Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.dua.ni.ta] | بيدوانيتا

Definisi : penyanyi perempuan: ~ itu menyampaikan lagu Madah Pujangga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.dua.ni.ta] | بيدوانيتا

Definisi : penyanyi wanita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biduanita


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SHARIFAH AINI

SHARIFAH AINI, Datuk (1953-    ), biduanita negara dan pelakon. Nama sebenarnya ialah Sharifah Aini binti Syed Jaafar. Beliau lahir pada 2 Julai 1953 di Singapura dan dibesarkan di Johor Bahru, Johor. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Sultan Ibrahim dan Sekolah Agama Maahad Johor Baru. Ketika di bangku sekolah lagi, beliau telah menunjukkan bakatnya dalam bidang seni suara, iaitu dengan membaca al-Quran dan menyanyi. Beliau pernah mewakili sekolahnya dalam pertandingan membaca al-Quran dan memenangi hadiah Johan Seni di sekolahnya pada tahun 1968. Pada tahun 1969, beliau menyertai peraduan nyanyian anjuran Radio dan Televisyen Singapura (RTS) dan berjaya menduduki tempat kedua.

BUDAYATokoh

Kembali ke atas