Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.ja/] | بيجق

Definisi : 1. (sangat) pandai, cerdik, pintar: kau ~, kaulah seniman yg tahu menikmati kesenian alam; 2. pandai bercakap, petah lidah; 3. sesuai atau betul dan mendatangkan kebaikan: berjimat-cermat pd zaman inflasi ialah satu langkah yg ~; ~ bestari benar-benar bijak; golongan ~ pandai cendekiawan; kebijakan perihal bijak, kecerdikan, kepintaran: sesetengahnya dinaikkan pangkat kerana ~ dan kemahiran mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.ja/] | بيجق

Definisi : selalu menggunakan akalnya; pintar; pandai: Orang ~ tidak akan melakukan sesuatu dgn terburu-buru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bijak

Puisi
 

Anak cicak anak keredek,
     Rama-rama menyusur pantai;
Dia bijak saya cerdik,
     Sama-sama mengadu pandai.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Kasih tidak bersekutu dengan bijak.

Bermaksud :

Apabila hati telah kasih, maka hilanglah cacat-celanya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pandai1. cerdik, pintar: semua orang menerimanya menjadi ketua kerana ia ~; orang ~-~ orang yg terpelajar (berilmu); bijak (cerdik) ~ a) bijak (cerdik) dan pandai, terpelajar b) orang yg terpelajar, cendekiawan; 2. bijak, cekap, mahir: begitu ~ ia berpura-pura; 3. boleh, mampu, sanggup: sekarang dia sudah ~ membuatnya sendiri; 4. sesuka hati (ikut mana yg difikirnya elok), sekehendak hati: selama ini, ~ kakaklah memelihara ibu; 5. orang yg mahir dlm pertukangan dll, tukang, ahli; ~ besi tukang besi; ~ canai tukang mencanai pisau; ~ emas tukang emas; ~ hidup a) pandai mengendalikan penghidupannya (tidak boros dll); b) pandai bergaul dgn orang lain supaya tidak dibenci dll; ~ jatuh bp pandai mencari alasan dll utk menyelamatkan diri; ~ kayu tukang kayu; ~ lukis ark orang yg pandai membuat gambar, jurulukis, tukang lukis; ~ membawa untung sedar akan diri dan pandai mengambil hati orang supaya disukai dll; ~ tenggang (akal) pandai mencari akal; ~ ubat ahli ubat; ~ menyipat, tidak ~ menarah prb tahu me­nyuruh (memerintah) tetapi tidak tahu mem­buat kerja; ~ makan, ~ simpan prb pandai berbuat jahat, harus pandai menyimpan rahsia; sepandai-pandai bagaimana (betapa) pan­dai sekalipun: ~ tupai melompat, sekali akan gawal juga; berpandai-pandai Mn melakukan sesuatu tanpa berunding dahulu dgn orang lain: ~ engkau mengajak lakimu; memandai, memandai-mandai membuat sesuka hati, mengikut fikiran sendiri: kebanyakannya itu, kerananyalah yg ~ sendiri; ~ diri berpandai-pandai; memandaikan 1. sl membuat, membina; 2. menjadikan pandai: amanat guru adalah utk ~ murid; kepandaian kecerdikan, kemahiran, kepin­taran: ada wang tetapi tidak ada ~, tidak boleh jadi juga; berkepandaian mempunyai kepandaian (kemahiran): ia tiada ~ suatu apa.Kamus Dewan Edisi Keempat
bijakselalu menggunakan akalnya; pintar; pandai: Orang ~ tidak akan melakukan sesuatu dgn terburu-buru.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bijakselalu menggunakan akalnya; pintar; pandai: Orang ~ tidak akan melakukan sesuatu dgn terburu-buru.Kamus Pelajar
bijak (cerdik) pandaia) bijak (cerdik) dan pandai, terpelajar b) orang yg terpelajar, cendekiawan;Kamus Dewan Edisi Keempat
bijak bestaribenar-benar bijak;Kamus Dewan Edisi Keempat
bijak1. (sangat) pandai, cerdik, pintar: kau ~, kaulah seniman yg tahu menikmati kesenian alam; 2. pandai bercakap, petah lidah; 3. sesuai atau betul dan mendatangkan kebaikan: berjimat-cermat pd zaman inflasi ialah satu langkah yg ~; ~ bestari benar-benar bijak; golongan ~ pandai cendekiawan; kebijakan perihal bijak, kecerdikan, kepintaran: sesetengahnya dinaikkan pangkat kerana ~ dan kemahiran mereka.Kamus Dewan Edisi Keempat
tahu 2 pandai sekali; bijak: perajurit yg ~ perajurit yg bijak pandai.Kamus Pelajar
tahu-tahu 2 pandai sekali; bijak: perajurit yg ~ perajurit yg bijak pandai.Kamus Pelajar
tahu-tahu1 dgn tidak disedari; dgn tiba-tiba: ~ tangannya sudah memulas telinga anak itu. 2 pandai sekali; bijak: perajurit yg ~ perajurit yg bijak pandai.Kamus Pelajar Edisi Kedua
epigram(épigram) 1. puisi (sajak) yg pendek dan bernas serta mengandungi fikiran yg bijak dan menyindir; 2. ungkapan atau perkataan yg pendek dan bernas serta mengandungi fikiran yg bijak dan menyindir.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas