Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bijih yg mengandungi timah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bijih timah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah terdapat sebarang kesalahan pengguanaan kata 'langsung' di bawah? 1. Penerbangan Malaysia mengadakan penerbangan langsung ke London. 2. Siaran langsung pertandingan itu akan disiarkan melalui semua saluran televisyen. 3. Kejatuhan harga bijih timah meninggalkan kesan secara langsung terhadap ekonomi negara kita. 4. Dia langsung tidak khuatir akan risiko yang bakal dihadapinya.Tiada kesalahan langsung.  Semua penggunaan perkataan "langsung|" dalam keempat-empat ayat adalah betul.Istilah27.08.2014
Faktor-faktor campurtangan British di Tanah MelayuKedatangan British ke Tanah Melayu adalah kerana faktor ekonomi, agama dan ingin mencari kemasyhuran. Berikutan Revolusi Perindustrian, England memerlukan bekalan bahan mentah seperti bijih timah, rempah dan getah. Dari segi agama pula, berikutan Perang Salib di Eropah, kuasa - kuasa Barat cuba melemahkan perkembangan agama Islam walau di mana juga pusat perkembangannya.  Selain itu, kuasa-kuasa Barat berlumba-lumba mencari tanah jajahan bagi mendapatkan kemasyhuran sebagai satu kuasa dunia yang gagah. Tanah jajahan juga menjadi tempat memasarkan barangan keluaran mereka. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Sejarah Malaysia Sepintas Lalu oleh Zainal Abidin Abdul Wahid et.al., buku Malaysia oleh Rupert Emerson, dan lain-lain. Lain-lain01.03.2008
apakah maksud dunia menurut kamus dewan beserta muka surat ke berapa dalam kamus tersebut?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna dunia ialah 1. bumi dan segala yg terdapat di permukaannya, alam (tempat kita duduki): lombong Kinta ialah kawasan lombong bijih timah yg terkaya di ~; itulah kekasihnya ~ dan akhirat; 2. perihal hidup, kehidupan: ~ hari ini penuh dgn penindasan dan kepura-puraan; 3. segala manusia yg hidup di bumi: seluruh ~ turut bersedih atas kematian Presiden John. F. Kennedy; 4. bidang, lapangan, alam: dlm ~ perniagaan orang Melayu masih jauh ketinggalan; 5. bahagian dunia (negara dll), masyarakat: ~ sebelah sini masih lagi dlm keadaan huru-hara; ~ barat; ~ akhirat sepanjang masa, di dunia dan di akhirat; ~ kanak-kanak perihal hidup kanak-kanak; ~ luar masyarakat (negeri dll) luar; ~ ramai masyarakat ramai (umum); ~ sukan lapangan sukan; ~ diadang, kikir diperbuat, ~ diadang, saku dijahit prb bersuka-suka mahu, tetapi mengeluarkan wang enggan; memakai ~ berganti-ganti, yg hidup sesarkan mati, dgn mati itu bernanti-nanti prb baka yg turun-temurun tidak akan putus;Makna05.07.2010
Adakah perkataan ' kongsi' di iktiraf olih DBP? Perkataan ini dipakai dengan luas.

Soalan yang dikemukakan tidak jelas. Sila nyatakan dalam konteks/bidang apakah kata ini digunakan bagi membolehkan pihak kami membuat rujukan.

Untuk makluman saudara, mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat  
Definisi Kongsi: 1. persekutuan (pergabungan) yg me­ngandungi dua orang atau lebih yg bekerja­sama (dlm sesuatu usaha dsb); rumah ~ rumah perkumpulan (pekerja-pekerja dll); 2. persekutuan pedagang-pedagang syarikat: baru-baru ini, satu ~ Cina telah membuka kedai di situ; ~ gelap perkumpulan sulit (utk maksud atau kegiatan jahat); ~ hidup teman hidup (suami atau isteri seseorang); berkongsi 1. bersekutu (bergabung) dlm se­suatu kegiatan (spt berniaga dll), bersama-sama (membayar, menggunakan, menduduki, dll): ketiga-tiganya ~ berniaga dgn sama-sama menanggung perbelanjaan dan membahagikan keuntungan; mereka ~ mendiami rumah itu; para dermawan yg sudi ~ derita dgn mereka yg memerlukan; 2. berkomplot, ber­sepakat: hamba menyangka tuan hamba ~ dgn lanun Panglima Tujuh; ~ hidup hidup bersama-sama (sbg suami isteri); mengongsi menggunakan (menduduki dll) bersama-sama: pelita yg sebuah itu dikongsi mereka ketika belajar; kongsian ark sj cukai yg dikenakan ke atas penduduk tanah persendirian; perkongsian 1. syarikat perniagaan yg di­jalankan secara berkongsi oleh dua orang atau lebih sbg rakan niaga: sebahagian drpd perusahaan bijih timah dimiliki oleh ~; 2. = ~ hidup perihal hidup bersama-sama (sbg suami isteri): ada orang yg membuat fitnah supaya ~ hidup mereka menjadi porak-peranda; pekongsi individu atau kumpulan yg ber­kongsi. 

Perkataan kongsi boleh menerbitkan beberapa perkataan yang lain seperti berkongsi, mengongsi dan perkongsian. Mengongsi bermaksud menggunakan atau menduduki bersama-sama.

Untuk keterangan lanjut, saudara boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Tatabahasa09.05.2018

Kembali ke atas