Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bil] | بيل

Definisi : penyata bertulis tentang caj bagi barang dan perkhidmatan yg telah diterima: ~ air; ~ elektrik;~ muatan kapal dokumen yg dikeluarkan oleh syarikat pengangkutan (bkn barang yg dihantar kpd pengirim, sbg kontrak antara kedua-dua pihak dan sbg dokumen hak milik penama barang tersebut); ~ perbendaharaan (Eko) bon jangka pendek yg dikeluarkan oleh kerajaan utk meminjam drpd bank perdagangan atau orang perseorangan bagi memenuhi keperluan kewangan pd masa tertentu; mengebil menghantar (membuat, menyediakan, mengeluarkan, atau mengenakan) bil kpd atau utk: pihak syarikat akan ~ anda kemudian; mengebilkan menyediakan (membuat) bil utk barangan yg dijual atau perkhidmatan yg diberikan: sistem ini membolehkan pelanggan mencatat semua panggilan telefon bagi mengesahkan sama ada panggilan dibilkan dgn betul atau sebaliknya; pengebilan perihal (perbuatan, proses dsb) mengebil atau mengebilkan: pihaknya sudah mengemukakan beberapa cadangan mengenai struktur ~ baru itu; apa yg dibimbangkan oleh TNB ialah pemalsuan sistem meter dlm ~ kpd pengguna komersial. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bil] | بيل

Definisi : surat keterangan ttg harga barang atau perkhidmatan yg diterima. mengebil menghantar (menyediakan, mengeluarkan) bil kpd atau utk seseorang: Pihak syarikat akan ~ anda kemudian. mengebilkan memasukkan harga barang atau perkhidmatan yg diterima ke dlm bil: Kos bagi perkhidmatan yg diberikan itu dibilkan kpd bendahari. pengebilan perbuatan (proses dsb) mengebil atau mengebilkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bil


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Membayar bil menggunakan teknologiMohd Khairulanuar ManshorDewan Kosmik1 August 2008
Ralat (Dewan Bahasa, Jil 25, Bil 02, Februari 1981)TiadaDewan Bahasa1 March 1981
Ralat (Dewan Bahasa jilid 22 bil 12 Disember 1978, halaman 831, 835)TiadaDewan Bahasa1 January 1979
Ralat: Harahap, Darwis, (Dewan Bahasa, Jil 31 Bil 10 Okt 1987)TiadaDewan Bahasa1 December 1987
P. M. Shariffudin, "The Kedayans", "Brunei Museum Journal", jil 1 bil.1, 1969, m. s. 15-23TiadaBahana1 April 1970

Kembali ke atas