Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. bahagian keras biasanya di tengah-tengah buah: ~ durian; ~ rambutan; 2. buah yg kecil-kecil: ~ padi; ~ kacang; 3. = ~ kemaluan Id buah pelir; 4. bp kelentit; 5. penjodoh bilangan (bagi benda kecil dll): beri aku beberapa ~ drpd buah itu; 6. Id markah: murid itu mendapat ~ yg tinggi utk hitungan; ~ benih biji yg dijadikan benih; ~ berkepak biji yg mempunyai kepak atau sayap; ~ buah a) isi buah yg dapat ditanam; b) = ~ butir (percakapan, perbualan) isi percakapan; ~ mata a) bulatan mata; b) ki kekasih; ~ minyak biji yg mengandungi minyak; ~ timun sj ukiran, sj garis-garis pd mata pisau (keris); bagai meramas ~ cempedak prb sungguhsungguh utk mengalahkan (seseorang) atau menghadapi orang yg pandai berdolak-dalik; menanam ~ atas batu prb sia-sia memberi nasihat kpd orang yg tidak mempedulikannya; tertanam di ~ hampa prb yg ditanam bukan biji yg bernas (usaha yg tidak akan berhasil); sebiji bp betul-betul spt: filem itu ~ macam filem Mr. Os; berbiji mempunyai biji (bkn buah): buah gajus ~ di luar; berbiji-biji 1. mempunyai banyak biji (bkn buah): jambu batu ~ kecil; 2. spt ada biji: dia berasa tengkuknya ~; membiji Id memberi markah; biji-bijian segala buah yg berbutir kecil-kecil (spt padi, gandum, jagung, kacang, dll), padipadian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kait putih, kait-kait, Roucheria griffithiana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; ~ durian sj ikan laut, Osphronemus spp., Sphaerichthys spp.; ~ nangka sj ikan laut, Upeneus spp., Parupaneus spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 bahagian buah (biasanya keras) yg dpt tumbuh apabila ditanam: ~ durian; ~ rambutan. 2 buah yg kecil-kecil dan berbutir: ~ padi. 3 penjodoh bilangan utk benda yg kecil-kecil, buah-buahan, pinggan mangkuk dll: Semalam, saya membeli tiga ~ cawan. berbiji 1 mempunyai biji. 2 spt ada biji; terasa keras spt biji: Dipegangnya bahagian lengannya yg ~ itu. berbiji-biji terasa keras spt biji yg banyak: Bahagian belakangnya ~ selepas digigit serangga itu. biji-bijian segala buah yg berbutir kecil-kecil spt padi, gandum, jagung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biji

Puisi
 

Banyak biji buah nangkaku,
     Intan permata jatuh di lubang;
Dendam rindu sebut namaku,
     Air mata jangan dibuang.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Bagai meramas biji cempedak.

Bermaksud :

Menghadapi orang yang pandai berdolak-dalik.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Biji Benih hasil Ubah Suai Genetik BerisikoTiadaDewan Kosmik1 August 2003
Biji - Bijian Berwarna UnguMuhammad Isa al-JambullDewan Sastera1 February 1997
Tiga Biji EpalTiadaDewan Pelajar1 February 1982
Helikopter Biji GetahShaharum RamliDewan Pelajar1 February 1979
Dua biji betikAli YaakubDewan Siswa1 December 1981
Potensi biji dan minyak JarakJamaludin NawiDewan Ekonomi1 October 1994
Perhiasan dari Biji GetahAbdul Wahid MuhammadDewan Pelajar1 May 1978
Adik, Aman & Biji SagaNor Raihan Abu BakarPerempuan1 July 1998
Komposisi kimia dalam biji kokoOthman Abdul SamahDewan Kosmik1 June 1996
Filem: Al-Syeikh membilang biji tasbihT.S. LanangDewan Masyarakat15 October 1980

Kembali ke atas