selapis, kerana apa yang dikatakan itulah maksudnya.

SASTERAKonsep
PERIBAHASA

PERIBAHASA, frasa dan ayat yang mempunyai susunan yang tepat dan mengandungi makna khusus.  Peribahasa merupakan istilah umum kepada jenis-jenis yang dikenal sebagai simpulan bahasa, perumpamaan, bidalan, pepatah dan perbilangan.  Peribahasa digolongkan seperti simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan dan perbilangan.

SASTERAKonsep
TIKAMAN BAHASA

TIKAMAN BAHASA, buku yang disusun oleh Muhammad Adnan bin Muhammad Arifin. Tikaman Bahasa juga dikenal sebagai Kitab Tikaman Bahasa. Menurut penyusunnya, ia “mengandungi segala bidalan, perumpamaan Melayu dan perkataan-perkataan pendeta”. Buku ini siap disusun dan dikumpul pada bulan Januari 1933. cetakan pertama diterbitkan pada tahun 1934 oleh al-Matbaah al-Hikmah, Kota Bharu, Kelantan. Cetakan kedua diterbitkan pada tahun 1953 oleh penerbit yang sama dengan beberapa tambahan baru sehingga jumlah bidalannya menjadi 2211 dan 200 perkataan terpilih. Dengan ini, himpunan bidalan yang ada dalam buku ini jauh lebih banyak dan lebih tunas daripada Kitab Kiliran Budi yang disusun oleg W.G. Shellabear dan Munsyi Sulaiman Mohd. Nor pada awal abad ke-20 yang jumlahnya tidak sampai 1500 bidalan. Tikaman Bahasa cetakan pertama 363 halaman tidak termasuk halaman pengenalan. Pada tahun 1992, buku ini dicetak semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, dalam Siri Koleksi Warisan, menggunakan tulisan Rumi dan mengandungi 259 halaman tidak termasuk halaman pengenalan.

BAHASAPenerbitan
DONGENG

Dongeng ialah cereka rekaan yang mengajar

tentang moral. Dalam kebanyakan dongeng, satu

atau lebih watak utama merupakan haiwan, pokok,

atau benda yang bercakap dan bertindak seperti

manusia. Dongeng boleh disampaikan sama

ada dalam bentuk prosa ataupun puisi. Dalam

kebanyakan dongeng, pengajarannya disimpulkan

pada penghujung cerita dalam bentuk bidalan.

UMUM 
PERIBAHASA BERIRAMA

PERIBAHASA BERIRAMA, genre puisi Melayu tradisional.  Peribahasa berirama atau peribahasa berangkap adalah peribahasa yang meliputi kiasan, pepatah, bidalan, perbilangan atau perumpamaan yang berbentuk puisi atau mengandungi cirri-ciri puisi, seperti kesejajaran, perulangan, rima atau sekurang-kurangnya irama.

SASTERAKonsep
TAMSIL

TAMSIL, bahasa kiasan yang memberikan perbandingan dengan jelas, dipersembahkan dalam ungkapan yang panjang dan mengandungi pengajaran.  Tamsil mempunyai persamaan dengan bidalan, pepatah dan perumpamaan.  Tamsil boleh diambil daripada peribahasa yang sudah terkenal, atau daripada ciptaan sendiri.  Dalam beberapa contoh, tamsil lebih mendekati `kiasan asal’, tetapi telah diluaskan dengan kata-kata yang bernas, bersifat simbolik serta mengandungi fikiran yang bijaksana.

SASTERAKonsep

Kembali ke atas