Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. bahagian keras biasanya di tengah-tengah buah: ~ durian; ~ rambutan; 2. buah yg kecil-kecil: ~ padi; ~ kacang; 3. = ~ kemaluan Id buah pelir; 4. bp kelentit; 5. penjodoh bilangan (bagi benda kecil dll): beri aku beberapa ~ drpd buah itu; 6. Id markah: murid itu mendapat ~ yg tinggi utk hitungan; ~ benih biji yg dijadikan benih; ~ berkepak biji yg mempunyai kepak atau sayap; ~ buah a) isi buah yg dapat ditanam; b) = ~ butir (percakapan, perbualan) isi percakapan; ~ mata a) bulatan mata; b) ki kekasih; ~ minyak biji yg mengandungi minyak; ~ timun sj ukiran, sj garis-garis pd mata pisau (keris); bagai meramas ~ cempedak prb sungguhsungguh utk mengalahkan (seseorang) atau menghadapi orang yg pandai berdolak-dalik; menanam ~ atas batu prb sia-sia memberi nasihat kpd orang yg tidak mempedulikannya; tertanam di ~ hampa prb yg ditanam bukan biji yg bernas (usaha yg tidak akan berhasil); sebiji bp betul-betul spt: filem itu ~ macam filem Mr. Os; berbiji mempunyai biji (bkn buah): buah gajus ~ di luar; berbiji-biji 1. mempunyai banyak biji (bkn buah): jambu batu ~ kecil; 2. spt ada biji: dia berasa tengkuknya ~; membiji Id memberi markah; biji-bijian segala buah yg berbutir kecil-kecil (spt padi, gandum, jagung, kacang, dll), padipadian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kait putih, kait-kait, Roucheria griffithiana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; ~ durian sj ikan laut, Osphronemus spp., Sphaerichthys spp.; ~ nangka sj ikan laut, Upeneus spp., Parupaneus spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 bahagian buah (biasanya keras) yg dpt tumbuh apabila ditanam: ~ durian; ~ rambutan. 2 buah yg kecil-kecil dan berbutir: ~ padi. 3 penjodoh bilangan utk benda yg kecil-kecil, buah-buahan, pinggan mangkuk dll: Semalam, saya membeli tiga ~ cawan. berbiji 1 mempunyai biji. 2 spt ada biji; terasa keras spt biji: Dipegangnya bahagian lengannya yg ~ itu. berbiji-biji terasa keras spt biji yg banyak: Bahagian belakangnya ~ selepas digigit serangga itu. biji-bijian segala buah yg berbutir kecil-kecil spt padi, gandum, jagung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata biji

Puisi
 

Banyak biji buah nangkaku,
     Intan permata jatuh di lubang;
Dendam rindu sebut namaku,
     Air mata jangan dibuang.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Bagai meramas biji cempedak.

Bermaksud :

Menghadapi orang yang pandai berdolak-dalik.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
seed colourwarna bijiPertanianAgronomi

 Warna kulit pada biji benih. Warna biji menunjukkan kematangan biji tersebut. Warna pada kulit biji akan bertukar mengikut kematangan tanaman. Biji berwarna hijau menunjukkan peringkat muda, manakala biji berwarna coklat menunjukkan peringkat matang atau tua. Kualiti biji benih boleh dilihat pada warna biji benih. Contohnya, warna biji benih bersih bermakna biji tersebut bersih daripada penyakit.

seedbenih; biji; biji benihBiologiUmumTiada
CobTongkolPertanianAgronomi

Bahagian buah jagung di mana biji-biji jagung melekat. Jagung boleh dimakan terus daripada tongkol ini atau biji jagung boleh diasingkan daripada tongkol.

certified seedBiji benih berdaftar/ biji benih diiktirafPertanianAgronomi

Biji benih sesuatu varieti yang dihasilkan mengikut piawai yang dikawal ketat untuk menjamin ketulenan varieti biji benih itu. Biji benih ini mesti memenuhi keperluan minimum dari segi kandungan biji benih lain, bahan lengai dan biji benih rumpai serta peratus percambahan. Semua biji benih perlu melalui pemeriksaan di ladang dan diproses oleh kilang yag diiktiraf serta sampel biji benih perlu diuji di makmal.Sinonim biji benih diiktiraf.

raw coffeekopi mentahPentadbiran PerniagaanTiadaBiji-biji kopi yang belum diproses menjadi serbuk kopi.
corianderketumbarPentadbiran PerniagaanTiadayang menghasilkan biji-biji yang digunakan sebagai rempah dan ubat-ubatan sebagai karminatif.
seed classificationpengelasan biji benihPertanianAgronomi

 Klasifikasi biji benih berasaskan ketulenan dan generasi. Baka yang dihasilkan oleh pembiak baka biji benih dipanggil biji benih pembiak baka. Apabila digandakan, biji benih generasi kedua dipanggil biji benih asas. Biji benih peringkat seterusnya dipanggil biji benih berdaftar, manakala yang diedarkan kepada pengguna dipanggil biji benih komersial. Contohnya, untuk tanaman padi, biji benih pembiak baka disimpan di bank gen MARDI, manakala biji benih berdaftar dan komersial dihasilkan oleh badan yang diiktiraf oleh kerajaan.

valinevalinaKimiaBiokimiaAsid amino yang diperoleh daripada biji-biji dan disintesisikan daripada asid piruvik secara biologi. Asid amino inio penting bagi pertumbuhan normal sesuatu haiwan.
graininesskebijianTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSaiz biji-biji emulsi yang terdapat atas permukaan filem, yang berfungsi untuk menentukan klasifikasi filem tersebut. Contohnya, filem laju mempunyai kebijian emulsi yang kasar dan memerlukan masa dedahan yang pendek, tetapi memberikan kualiti imej sederhana. Filem perlahan pula mempunyai kebijian emulsi yang halus serta memerlukan masa dedahan yang agak panjang, tetapi memberikan kualiti imej yang tinggi.
pure seedbiji tulen/biji benih tulenPertanianAgronomi

Biji benih tanaman yang telah dibersihkan daripada bahan-bahan lain termasuk biji benih asing dan kotoran seperti daun, batang dan tanah. Seterusnya, biji benih akan dilabel dan disahkan kebersihannya mengikut piawai ketulenan. Sinonim biji benih tulen.

12345678910...

Kembali ke atas