Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.ja/.sa.na] | بيجقسان

Definisi : berakal budi, arif, pandai dan berhati-hati, cerdik: Bendahara Paduka Raja itulah dikatakan orang ~; membijaksanakan menjadikan seseorang bijaksana: sajak ini tidak ~ pembaca utk menggunakan daya renung yg lebih dinamik; kebijaksanaan perihal bijaksana, perihal menggunakan akal budi: mereka menjalankan tugas ini dgn penuh ~, penuh perasaan tanggungjawab dan keberanian; kemerdekaan Tanah Melayu telah dicapai kerana ~ pimpinan parti pemerintah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.ja/.sa.na] | بيجقسان

Definisi : pandai menggunakan akal fikirannya; luas pengetahuan serta banyak pengalamannya; tajam fikirannya: Pd zaman pemerintahan Sultan Alaudin yg adil dan ~ itu, negeri Melaka makin maju dan makmur. kebijaksanaan kepandaian menggunakan akal fikiran; kecekapan berfikir: Kerana ~ pemandulah, maka kita terselamat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bijaksana

Peribahasa

Menarik rambut di dalam tepung.

Bermaksud :

Bersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti memalu ular dalam benih: ular biar mati, benih jangan rosak).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
calculating(character)watak muslihatKesenianDrama dan TeaterPeranan dalam drama yang bijaksana mengatur rancangan dan kira bicara, lazimnya tanpa disangka oleh watak lain.
cognitive abilitykeupayaan kognitifSosiologiTiadaKecerdasan dan kemampuan yang diperlukan bagi menyelesaikan sesuatu masalah dengan bijaksana.
atticatikaKesusasteraanTiadaKarangan yang mempunyai ciri-ciri yang menunjukkan suatu gaya yang jelas, mudah, halus lagi bijaksana.
high comedykomedi halusKesenianDrama dan TeaterGenre drama yang memperlihatkan daya intelek yang menimbulkan unsur lucu yang bijaksana sifatnya melalui pemaparan sifat manusia tidak seimbang dan janggal. Komedi ini mempunyai dialog yang pintar. Drama komedi jenis ini berlawanan dengan slapstik dan farsa yang merupakan komedi rendah. Sinonimkomedi sikap, komedi tinggi.
state craftmahir urus negaraSains PolitikPolitik PerbandinganlImu atau kemahiran dalam pengurusan pemerintahan, kepimpinan atau politik. Kemahiran ini merujuk kepada kebolehan seorang pemimpin menguruskan negaranya dengan cekap, berkesan, adil, bersih dan bijaksana. Machiavelli seorang tokoh falsafah politik telah memperkenalkan istilah mahir urus negara ini. Tun Dr. Mahathir Mohamad dapat dianggap sebagai memiliki kemahiran urus negara sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.
decision makingpembuatan keputusanPentadbiranPentadbiran Awam

Proses atau tindakan mengambil ketetapan bagi sesuatu perkara atau isu. Pembuatan keputusan merupakan satu perkara yang amat penting dalam bidang pentadbiran dan pengurusan. Setiap keputusan yang diambil mestilah profesional, rasional, bijaksana, tepat, adil dan saksama serta tidak bias kepada mana-mana pihak. Ini kerana setiap keputusan akan mempengaruhi segala aktiviti, rancangan dan perjalanan sesebuah organisasi. Dalam proses pembuatan keputusan, beberapa perkara perlu dikenal pasti iaitu, (i) Penyataan masalah dan pengumpulan maklumat, (ii) Mencari alternatif, (iii) Meramalkan kemungkinan yang akan berlaku dan merancang perkara-perkara di luar jangkaan, dan (iv) Membuat ketetapan, menentukan risiko dan ganjaran yang akan diterima. Antara beberapa masalah yang biasa berlaku berhubung dengan proses pembuatan keputusan iaitu kelewatan, penyelewengan, kekaburan dan ketidakpastian.

