Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. bahagian keras biasanya di tengah-tengah buah: ~ durian; ~ rambutan; 2. buah yg kecil-kecil: ~ padi; ~ kacang; 3. = ~ kemaluan Id buah pelir; 4. bp kelentit; 5. penjodoh bilangan (bagi benda kecil dll): beri aku beberapa ~ drpd buah itu; 6. Id markah: murid itu mendapat ~ yg tinggi utk hitungan; ~ benih biji yg dijadikan benih; ~ berkepak biji yg mempunyai kepak atau sayap; ~ buah a) isi buah yg dapat ditanam; b) = ~ butir (percakapan, perbualan) isi percakapan; ~ mata a) bulatan mata; b) ki kekasih; ~ minyak biji yg mengandungi minyak; ~ timun sj ukiran, sj garis-garis pd mata pisau (keris); bagai meramas ~ cempedak prb sungguhsungguh utk mengalahkan (seseorang) atau menghadapi orang yg pandai berdolak-dalik; menanam ~ atas batu prb sia-sia memberi nasihat kpd orang yg tidak mempedulikannya; tertanam di ~ hampa prb yg ditanam bukan biji yg bernas (usaha yg tidak akan berhasil); sebiji bp betul-betul spt: filem itu ~ macam filem Mr. Os; berbiji mempunyai biji (bkn buah): buah gajus ~ di luar; berbiji-biji 1. mempunyai banyak biji (bkn buah): jambu batu ~ kecil; 2. spt ada biji: dia berasa tengkuknya ~; membiji Id memberi markah; biji-bijian segala buah yg berbutir kecil-kecil (spt padi, gandum, jagung, kacang, dll), padipadian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kait putih, kait-kait, Roucheria griffithiana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; ~ durian sj ikan laut, Osphronemus spp., Sphaerichthys spp.; ~ nangka sj ikan laut, Upeneus spp., Parupaneus spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 bahagian buah (biasanya keras) yg dpt tumbuh apabila ditanam: ~ durian; ~ rambutan. 2 buah yg kecil-kecil dan berbutir: ~ padi. 3 penjodoh bilangan utk benda yg kecil-kecil, buah-buahan, pinggan mangkuk dll: Semalam, saya membeli tiga ~ cawan. berbiji 1 mempunyai biji. 2 spt ada biji; terasa keras spt biji: Dipegangnya bahagian lengannya yg ~ itu. berbiji-biji terasa keras spt biji yg banyak: Bahagian belakangnya ~ selepas digigit serangga itu. biji-bijian segala buah yg berbutir kecil-kecil spt padi, gandum, jagung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biji

Puisi
 

Banyak biji buah nangkaku,
     Intan permata jatuh di lubang;
Dendam rindu sebut namaku,
     Air mata jangan dibuang.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Bagai meramas biji cempedak.

Bermaksud :

Menghadapi orang yang pandai berdolak-dalik.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
BIO) anellus (anelus) Plat berbentuk segi tiga atau gelang kecil yang disokong oleh katup dan vinku- lum pada serangga Lepidoptera. (BIO) anemochorous (anemokor) Perihal tumbuh-tumbuhan yang mempunyai buah atau biji benih yang disebar- kan oleh angin. Contohnya, lalang (Imperata cylindrica). (BIO) anemogram (anemogram) Catatan anemograf. (HID) anemometer level (aras anemometer) 1. Ketinggian di atas permukaan bumi tempat anemometer dipasang. Kadang berlaku pada tisu sendi tersebut akibat penyakit atau kecederaan. Keadaan ini dapat juga diwujudkan melalui prosedur pembedahan. (UBAT) annato (anato) Sumber warna kuning hingga oren kemerahan yang diperoleh daripada kulit biji pokok Bixa orellanna. Anato terdiri daripada komponen larut lemak yang mengandungi biksin dan komponen larut air yang mengandungi norbiksin. Anato digunakan dalam pembuatan sarung sosej, oleomarjerin, lelemak dan keju. (TEKMA

Kembali ke atas