Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.hun] | بيهون

Definisi : C sj mi halus yg dibuat drpd tepung beras. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.hun] | بيهون

Definisi : sj mi yg halus yg dibuat drpd tepung beras. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bihun


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bihun atau mihun?Perkataan manakah yang betul?Ejaan yang betul ialah mihun, iaitu sejenis bahan makanan seperti mi yang halus (diperbuat daripada tepung beras).

Rujukan: Kamus Dewan Edisi Keempat.
Ejaan16.05.2020
antara mihun degan bihun, ejaan mana yang betul? bolehkah kita mulakan ayat dengan Sebagai contohnya/Conthnya ?
Mihun ialah makanan yang dibuat daripada tepung beras yang bentuknya halus panjang (lebih halus daripada laksa).
Bihun ialah sejenis mi yang halus yang dibuat daripada tepung beras. Berdasarkan definisi bihun dan mihun, kedua-dua ejaannya betul. Sebagai contohnya tidak boleh digunakan pada permulaan ayat manakala contohnya boleh digunakan pada permulaan ayat tetapi perlu ada kesinambungan daripada ayat sebelumnya.

Lain-lain27.08.2015
bihun= sejenis mi yang halus yang dibuat daripada tepung beras. mihun= makanan yang dibuat daripada tepung beras yang bentuknya halus panjang (lebih halus daripada laksa): ~ goreng; ~ sup. Berdasarkan definisi bihun dan mihun, adakah kedua-duanya boleh digunakan?Kedua-duanya boleh digunakan.Tatabahasa11.05.2010
Salam sejahtera, tuan. Ejaan bihun atau mihun betul? Kedua-dua patah perkataan ini terdapat dalam https://prpm.dbp.gov.my/ Terima kasih.kedua-dua perkataan betul dan boleh digunakan. Bihun dan mihun ialah sejenis bahan makanan seperti mi yang halus (diperbuat daripada tepung beras).Ejaan06.03.2021
apakah bahasa atau perkataan yang sesuai bagi kumpulan makanan yang digoreng?.Misalnya mee goreng, nasi goreng dan bihun goreng dimaksukan di bawah kumpulan makanan (bergoreng).Adakah perkataan (bergoreng) dalam kurungan tersebut sesuai digunakan atau salah dari aspek pengunaan bahasa tersebut?Mi goreng, nasi goreng dan bihun goreng boleh dikategorikan sebagai makanan bergoreng jika merujuk cara memasak makanan tersebut, iaitu digoreng.Tatabahasa07.05.2012
apakah maksud mengucapkan syukur? mengapakah kata mengucap syukur salah? mihun yang betul atau bihun?

Mengucap syukur betul dari segi tatabahasa. Kedua-duanya betul bermaksud mi yang halus.

Tatabahasa05.08.2010

Kembali ke atas