Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bijih yg mengandungi timah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bijih timah


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH

PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH, kegiatan melombong yang diusahakan oleh orang Melayu secara komersial sejak zaman purba, sehinggalah ia diambil alih oleh pelombong Cina dan British dengan bertapaknya penjajahan British pada akhir abad ke-19 di Tanah Melayu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGISumber/Bahan Alam
BIJIH TIMAHBatu pejal atau tanah pasir yang mengandungi mineral timah melebihi paras biasa dan memberi faedah ekonomi atau manfaat apabila diusahakan.KEJURUTERAANSumber/Bahan Alam
KASITERIT

Kasiterit (formula kimia, SnO2) ialah satu-satunya

bijih timah yang penting. Ia kadangkala

dikenali sebagai batu timah. Kasiterit biasanya agak

berkilat, berwarna perang atau hitam.

UMUM 
KELIAN PAUH

KELIAN PAUH, kawasan bijih timah yang terletak di daerah larut, Perak.  Pada tahun 1840-an, Long Jaafar telah menemui endapan bijih timah di kawasan ini.  Dia telah berusaha membuka lombong tersebut dengan meminjam modal daripada saudagar-saudagar di Pulau Pinang dan menggalakkan orang Cina daripada puak Hai San untuk melombongnya.  Dengan kejayaannya ini, Long Jaafar mula mengumpulkan kekayaan dan pengaruh.  Kedudukannya telah diiktiraf secara rasmi oleh Raja Muda Perak, Ngah Ali, dan pembesar-pembesar lain seperti Temenggung Panglima Bukit Gantang.  Panglima Kinta, Syahbandar dan Seri Adika Raja, apabila mereka menandatangani sepucuk surat mengesahkan kedudukan Long Jaafar di Larut pada tahun 1850.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
KELIAN BARU

KELIAN BARU, kawasan bijih timah yang terletak di daerah larut, Perak.  Kawasan ini terletak lebih kurang 3 km di utara Kelian Pauh.  Kawasan ini dibuka kesan daripada perkembangan perlombongan yang dimulakan oleh Long Jaafar di Kelian Pauh, dan diteruskan oleh Ngah Ibrahim.  Mengikut cerita orang tempatan, Long Jaafar telah menjumpai banyak bijih timah di sini semasa hendak mencari seekor gajahnya yang telah lari dari Kelian Pauh dan menamai kawasan ini Kelian Baru.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
LEMBAH KINTA

Lembah Kinta, kawasan bijih timah terkenal di Semenanjung Malaysia yang terletak di negeri Perak.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
MAJLIS TIMAH ANTARABANGSA

Majlis Timah Antarabangsa, pertubuhan yang mengawal bekalan dan permintaan bijih timah dunia.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PAM KELIKIR

Pam kelikir, salah satu kaedah melombong bijih timah.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIAlat/Alatan
LINGGI

LINGGI, mukim dalam daerah Port Dickson, Negeri Sembilan, bersempadan dengan Melaka. Dari segi sejarah, Linggi sering dilanda konflik antara pelbagai pihak yang ingin menguasai perniagaan bijih timah. Punca konflik ialah Sungai Linggi yang merupakan laluan utama hasil bijih timah dari Sungai Ujong ke pusat pengumpulan di Melaka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
KUALA KURAU

KUALA KURAU, kawasan yang terletak di utara Perak dan namanya mula disebut pada awal abad ke-18. Kuala Kurau terletak di kawasan yang berdekatan dengan daerah Dinding yang sangat kaya dengan bijih timah dan dikatakan Kuala Kurau sebagai tempat untuk menyeludup bijih timah kepada saudagar asing. Oleh itu, Kuala Kurau sentiasa menjadi rebutan bukan sahaja di kalangan pembesar Perak, tetapi juga di kalangan keluarga diraja Selangor.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
123

Kembali ke atas