Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.la] | بيلا

Definisi : 1. kata yg digunakan utk menanyakan waktu (masa, ketika) mana: ~ awak hendak ke Kuala Lumpur?; barang ~ sebarang masa; 2. pd masa apa: kalau begini, sampai ~ pun nasib pak tani tidak akan berubah; bila-bila = ~ masa pd sebarang masa (waktu, ketika): ~ saja hari akan hujan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.la] | بيلا

Definisi : kata tanya utk menanyakan waktu yg mana; ketika yg mana: ~kah kamu akan berangkat? bila-bila sebarang masa; masa atau waktu yg tidak ditentukan: ~ pun kita boleh pergi makan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bila

Puisi
 

Cik Atak duduk tersenyum,
     Bila-bila nampak tunangnya;
Buah masak terlalu ranum,
     Tentu hilang manis rasanya.


Lihat selanjutnya...(77)
Peribahasa

Bila kucing tidak bergigi,
     tikus berani melompat tinggi.

Bermaksud :

Apabila orang yang ditakuti sudah tidak berkuasa lagi, maka orang-orang pun berleluasalah melakukan sekehendak hati.

 

Lihat selanjutnya...(31)


Pantun

PantunSumberTema
Bila-bila Mak Milah mandi, Petang hari jalan ke kubur; Bila-bila kami nak mati, Hendak masuk pintu kubur.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Cik Atak duduk tersenyum, Bila-bila nampak tunangnya; Buah masak terlalu ranum, Tentu hilang manis rasanya.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Baca surat Al-A'laa, Baju merah saga; Sampai bila-bila, Ibu kami jaga.Pantun Melayu SarawakKiasan
Bermain suka-suka, Bermain bola-bola; Kamu mahu merdeka, Sampai bila-bila.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Belajar kira-kira, Baca surat Al-A'laa; Hidup kami gembira, Sampai bila-bila.Pantun Melayu SarawakKiasan
Bila tercencang mohon dibalur, Bila terlanda mohon baikkan; Bila menyimpang mohon ditegur, Bila terlupa mohon ingatkan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bila terkerat mohon limbuskan, Bila tercencang mohon dibalur; Bila tersesat mohon luruskan, Bila menyimpang mohon ditegur.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bila terbelah menjadi layu, Bila terkerat mohon elokkan; Bila tersalah berilah tahu, Bila tersesat mohon luruskan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bila riak bilalah pasang, Bila melajak atas perahu; Bila teriak abang datang, Silalah masuk kita bertemu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bila berkasih nyenyak, tidur tak nyenyak, Pengat labu bapa, lah untuk bapa; Terima kasih banyak, lah banyak-banyak, Ingatkan saya lupa, orang yang lupa.Pantun Melayu SarawakBergendang
12345678910...

Kembali ke atas