Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.la] | بيلا

Definisi : 1. kata yg digunakan utk menanyakan waktu (masa, ketika) mana: ~ awak hendak ke Kuala Lumpur?; barang ~ sebarang masa; 2. pd masa apa: kalau begini, sampai ~ pun nasib pak tani tidak akan berubah; bila-bila = ~ masa pd sebarang masa (waktu, ketika): ~ saja hari akan hujan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.la] | بيلا

Definisi : kata tanya utk menanyakan waktu yg mana; ketika yg mana: ~kah kamu akan berangkat? bila-bila sebarang masa; masa atau waktu yg tidak ditentukan: ~ pun kita boleh pergi makan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bila

Puisi
 

Cik Atak duduk tersenyum,
     Bila-bila nampak tunangnya;
Buah masak terlalu ranum,
     Tentu hilang manis rasanya.


Lihat selanjutnya...(77)
Peribahasa

Bila kucing tidak bergigi,
     tikus berani melompat tinggi.

Bermaksud :

Apabila orang yang ditakuti sudah tidak berkuasa lagi, maka orang-orang pun berleluasalah melakukan sekehendak hati.

 

Lihat selanjutnya...(31)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bene[b«.n«]kata adjektifberkenaan suasana yang sangat bising.Rumah Pak Long bena bila anak cucu balek.[Äu.mAh pA/ loN b«.n« bi.lA A.nA/ tSu.tSu bA.le/]Rumah Pak Long bising bila anak cucunya balik.
aran[A.ÄAn]kata namaalat menangkap ikan daripada galah panjang, tali tangsi dan mata kail. Alat ini dicacakkan di tengah sungai.Bila sungei toho, ayah gi tahan aran.[bi.lA su.Nei t.h A.jAh gi tA.hAn A.ÄAn]Bila air sungai surut ayah pergi tahan aran.
kerayan[k«.ÄA.jAn]kata adjektiftakut.Kerayan beto koi bila teringat he tu.[k«.ÄA.jAn b«.t kj bi.lA t«.Äi.NAt hE tu]Takut betul saya apabila teringatkan hal itu.
   2. berkenaan ketawa, menangis, bergaduh atau cakap yang tidak berhenti dan menyebabkan bunyi yang sangat bising; cemeriau, cemeridau.Cempiau ngat rumoh Pak Abu bila anak cucu balek.[tS«m.pi.jAw NAt Äu.mh pA/ A.bu bi.lA A.nA/ tSu.tSu bA.le/]Bising sangat rumah Pak Abu apabila anak cucunya balik.
kekepak[k«.k«.pA/]kata namasejenis alat yang digunakan untuk menghalau binatang. Diperbuat daripada buluh 4 ruas yang diketuk bahagian hujung supaya tidak pecah bila dibelah dan digantung pada dahan pokok.Wek buat kekepak nok halau burong makan padi.[wE/ bu.wAt k«.k«.pA/ n/ hA.lAw bu.ÄoN mA.kAn pA.di]Nenek membuat kekapak untuk menghalau burung daripada makan padi.
nebeng[nùE.beN]kata kerja1. menyertai sesuatu majlis tanpa diundang.Bile orang beso datang dia nebeng je.[bi.l« .ÄAN b«.s dA.tAN di.j« nùE.beN dZ«]Bila ada orang kenamaan datang dia ikut serta.
nabong[nA.boN]kata kerjamelakukan sesuatu yang tidak berfaedah.Awok ari-ari nabong, bile nok gi keje.[A.wo/ A.Äi.A.Äi nA.boN bi.l« no/ gi k«.dZ«]Awak setiap hari nabong, bila hendak pergi bekerja.
otek[.tE/]kata adjektifberkenaan melakukan sesuatu dengan lambat.Awok ni otek ngat buat kereje, bile nok siap.[A.wo/ ni .tE/ NAt bu.wAt k«.Ä«.dZ« bi.l« n/ si.jAp]Awak ini lambat sangat buat kerja, bila hendak siap.
ngelotek[N«.l.tE/]kata kerjamenggerakkan sebahagian anggota badan (berkenaan ekor, jari).Eko kucen ngelotek bile kepala kene usup.[E.k ku.tSen N«.l.tE/ bi.l« k«.pA.lA k«.n« u.sup]Ekor kucing bergerak-gerak bila kepalanya diusap.
bonjot[bon.dZt]kata adjektifberkenaan memuncungkan mulut.Mulut Mok Timah bonjot bile laki die lambat balek.[mu.lot m/ ti.mAh bon.dZt bi.l« lA.ki di.j« lAm.bAt bA.le/]Mulut Mak Timah muncung bila suaminya lambat balik.

Kembali ke atas