Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pandai
1. Bersinonim dengan cerdik
( pintar, bijak, cerdas, bijaksana, bestari, bergeliga, cair otak, besar akal, banyak akal, tajam akal, tajam fikiran, terang akal, terang hati, otak minyak, fatan, punsu, tahu-tahu, piawai, )
(adjektif:)
Berantonim dengan bodoh

2. Bersinonim dengan cekap
( mahir, handal, pantas, cekat, tangkas, biasa, terlatih, lancar, akas, prigel, campin, )
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan ahli
( jauhari, tukang, pakar, juru, utas, empu, kipu, )
(kata nama:)

Kata Terbitan : memandai-mandai, kepandaian,

Puisi
 

Rumah cengal bertiang berancak,
     Kayu jelutung si kayu nangka;
Orang Jengal sungguhlah bijak,
     Pandai berpantun pandai berseloka.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
wise cracksjawapan cerdasKesusasteraanTiadaJawapan cerdik dan tepat yang diberikan ketika menjawab suatu masalah yang diberikan. Contoh: jawapan pada teka-teki yang berbentuk soalan. Contoh: Jika tuan pergi ke kedai, Belikan saya gula batu; Kalau tuan bijak pandai, Apa binatang tulangnya satu?
interpersonal attractiontarikan interpersonalPsikologiPsikologi UmumTarikan sosial kepada individu yang merupakan asas kepada kebanyakan hubungan sosial. Individu biasanya akan mencari kawan tau teman yang baik dan saling memahami, mempunyai personaliti yang menarik dan menyukainya. Contohnya, individu memilih kawan Tarikan sosial kepada individu yang merupakan asas kepada kebanyakan hubungan sosial. Individu biasanya akan mencari kawan atau teman yang baik dan saling memahami, mempunyai personaliti yang menarik dan menyukainya. Contohnya, individu memilih kawan berdasarkan kepada kedekatan fizikal. Semakin dekat seseorang itu dengan seseorang yang lain, maka semakin tinggi kemungkinan individu itu menjadi kawan atau sahabatnya. Semakin kerap seseorang itu bertemu dengan seseorang yang lain, maka semakin tinggi kemungkinan untuk membina keakraban. Kini, kekerapan bertemu dan berbicara ditingkatkan oleh teknologi komputer yang menyediakan perkhidmatan e-mel dan ruang sembang. Selain itu, kesan halo juga boleh meningkatkan minat seseorang seperti orang yang cantik biasanya akan dianggap baik, bijak, pandai menyesuaikan diri, mesra, pintar dan sihat mental. Satu lagi ciri yang boleh meningkatkan tarikan interpersonal ialah kesamaan, iaitu dari segi umur, latar belakang, minat, sikap, kepercayaan dan apa-apa sahaja yang boleh mengurangkan perbezaan, maka semakin tinggilah tarikan itu berlaku.

Kembali ke atas