Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.dan] | بيدن

Definisi : orang (biasanya perempuan) yg mempunyai kemahiran utk membantu ibu sewaktu melahirkan anak; ~ kampung wanita di kampung yg mempunyai kemahiran utk menolong seseorang ibu melahirkan anak (sungguhpun tidak terlatih secara khusus tentang ilmu perbidanan); ~ kerajaan bidan yg berkhidmat dgn kerajaan (terlatih secara khusus tentang ilmu perbidanan); ~ tarik = ~ terjun a) bidan yg dipanggil secara mendadak (tidak diberitahu terlebih dahulu); b) orang yg diminta melakukan sesuatu pekerjaan secara mendadak (kerana orang yg sepatutnya tidak ada atau tidak hadir); bebas ~ (balas, berlimau) kenduri selepas empat puluh hari bersalin; jikalau beranak ikut kata ~ prb jika kita berkehendak sesuatu drpd orang lain, hendaklah kita turut apa yg dikatakannya; berbidan memakai bidan, meminta perkhidmatan bidan sewaktu melahirkan anak; beranak tiada ~ prb mendapat susah kerana kebodohan sendiri; berbidankan menggunakan perkhidmatan seseorang sbg bidan: dia melahirkan anak sulungnya dgn ~ bidan kampung sahaja; membidani menolong orang bersalin: upah bidan utk ~ isterinya saja sudah sebanyak tiga puluh ringgit; kebidanan hal yg berkaitan dgn ilmu menjadi bidan, atau tugas dan tanggungjawab sbg bidan: ilmu ~; pakar ~; perbidanan 1. hal yg berkaitan dgn urusan berbidan: hal-hal ~ kampung ini lebih diketahui oleh orang-orang tua; 2. perihal bidan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.dan] | بيدن

Definisi : orang yg menolong orang yg akan atau sedang bersalin. ~ tarik (terjun) bidan yg diminta khidmatnya tanpa rundingan lebih awal. ~ tempah bidan yg sudah ditempah awal-awal dan bersetuju memberikan khidmatnya. perbidanan hal-hal mengenai bidan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bidan

Puisi
 

Raja di Jawa raja sakti,
     Menghadap sultan berganti-ganti;
Doa saja umur tak mati,
     Dukun dan bidan ada menanti.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Pembasuh tangan bidan.

Bermaksud :

Hadiah yang diberikan kepada seseorang yang telah menolong melepaskan sesuatu pekerjaan yang besar.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Bidan TerawalHamizun SyahBerita Minggu29.09.1996
'Bidan' persoalkan jalan pulang ke tradisiUmar JunusBerita Minggu19.04.1981
Bidan Lalu Teratai MelambaiA. MunirBerita Minggu01.09.1962
Bidan muda ubah senario kampungNorhadiani BaharomHarian Metro (Bintang)25.07.2005
Drama 'Bidan' letakkan kita antara tradisi dan modenUmar JunusBerita Minggu12.04.1981
Dua bidan Pont-Clery, novel lucu PerancisUmar JunusBerita Minggu12.07.1981
Pengalaman "bidan terjun" selamatkan bayi di bilik airSa'dah Salleh, Bahya NasimUtusan Melayu05.11.1981
Angkat martabat bidan Melayu - Datin Sharifah Anisah-Bacaria21.04.2007
Teater Terengganu adalah teater bidan terjun - Marzuki AliWan Zulkifli Wan YaacobUtusan Malaysia20.06.1986
Bengkel bahasa media am macam "bidan terjun"WahbaUtusan Malaysia01.10.1980
12

Kembali ke atas