Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.ja/.sa.na] | بيجقسان

Definisi : berakal budi, arif, pandai dan berhati-hati, cerdik: Bendahara Paduka Raja itulah dikatakan orang ~; membijaksanakan menjadikan seseorang bijaksana: sajak ini tidak ~ pembaca utk menggunakan daya renung yg lebih dinamik; kebijaksanaan perihal bijaksana, perihal menggunakan akal budi: mereka menjalankan tugas ini dgn penuh ~, penuh perasaan tanggungjawab dan keberanian; kemerdekaan Tanah Melayu telah dicapai kerana ~ pimpinan parti pemerintah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.ja/.sa.na] | بيجقسان

Definisi : pandai menggunakan akal fikirannya; luas pengetahuan serta banyak pengalamannya; tajam fikirannya: Pd zaman pemerintahan Sultan Alaudin yg adil dan ~ itu, negeri Melaka makin maju dan makmur. kebijaksanaan kepandaian menggunakan akal fikiran; kecekapan berfikir: Kerana ~ pemandulah, maka kita terselamat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bijaksana

Peribahasa

Menarik rambut di dalam tepung.

Bermaksud :

Bersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti memalu ular dalam benih: ular biar mati, benih jangan rosak).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan yang bijaksana, Adakah perkataan "sekalipun" tergolong dalam kata sendi? Partikel "pun" pada "sekalipun" mesti dieja rapat. Bagaimana pula sekiranya ia menunjukkan bilangan. Contohnya: Sekalipun Abdul Rahman tidak merungut. (membawa maksud Abdul Rahman tidak pernah merungut) Dalam ayat di atas, adakah partikel pun perlu dirapatkan juga?Ada dua cara menulis partikel pun. 1) Kata pun berfungsi sebagai kata tugas yang bererti juga ditulis terpisah daripada kata yang ada di sampingnya. Contohnya: i) Jika dia pergi, saya pun pergi. ii) Jangankan dua kali, sekali pun engkau belum pernah datang ke mari.  2) Ada beberapa perkataan yang ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel pun, antaranya: adapun, andaipun, biarpun, kendatipun, mahupun, sekalipun, walaupun, ataupun, bagaimanapun, kalaupun, lagipun, meskipun, sungguhpun. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk panduan.

Berdasarkan maksud ayat yang dinyatakan, ejaan sekali pun dieja terpisah.
Tatabahasa22.04.2013
Tuan yang bijaksana. Dalam buku tatabahasa ada tertulis, kata sendi "tentang" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Frasa yang mengikuti kata sendi "tentang" menjadi hal yang diperlakukan. Kata sendi "terhadap" pula digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu seperti manusia, haiwan, atau benda. Oleh hal yang demikian, adakah penggunaan kata sendi "tentang" dalam ayat di bawah ini salah: 1. Kami sudah menguji orang yang terdahulu daripada mereka. Nyata apa yang diketahui oleh Allah tentang orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang yang berdusta.Penggunaan "tentang" dalam ayat tersebut betul.Tatabahasa01.04.2013
Tuan yang bijaksana, Ejaan yang manakah yang betul: a)Gua Hira' b) Gua Hirak c) Gua Hira?Ejaan yang betul ialah Gua Hira - merujuk contoh penggunaannya dalam pangkalan data kami.Ejaan09.03.2012
Tuan yang bijaksana: Dalam menulis judul buku, kata sendi dan kata hubung mestilah menggunakan huruf kecil. Bagaimana pula dengan kata pemeri seperti ialah dan adalah? Perlukah kata pemeri menggunakan huruf kecil juga? Contoh tajuk buku : Alexander adalah Zulqarnain.Sama seperti penggunaan kata sendi nama, kata pemeri juga ditulis dengan huruf kecil dalam konteks yang tersebut.Tatabahasa12.02.2012
APAKAH PERBEZAAN ANTARA BIJAK DENGAN BIJAKSANA???Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, bijak bermaksud pandai, cerdik. Bijaksana pula bermakna berakal budi, arif, pandai. Untuk keterangan lanjut dan mnegetahui makna perkataan sila rujuk Kamus Dewan.Makna03.09.2008
Apakah makna perkataan berikut dalam Inggeris: 1. Ikram 2. Bijaksana Terima Kasih1. Makna, ikram - penghormatan, , honour, reverence.2. bijaksana, wise, intelligent, learned, clever,sagacious.Makna05.03.2007
apakah yang dimaksudkan dengan berkerjasama,berdikari gigih,tekun,amanah,bijaksana dan ikhlasBekerjasama ialah bekerja (berbuat sesuatu) bersama-sama atau dengancara saling membantu, bergotong-royong. Berdikari ialah tidak mengharapkan orang lain untuk menolong. Gigih ialah keras hati, tegar hati, patuh kepada pendirian sendiri. Tekun ialah rajin dan usaha, bersungguh-sungguh. Amanaha ialah kepercayaan yang diletakkan kepada seseorang. Bijaksana ialah berakal budi, arif, pandai dan berhati-hati. Ikhlas ialah hati suci, tidak menipu dan tidak berpura-pura.Makna16.03.2008
Mohon tuan yang bijaksana semak ayat yang manakah menggunakan tanda baca yang betul?: (1) a) "Maaf, saya tidak bersetuju," kata Salleh sebelum menyambung, "mungkin dia diperangkap." b) "Maaf, saya tidak bersetuju," kata Salleh sebelum menyambung. "Mungkin dia diperangkap."

Selepas tanda petikan, mulakan dengan huruf besar. "Maaf, saya tidak bersetuju," kata Salleh sebelum menyambung, "Mungkin dia diperangkap."

Saudara boleh merujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan DBP untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara penulisan tanda baca dan sebagainya. Buku ini merupakan antara rujukan yang perlu bagi seorang penulis dan editor.

Lain-lain24.11.2011
Mohon penjelasan daripada tuan yang bijaksana. Saya pernah diberitahu bahawa tidak boleh ada tiga imbuhan bagi satu perkataan. Contohnya : Mempergunakan, memperlekehkan dan sebagainya. Benarkah begitu dan apa rasionalnya?Apitan memper-...-kan boleh bergabung dengan kata nama dan kata kerja untuk membentuk kata kerja. Contohnya: memperisterikan, memperbudakkan, mempersendakan, memperdengarkan, memperlihatkan, mempertunjukkan. Untuk kata adjektif hanya memper- digunakan. Contohnya: memperbesar, memperindah, memperkemas.Tatabahasa17.02.2012
Mohon jasa baik tuan yang bijaksana semak penggunaan tanda petik dalam ayat ini. Betulkah begini?: Abu Darda menjawab, "Duhai anakku, engkau memang sudah solat jenazah seperti gerakan yang dilakukan para imam, tetapi engkau belum menjalankannya secara benar. Semasa solat, adakah engkau merenungkan, 'Akulah yang berbaring di keranda itu, dan solat ini bagi mensolatkan aku?' Apakah engkau berkata kepada dirimu sendiri, 'Akulah yang mereka pisahkan daripada hartaku'?"Abu Darda menjawab, "Duhai anakku, engkau memang sudah solat jenazah seperti gerakan yang dilakukan para imam, tetapi engkau belum menjalankannya secara benar. Semasa solat, adakah engkau merenungkan, 'Akulah yang berbaring di keranda itu, dan solat ini bagi mensolatkan aku?' Apakah engkau berkata kepada dirimu sendiri, 'Akulah yang mereka pisahkan daripada hartaku?'"Ejaan02.11.2011
1234

Kembali ke atas