groupthinkfikir kelompokPsikologiPsikologi UmumKecenderungan yang tinggi untuk berfikir secara serupa dan mengenepikan perbezaan. Menurut Janis (1982, 1989), fikir kelompok berlaku apabila satu-satu kelompok memerlukan perakuran yang tinggi sehingga menjejaskan ahli-ahlinya untuk membuat satu kesimpulan yang bijaksana. Terdapat beberapa gejala yang boleh muncul daripada fenomena fikir kelompok ini. Pertama, wujudnya ilusi kekebalan yang menyebabkan kelompok merasakan bahawa mereka tidak akan melakukan kesalahan 100% dalam membuat sesuatu keputusan. Kedua, penapisan diri yang membuatkan individu yang berbeza pendapat mendiamkan diri untuk mengelakkan dirinya dianggap sebagai kaki gaduh, penentang arus atau ditertawakan. Ketiga, tekanan yang dikenakan terhadap pembangkang membuatkan ahlinya terpaksa mengikut arus. Tindakan ketua atau ahli kelompok yang melemahkan semangat untuk membangkang boleh mewujudkan ilusi konsensus.
formulaic substitutionssubstitusi formulaikKesusasteraanTiadaSesuatu perkataan yang digantikan untuk disesuaikan dengan acuan yang telah ditetapkan. Contoh: 'raja yang ghani' ditukar kepaa 'raja yang ghana' dalam menulis sebuah baris syair untuk mendapatkan rima akhir yang dikehendaki a-a-a-a. Contoh: Keempat perempuan yang sempurna; Perdana menteri yang bijaksana; Mempersembahkan kepada raja yang ghana; Masa berhimpun di dalam istana. [Syair Siti Zubaidah Perang China, DBP, 1983, hlm9]
Mozart effectkesan MozartPsikologiPsikologi UmumKesan muzik yang dikatakan boleh meningkatkan kemampuan ruang (spatial) individu yang terlibat. Rauscher dan Shaw (1998) melaporkan bahawa sonata piano Mozart yang diperdengarkan kepada pelajar kolej didapati dapat meningkatkan prestasi ujian taakulan ruang pelajar-pelajar tersebut. Kejayaan ini telah membuatkan ramai ibu bapa memperdengarkan muzik tersebut kepada anak-anak mereka supaya mereka menjadi orang yang bijaksana apabila dewasa. Walau bagaimanapun, kesan ini tidak dapat ditunjukkan dalam kebanyakan kajian yang dijalankan. Namun, ramai pengkaji bersetuju bahawa muzik Mozart boleh meningkatkan tahap kewaspadaan kanak-kanak dan merangsang keadaan rasa hati yang lebih baik.
animal epicepik binatangKesusasteraanTiadaNaratif yang mengandungi siri cerita binatang yang panjang dan bersambung-sambung yang diwarisi daripada cerita rakyat zaman silam. Fokus dalam siri cerita ini berkisar tentang seekor binatang yang memainkan peranan utama selaku wira dengan pelbagai kebolehan luar biasa dan keistimewaan. Watak binatang dibantu oleh binatang lain digambarkan memiliki sifat-sifat manusia. Epik binatang disampaikan dengan nada satira, dan penuh dengan kiasan. Tujuannya untuk memberi pengajaran, menyindir, dan mengkritik manusia biasa. Contoh epik binatang yang terkenal dalam kesusasteraan Melayu tradisional ialah Hikayat Sang Kancil. Dalam konteks masyarakat Melayu tradisional, epik binatang merupakan salah satu sumber hiburan dan pendidikan yang berkesan kepada kanak-kanak. Contohnya Hikayat Sang Kancil dan Hikayat Pelanduk Jenaka. Hikayat ini sering menjadi rujukan kepada ibu bapa bagi mendidik anak-anak supaya sentiasa menggunakan akal dengan bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah dalam kehidupan seharian. Lihat juga fabel binatang.
12

Kembali ke atas