Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bil] | بيل

Definisi : penyata bertulis tentang caj bagi barang dan perkhidmatan yg telah diterima: ~ air; ~ elektrik;~ muatan kapal dokumen yg dikeluarkan oleh syarikat pengangkutan (bkn barang yg dihantar kpd pengirim, sbg kontrak antara kedua-dua pihak dan sbg dokumen hak milik penama barang tersebut); ~ perbendaharaan (Eko) bon jangka pendek yg dikeluarkan oleh kerajaan utk meminjam drpd bank perdagangan atau orang perseorangan bagi memenuhi keperluan kewangan pd masa tertentu; mengebil menghantar (membuat, menyediakan, mengeluarkan, atau mengenakan) bil kpd atau utk: pihak syarikat akan ~ anda kemudian; mengebilkan menyediakan (membuat) bil utk barangan yg dijual atau perkhidmatan yg diberikan: sistem ini membolehkan pelanggan mencatat semua panggilan telefon bagi mengesahkan sama ada panggilan dibilkan dgn betul atau sebaliknya; pengebilan perihal (perbuatan, proses dsb) mengebil atau mengebilkan: pihaknya sudah mengemukakan beberapa cadangan mengenai struktur ~ baru itu; apa yg dibimbangkan oleh TNB ialah pemalsuan sistem meter dlm ~ kpd pengguna komersial. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bil] | بيل

Definisi : surat keterangan ttg harga barang atau perkhidmatan yg diterima. mengebil menghantar (menyediakan, mengeluarkan) bil kpd atau utk seseorang: Pihak syarikat akan ~ anda kemudian. mengebilkan memasukkan harga barang atau perkhidmatan yg diterima ke dlm bil: Kos bagi perkhidmatan yg diberikan itu dibilkan kpd bendahari. pengebilan perbuatan (proses dsb) mengebil atau mengebilkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bil


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Manakah yang betul? membayar bil makanan / membayar bil ( situasi di restoran)Kedua-duanya betul, namun 'membayar bil makanan' lebih menjelaskan situasi tersebut.Tatabahasa01.02.2012
Bolehkah kita menggunakan 'membiayai' untuk bil? Contohnya 'membiayai bil perubatan'?Membiayai bermaksud mengeluarkan wang sebagai biaya dan boleh digunakan dalam konteks yang tersebut.Tatabahasa10.04.2014
Tuan, mana yang betul? Jemputan Mesyuarat Pengurusan Bil. 2 atau Jemputan ke Mesyuarat Pengurusan Bil. 2. Terima kasih.Frasa yang betul ialah “Undangan Menghadiri Mesyuarat Pengurusan Bil. 2”. Untuk makluman, kata “jemput” lebih tepat digunakan untuk menunjukkan perbuatan pergi menyambut, menyongsong, atau mengambil seseorang. Sebagai contoh, “Kami sekeluarga akan menjemput kakak di lapangan terbang”. Kata “undang” pula lebih tepat digunakan untuk menunjukkan perbuatan memanggil atau mempersilakan orang menghadiri majlis, perayaan, pertemuan, dan sebagainya. Oleh yang demikian, penggunaan frasa yang lebih tepat dalam konteks ini ialah “Undangan Menghadiri Mesyuarat Pengurusan Bil. 2”.Lain-lain19.01.2022
benarkah perkataan Hazard sudah didaftarkan bahasa melayu. melalui mesyuarat jawatankuasa Isitilah semasa DBP bil.64. Trrima kasihSalam tuan, Ya benar. Perkataan hazard telah disahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Istilah Semasa Bil.65 pada 10 September 2020 dengan justifikasi menepati peraturan pembentukan kata, seperti istilah standard. Sekian.Lain-lain15.04.2021
Sebagai makluman, ekoran dari keputusan Mesyuarat Prestasi Hasil Bil 3/ 2015, keputusan telah diambil untuk membincangkan semula kertas cadangan penubuhan Makmal Kastam tersebut. Bahagian Perkhidmatan Teknik Ibu Pejabat adalah dipertanggongjawabkan didalam menyediakan kertas cadangan tersebut.Sebagai makluman, susulan Mesyuarat Prestasi Hasil Bil 3/ 2015, keputusan telah diambil untuk membincangkan semula kertas cadangan penubuhan Makmal Kastam tersebut. Bahagian Perkhidmatan Teknik Ibu Pejabat  dipertanggungjawabkan untuk menyediakan kertas cadangan tersebut.Tatabahasa02.06.2015
bagaimana sebutan yg betul bagi perkataan seperti mengangkat,mengambil,? adakah meng angkat atau me ngang kat, me ngam bil atau meng ambil? tkasihSebutan yang betul ialah: me - ngang - kat dan me - ngam - bil.Tatabahasa21.10.2011
Saya ingin menyemak yang mana satukah penggunaan istilah yang paling tepat untuk proses mengira dan menghantar bil kepada pengguna sesuatu perkhidmatan. Adakah 'pengebilan' atau 'pembilan'? Adakah maksud kedua-dua istilah ini berbeza? Jika ya, bagaimana ianya berbeza dan bila sesuai digunakan dalam bentuk ayat atau dalam menerangkan proses mengira bil sesuatu perkhidmatan?
Apitan peng-...-an bergabung dengan kata dasar yang mempunyai satu suku kata sahaja, contohnya syor menjadi pengesyoran dan bom menjadi pengeboman. Sehubungan dengan itu, penggunaan yang betul ialah pengebilan. 

Tatabahasa18.01.2021
Saya ingin tahu perlukah diulangi menulis Surat Pekeliling Ikhtisas seperti yang berikut: Pihak sekolah berjaya menawarkan kerja kursus seperti kehendak Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1993 : Kerja Kursus Untuk Penilaian Menengah Rendah.(penggunaan pertama-ditulis penuh). Namun, tidak ramai guru yang mematuhi kehendak SPI Bil. 9/1993. (Penggunaan ke-2).Boleh disingkatkan seperti ini atau diulang sepenuhnyaPengulangan perkataan yang sama dalam satu ayat dibenarkan bergantung pada konteks ayat.Tatabahasa06.11.2010
Berdasarkan soalan lazim bil. 237. ayat `...e-melkan kepada aswadi@yahoo.com`dikatakan betul oleh pihak tuan. Saya mempunyai pandangan yang berbeza. Pada saya, e-melkan ialah kata kerja transitif, oleh itu tidak boleh diikuti dengan sendi nama `kepada` sebaliknya objek. Oleh itu, ayat `...e-melkan borang tersebut kepada aswadi@yahoo.com ` lebih tepat. Apakah pendapat tuan ?Pandangan saudara betul, kata kerja transitif mesti diikuti dengan objek untuk melengkapkan maksudnya. Ayat yang betul; "Sila e-melkan borang tersebut kepada kami di ..."Tatabahasa10.04.2009
JEMPUTAN MESYUARAT PENGURUSAN KOLEJ BIL.1/2014 Sukacita perkara di atas dirujukiTidak ada soalan yang dikemukakan. Untuk pengesahan nama tempat dan bangunan, sila klik domain Khidmat Pengesahan Bahasa DBP.Lain-lain06.01.2014
12345678

Kembali ke atas