Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.das] | بيدس

Definisi : ; membidas 1. memantul (balik): setelah saya lepaskan, dahan itu ~; 2. menembus (pertahanan musuh dll): serangan itu diperhebat lagi supaya dapat ~ pertahanan musuh; 3. mengecam: menteri itu memberi jawaban sambil ~ pihak pembangkang; bidasan 1. gerakan membidas; 2. serangan, serbuan; 3. kecaman; pembidas sj lembing yg dilepaskan dgn alat yg memantul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.das] | بيدس

Definisi : Kl, Tr 1. lastik: budak itu suka bermain ~; 2. melastik: Mamat mengajak Ali ~ burung punai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.das] | بيدس

Definisi : ; membidas 1 bergerak dgn cepat kerana digerakkan oleh benda-benda yg melenting; memantul balik: Apabila umpannya terusik, jerat itu akan ~. 2 bergerak maju; maju menyerang serta menembusi: Askar Mesir telah berjaya ~ barisan pertahanan Israel di Bar Lev. 3 mengeluarkan kata-kata yg pedas; mengecam: Menteri itu telah ~ orang-orang yg enggan belajar bahasa Melayu. 4 membalas serangan; menjawab (dgn keras); mengecam kembali: Surat itu bertujuan ~ pihak pentadbiran yg lemah. membidaskan melepaskan sesuatu yg melenting dgn cepat utk membidas: ~ jari. bidasan 1 gerakan membidas; gerakan yg memantul balik. 2 serangan. 3 kecaman atau jawapan balas; reaksi. pembidas benda tajam (pd perangkap, jerat dsb) yg dilepaskan dgn sesuatu yg melenting. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bidas


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
boomerang effectkesan bidasKomunikasiTiadaKesan negatif yang diterima oleh penyampai mesej kerana kegagalannya dalam proses komunikasi.
pressure releaselepasan tekanan , bidas tekananGeologiTiadaTiada
expansion jointsambungan pengembanganGeologiTiadaRetakan atau kekar yang terbentuk oleh pengelupasan atau pengekaran bidas tekanan.
dysfunctional communicationkomunikasi gugatanKomunikasiTiadaKomunikasi yang gagal mencapai matlamat yang ingin disampaikan dan hanya menimbulkan kesan bidas yang meruntuhkan kepercayaan penerima terhadap penyampai.

Kembali ke atas