Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.la] | بيلا

Definisi : 1. kata yg digunakan utk menanyakan waktu (masa, ketika) mana: ~ awak hendak ke Kuala Lumpur?; barang ~ sebarang masa; 2. pd masa apa: kalau begini, sampai ~ pun nasib pak tani tidak akan berubah; bila-bila = ~ masa pd sebarang masa (waktu, ketika): ~ saja hari akan hujan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.la] | بيلا

Definisi : kata tanya utk menanyakan waktu yg mana; ketika yg mana: ~kah kamu akan berangkat? bila-bila sebarang masa; masa atau waktu yg tidak ditentukan: ~ pun kita boleh pergi makan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bila

Puisi
 

Cik Atak duduk tersenyum,
     Bila-bila nampak tunangnya;
Buah masak terlalu ranum,
     Tentu hilang manis rasanya.


Lihat selanjutnya...(77)
Peribahasa

Bila kucing tidak bergigi,
     tikus berani melompat tinggi.

Bermaksud :

Apabila orang yang ditakuti sudah tidak berkuasa lagi, maka orang-orang pun berleluasalah melakukan sekehendak hati.

 

Lihat selanjutnya...(31)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Bila-bila perang manusia mengerangPak SakoMingguan Malaysia25.07.1976
Bila-bila Akan KulepaskanSabar BohariMingguan Malaysia29.12.1991
Bila-bila, Mana-manaZulkifli PutehWatan01.05.1979
Bila-Bila Akan KulepaskanSabar BohariMingguan Malaysia14.12.1991
Di Mana-mana Pada Bila-bilaNoor AsmatBerita Minggu (Singapura)27.03.1983
YIIB: Adakah penggunaan preposisi dalam ke sesiapa, di semua rangkaian, bila-bila masa, di mana jua betul?TiadaUtusan Borneo28.01.2008
Burmy: bila kuingat, bila kukenangA. Hamid JinsBerita Harian11.03.1971
Bila Dekat Pada-MuMuhammad Hafiz bin MustaphaUtusan Sarawak01.10.2008
Bila Matahari TerbenamJohnical Ak JawiUtusan Sarawak29.10.2008
Bila Tiada Noktah Bertemu KitaWan Rabbulmasyrie bin Wan MuhamadUtusan Sarawak23.07.2008
12345678910...

Kembali ke atas